Yes, Boss! (drama)

Yes, Boss! ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 dibintangi oleh Fahrin Ahmad dan Emma Maembong. Diadaptasi dari novel 2011 bertajuk sama karya Areila Sahimi, drama ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 15 Februari 2014 hingga 4 Mei 2014.[1][2]

Yes, Boss!
Genre
Ditulis olehMufid Suhaimi
PengarahEmi Suffian Sabhe
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Miliki Cinta" oleh Nadia Adha
Lagu penutup"Dalam Hati Tiada Untukmu" oleh Ajek Hassan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhamad Norazhar Baharuddin
PenerbitFadzil Teh
Lokasi
Tempoh siaran20–21 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 Februari 2014 – 4 Mei 2014

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis sunting

Menceritakan tentang seorang gadis bernama Aryana yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Ilham. Ilham memiliki rupa paras yang kacak dan sifat ego yang tinggi. Ilham tidak sukakan Aryana kerana baginya Aryana tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembantu peribadinya. Ilham mahukan pembantu peribadi yang seksi, bergaya dan mempunyai bentuk badan yang ramping. Ilham berusaha untuk memberhentikan Aryana dari syarikat milik bapanya, Dato’ Maarof. Namun, Aryana tetap bersabar.

Setiap kali Ilham memberi arahan, Aryana harus menjawab “Yes Boss!”. Aryana juga terpaksa bersubahat setiap kali Ilham tidak hadir ke pejabat dan mengingatkan semua temu janji Ilham bersama teman-teman wanitanya. Ilham sering terlupa dengan temu janjinya kerana dia mempunyai ramai teman wanita. Dalam diam rupanya Aryana menyimpan perasaan terhadap Ilham tetapi sering dinafikannya. Aryana hanya mampu memendam perasaannya terhadap Ilham kerana Hati Aryana sering terluka akibat sikap kaki perempuan Ilham.

Sikap kaki perempuan Ilham mula berubah apabila dia mengenali Melina. Ilham merasakan Melina adalah calon sesuai untuk dijadikan sebagai isterinya. Ilham turut meminta pertolongan Aryana untuk mencari hadiah yang sesuai buat Melina. Meskipun, Aryana sedih kerana lelaki idamannya sudah bertemu cinta hati namun dia tetap berusaha menggembirakan Ilham dengan membantu menyatukan bosnya itu dengan Melina. Tanpa disedari rupanya Melina mempunyai agenda tersendiri. Melina berpakat dengan Jeffry iaitu pesaing utama perniagaan Ilham untuk merebut tender projek dan menjatuhkan syarikat Ilham. Setelah Ilham dan Melina bertunang, Jeffry mula memainkan peranannya dengan memikat Aryana namun rancangannya gagal kerana Aryana dapat menghidu sesuatu yang tidak baik tentang Jeffry terhadap dirinya.

Apabila Aryana ternampak Melina keluar bersama Jeffry, dia dan pembantu pemandu kereta Ilham, Harun mula menyiasat hubungan mereka berdua. Aryana dan Harun cuba memberitahu Ilham tentang Melina. Namun, Ilham tidak mempercayainya dan menuduh mereka berdua sengaja mengadakan cerita. Aryana sakit hati dan berhenti dari berkhidmat di syarikat Ilham. Kemudian, Aryana membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Lain pula ceritanya apabila Aryana berada di kampung. Udin, rakan lama Aryana masih menagih cinta Aryana. Sementara itu, ketiadaan Aryana membuatkan Ilham tidak keruan. Ilham memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos yang memerlukan pembantu peribadinya. Dia mula merindui gadis itu dan menyedari dia telah jatuh cinta pada Aryana.

Ilham pergi ke kampung Aryana dengan harapan yang tinggi untuk memujuk Aryana agar kembali bekerja sebagai pembantu peribadinya. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Ilham untuk memenangi hati Aryana. Tambahan pula, Ilham terpaksa bersaing dengan Udin untuk merebut hati Aryana. Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya sebelum ini? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang akan menjadi pilihan Aryana? Adakah Udin yang setia menunggu Aryana dari dulu lagi? Atau Ilham, jejaka idaman Aryana?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Runut bunyi sunting

  • "Miliki Cinta" - Nadia Adha
  • "Dalam Hati Tiada Untukmu" - Ajek Hassan
  • "Infiniti Cinta" - Zizan Razak dan Kaka Azraff

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (17 Februari 2014). "Fahrin Ahmad buli Emma Maembong dalam Yes, Boss!". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Mac 2014.
  2. ^ "Drama Yes, Boss! lakonan Emma Maembong". Hafiz Hafizol. 5 Mac 2014. Dicapai pada 7 Mac 2014.
  3. ^ Yes, Boss! (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 27 Mei 2019.