Yesaya ataupun Nabi Yesaya (Bahasa Ibrani: יְשַׁעְיָהוּ, Piawai [Yəšaʿyáhu] Error: {{Transl}}: unrecognized transliteration standard: (bantuan) Tiberias Yəšaʿăyāhû ; Greek: Ἠσαΐας, Ēsaiās ; Arab: أشعیاء, Ash'iyā' ) adalah watak lelaki utama dalam Kitab Yesaya Alkitab, dan menurut tradisi beliau dianggap sebagai penulis kitab itu. Dia merupakan nabi Yudea abad ke-8 SM yang mendeklarasikan bahawa seluruh dunia berada dalam pengendalian Tuhan, dan memperingatkan masyarakatnya bahawa negeri mereka akan dimusnahkan apabila mereka berpaling dari ajaran Tuhan.