Yeonguijeong (Hangul: 영의정; sebutan bahasa Korea: [jʌŋ ɰi tɕʌŋ]; Jawi: يوڠويجوڠ) ialah gelaran yang dibuat pada tahun 1400, untuk Kerajaan Joseon da kemudiannya Empayar Korea (1392-1910) dan diberikan kepada Ketua Majlis Negara[2] sebagai kedudukan tertinggi pemerintahan "Uijeongbu" (Majlis Negara). Berlangsung selama lebih dari 500 tahun, fungsi tersebut diserahkan pada tahun 1895 semasa Reformasi Gabo kepada jawatan Perdana Menteri Korea yang baru dibentuk.[3][4] Hanya seorang pegawai pada satu-satu masa yang dilantik ke jawatan itu dan walaupun umumnya digelar Yeongsang, ia juga disebut digelar Sangsang, Sugyu atau Wonbo. Walaupun, gelaran Yeonguijeong ditakrifkan sebagai jawatan tertinggi yang bertanggung jawab atas setiap urusan negara oleh undang-undang, fungsi praktiknya berubah secara drastik bergantung kepada Raja tertentu dan sama ada kuasa Raja itu kuat atau lemah.

Yeonguijeong
Potret Ha Yeon yang bertugas sebagai Yeonguijeong semasa pemerintahan Raja Sejong.
Nama Korea
Hangul영의정/ 영상/ 상상/ 수규/ 원보
Hanja / / / /
Perumian Semakanyeong-uijeong[1]/ sangsang/ sugyu/ wonbo
McCune–Reischaueryŏng'ŭijŏng / sangsang/ sukyu / wonbo
Perakuan pelantikan Perdana Menteri Ha Yeon

Pengasasan sunting

Joseon Korea mewarisi struktur negara pendahulunya, Goryeo (918–1392), tetapi menyusun semula sistem pemerintahan. Pada tahun 1400, tahun kedua setelah Raja Jeongjong naik takhta, baginda menamakan Majlis Privi atau Dopyeonguisasa,[5] jawatan tertinggi yang ditugaskan untuk mengurus hal ehwal negara Goryeo, menjadi "Uijeongbu" dan membiarkan jawatan itu disebut "yeonguijeong busa "(領 議 政府 事). Disebabkan kedua-dua fungsi Uijeongbu semakin kuat, dan sistemnya diperbaiki lebih lanjut, Yeonguijeong busa diganti namanya menjadi Yeonguijeong dalam penubuhan pejabat tersebut.[4]

Pada tahun 1466, kedudukan tersebut secara rasmi dimasukkan dalam bentuk undang-undang ketika Gyeongguk daejeon (Kod Undang-Undang Lengkap)[6] disusun.[7] Gelaran Yeongjuijeong pada umumnya diberikan kepada menteri kanan yang sebelumnya pernah berkhidmat sebagai Jwauijeong (Ahli Majlis Negara Kiri[8]), jawatan yang betul-betul di bawah kedudukan Yeonguijeong, tetapi lebih tinggi daripada kedudukan Uuijeong (Ahli Majlis Negara Kanan[9]). Ketiga-tiga jawatan itu secara kolektif disebut sebagai "Samjeongseung" 삼정승[10] atau "Samuijeong" (Tiga Ahli Majlis Tertinggi).[4]

Perubahan peranan Yeonguijeong sunting

Sehingga April 1436, tahun ke-18 pemerintahan Sejong Agung, Jwauijeong dan Uuijeong masing-masing secara serentak bertugas sebagai Panijosa (判 吏 曹 事) dan Panbyeongjosa (判 兵曹), sehinggakan mereka mengatur urusan kepegawaian yangban (bangsawan sastera dan ketenteraan).

Yeonguijeong terus wujud sebagai jawatan kehormat, dan hanya menilik dan menyesuaikan dokumen diplomatik atau memeriksa kembali kes orang yang dihukum.

Namun, ketika Hwang Hui dilantik sebagai "Yeonguijeong busa" pada tahun yang sama, raja mengubah sistem pemerintahan untuk memperkuat kekuatan Samjeongseung daripada sistem berpusat Yukjo (Enam Kementerian). Dengan pembaharuan itu, Sejong menyatakan bahawa situasi tiga penasihat kanan tertinggi tidak dapat mengambil bahagian dalam urusan negeri bertentangan dengan niat asal untuk menjadikan mereka sebagai anggota dewan tinggi negara.[4]

Semasa pembaharuan, Yukjo berunding dengan Uijeongbu mengenai tanggungjawab setiap menteri. Uijeongbu membincangkan kesahihan permasalahan tersebut, dan kemudian melaporkan kepada raja. Setelah mendapat persetujuan daripada raja, Uijeongbu kembali ke Yujo pula untuk membuat urusan yang ditugaskan. Hasilnya, Yeonguijeong mengambil bahagian dengan lebih aktif dalam pekerjaan perwakilan sebagai ketua Uijeongbu. Walau bagaimanapun, tugas menteri lain, seperti hak Ijo (吏 曹; Kementerian Personel[11]) dan Byeongjo (兵曹, Kementerian Hal Ehwal Tentera[12]) untuk melaksanakan pengurusan personel, pergerakan tentera oleh Byeongjo, dan hak Hyeongjo (刑 刑, Kementerian Hukuman[13]) untuk menangani semua penjenayah selain orang yang dihukum, masih dikendalikan secara langsung oleh menteri terkait.[4]

Ketika Putera Suyang merebut tempat anakanda saudaranya, Raja Danjong, fungsi Yeonguijeong diturunkan ke posisi yang hampir tidak berkuasa seperti sebelumnya. Ini disebabkan ketika Raja Sejo itu masih menjadi putera, tindakannya sangat dibatasi oleh saingan politiknya, Yeonguijeong, Hwangbo In (皇甫 仁) dan Jwauijeong, Kim Jongseo (金宗瑞). Oleh itu, semasa pemerintahan Raja Seongjong dan Jungjong, ada beberapa cadangan untuk mengembalikan kuasa bekas Uijeongbu, tetapi cadangan itu tidak dilaksanakan.[4]

Urusan utama negara dibincangkan ketika Bibyeonsa ditubuhkan pada tahun 1558 (pada tahun ke-10 pemerintahan Raja Myeongjong). Ketiga-tiga orang Ahli Majlis Tinggi menghadiri mesyuarat hanya sebagai "Dojejo" (Pesuruhjaya Tertinggi[14][15]). Oleh itu, kekuatan Yeonguijeong cenderung meningkat atau menurun, bergantung pada suasana politik pada zaman itu, seperti tahap kekuasaan raja, hubungan antara Uijeongbu dan Yukjo, penubuhan Bibyeonsa (備 邊 司; Perintah Pertahanan Sempadan[16]), pentadbiran Kyujanggak (Perpustakaan Diraja) yang terkemudian, konflik antara parti politik, dan kemajuan "pemerintahan mentua" (勢 道 政治, Sedo jeongchi[17]). Walau apa pun, gelaran "Yeonguijeong" terus menjadi puncak dalam sistem birokrasi sepanjang tempoh Joseon.[4]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "영의정(領議政), yeong-uijeong" (dalam bahasa Korea dan Inggeris). The Academy of Korean Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2009-01-29.
  2. ^ Choi (2006), The Origin of the Roman Catholic Church in Korea p. 375
  3. ^ 영의정 (dalam bahasa Korea dan Inggeris). Daum Korean-English Dictionary.
  4. ^ a b c d e f g 영의정 (領議政) (dalam bahasa Korea). Empas /EncyKorea. Dicapai pada 2009-01-29.
  5. ^ "도평의사사 (都評議使司), Dopyeonguisasa" (dalam bahasa Korea dan Inggeris). The Academy of Korean Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2009-01-31.
  6. ^ "경국대전(經國大典), Gyeonggukdaejeon" (dalam bahasa Korea dan Inggeris). The Academy of Korean Studies. Dicapai pada 2009-01-29.
  7. ^ John B. Duncan (2000). The Origins of the Chosŏn Dynasty. University of Washington Press. m/s. 229. ISBN 0-295-97985-2.
  8. ^ Choi (2006), The Origin of the Roman Catholic Church in Korea p. 372
  9. ^ "우의정(右議政), uuijeong" (dalam bahasa Korea dan Inggeris). The Academy of Korean Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2009-01-29.
  10. ^ "정승(政丞), Jeongseung" (dalam bahasa Korea dan Inggeris). The Academy of Korean Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-15. Dicapai pada 2009-01-29.
  11. ^ "이조(吏曹), Ijo" (dalam bahasa Korea dan Inggeris). The Academy of Korean Studies. Dicapai pada 2009-01-31.
  12. ^ "병조(兵曹), Byeong-jo" (dalam bahasa Korea dan Inggeris). The Academy of Korean Studies. Dicapai pada 2009-01-31.
  13. ^ "형조(刑曹), Hyeongjo" (dalam bahasa Korea dan Inggeris). The Academy of Korean Studies. Dicapai pada 2009-01-31.
  14. ^ James B. Palais (1996). Confucian Statecraft and Korean Institutions: Yu Hyŏngwŏn and the Late Chosŏn Dynasty. University of Washington Press. m/s. 1271. ISBN 0-295-97455-9.
  15. ^ 도제조 (都提調) (dalam bahasa Korea). Empas/EncyKorea.
  16. ^ "비변사(備邊司), Bibyeonsa" (dalam bahasa Korea dan Inggeris). The Academy of Korean Studies.
  17. ^ "세도정치(勢道政治), sedo jeongchi" (dalam bahasa Korea dan Inggeris). The Academy of Korean Studies.

Pautan luaran sunting