Yingluck Shinawatra

Yingluck Shinawatra (Bahasa Thai: ยิ่งลักษณ์ ชินวัตร, RTGSYinglak Chinnawat, Sebutan bahasa Thai: [jîŋ.lák tɕʰīn.nā.wát]; lahir 21 Jun 1967), juga dikenali dengan nama samaran Pou (Bahasa Thai: ปู, RTGSPu, disebut [pūː], bermaksud "ketam"),[1] ialah seorang ahli perniagaan dan ahli politik Thailand, anggota Parti Pheu Thai, dan Perdana Menteri Thailand ke-28 dari 2011 hingga 2014. Yingluck merupakan adik kepada bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, dan perdana menteri wanita yang pertama serta antara yang termuda di Thailand.[2][3]

Yingluck Shinawatra
ยิ่งลักษณ์ ชินวัตร

MPCh MWM
Yingluck pada 2011
Perdana Menteri Thailand ke-28
Dalam jawatan
5 Ogos 2011 – 7 Mei 2014
RajaBhumibol Adulyadej
Didahului olehAbhisit Vejjajiva
Digantikan olehNiwatthumrong Boonsongpaisan (memangku)
Prayuth Chan-ocha
Menteri Pertahanan Thailand
Dalam jawatan
30 Jun 2013 – 7 Mei 2014
TimbalanYuthasak Sasiprapha
Didahului olehSukampol Suwannathat
Digantikan olehKosong
Butiran peribadi
Lahir (1967-06-21) 21 Jun 1967 (umur 56)
San Kamphaeng, Thailand
Parti politikParti Pheu Thai
PasanganAnusorn Amornchat
Anak-anakSupasek Amornchat
Alma materUniversiti Chiang Mai
Universiti Negeri Kentucky
Tandatangan

Dilahirkan di wilayah Chiang Mai, Yingluck menerima ijazah sarjana muda di Universiti Chiang Mai dan ijazah sarjana dari Universiti Negeri Kentucky, kedua-duanya dalam bidang pentadbiran awam.[4] Beliau menjadi seorang eksekutif di syarikat perniagaan yang diasaskan oleh abangnya, Thaksin Shinawatra, dan selepas itu menjadi presiden syarikat pemaju hartanah SC Asset dan pengarah pengurusan Advanced Info Service. Sementara itu, abangnya Thaksin menjadi Perdana Menteri, tetapi digulingkan oleh tentera yang merampas kuasa lalu melarikan diri ke luar negara setelah disabitkan oleh tribunal kerana menyalah guna kuasa.

Pada Mei 2011, Parti Pheu Thai yang menjalin pertalian rapat dengan Thaksin, mencalonkan Yingluck sebagai calon Perdana Menteri pada pilihan raya umum.[5][6] Keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa Pheu Thai memenangi 47% peratus undi dan 265 darpada 500 kerusi Dewan Perwakilan Thailand,[7] oleh itu menjadi kali kedua majoriti parlimen diraih oleh sebuah parti sahaja sepanjang sejarah Thailand (kali pertama parti abangnya Thai Rak Thai).

Dalam krisis politik pada Mei 2014, Mahkamah Perlembagaan Thailand menyingkirkan Yingluck daripada jawatannya akibat daripada perpindahan berkontroversi seorang pegawai keselamatan utama pada 2011.[8]

Kehidupan awal dan kerjaya sunting

Yingluck ialah anak bongsu daripada sembilan beradik kepada Lert Shinawatra dan Yindee Shinawatra (anak perempuan Puteri Jantip (Na Chiangmai) Raminkwong).[9][10][11] Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dari Fakulti Sains Politik dan Pentadbiran Awam, Universiti Chiang Mai pada 1988 dan memperolehi ijazah sarjana dalam Pentadbiran Awam (Pengurusan Sistem Maklumat) dari Kentucky State University, Amerika Syarikat, pada tahun 1991.

Yingluck bekerja di syarikat Shinawatra Directory Co. Ltd dan merupakan Pengarah Urusan Advanced Info Service PCL atau AIS, pembekal telefon bimbit yang dahulunya dikuasai oleh Thaksin, sebelum dijual kepada pelabur. Dia disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand berhubung jualan saham Shin Corporation kepada Temasek Holdings. Beliau juga pernah menjawat jawatan penting dalam kelab bolasepak Manchester City iaitu sebagai pengarah eksekutif kelab utama Liga Perdana Inggeris itu.

Yingluck juga merupakan ahli jawatankuasa dan Setiausaha Thaicom Foundation. Beliau mempunyai seorang anak lelaki. Suaminya Anusorn Amornchat, seorang peguam dan Pengarah Urusan M Link Asia Corporation PCL. Kakaknya Yaowapa Wongsawat merupakan isteri bekas Perdana Menteri Thailand Somchai Wongsawat.

Yingluck menerima 0.68% daripada 46.87% saham Shin Corp yang dimiliki abangnya Thaksin dan kemudian isterinya pada 1999. Kononnya Yingluck telah membuat transaksi palsu bagi mengelak cukai pendapatan. Namun, perkara tersebut digugurkan.[12] Bagaimanapun Yingluck mendakwa bahawa keluarganya menjadi mangsa penganiayaan politik.[13]

Kerjaya politik sunting

Pada 2007, Parti Kuasa Rakyat yang dikaitkan dengan abangnya dibubarkan oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand kerana telah melanggar undang-undang pilihan raya, Thaksin menubuhkan parti lain dan adiknya menjadi pemimpin parti. Ramai penyokong Thaksin tinggal di kawasan pedalaman di utara dan timur laut Thailand. Mulanya Yingluck tidak bersedia memimpin parti dan lebih suka menumpukan bidang perniagaan. Akhirnya dia mengalah selepas menerima surat pelawaan rasmi daripada parti.

Menjelang 2011, ramai ahli Parti Pheu Thai menyokong Mingkwan Sangsuwan melawat Thaksin di Dubai untuk membincangkan keputusannya memilih Yingluck sebagai calon ahli parlimen. Namun Thaksin mengekalkan keputusannya tidak bertanding dan adiknya tidak akan mengkhianatinya.Bukan ahli keluarga tidak semestinya pilihan terbaik. Thaksin menyatakan adiknya itu bukan boneka tetapi klon beliau.Klon bermakna ‘budaya, latar belakang, idea, sikap dan pemikiran yang sama’. Adiknya telah dicalonkan, jadi tidaklah perlu beliau kembali memimpin Thailand.[14] Peluang untuk menang amat cerah kerana memiliki aura kepimpinan seperti Thaksin.

Pada 16 Mei 2011 ahli Parti Pheu Thai memilih Yingluck sebagai calon parti dan secara tradisinya bakal menjadi Perdana Menteri Thailand . Isu kempennya ialah kembalikan perpaduan di kalangan rakyat Thailand.Beliau berjanji tidak akan membalas dendam atas penggulingan abangnya pada 19 September 2006. Taraf hidup rakyat akan diperbaiki dan menamatkan krisis politik berdarah di Thailand. Yingluck turut memberi amaran kepada tentera agar menghormati keputusan pilihan raya dan mengelak melakukan rampasan kuasa. Ketua tentera, Jeneral Prayut Chan-O-Cha berikrar akan mematuhi keputusan pilihan raya dan 18 rampasan kuasa tentera tidak akan berulang .Di Selatan Thailand yang majoritinya orang Islam, beliau dilihat memakai tudung.[15]

Tinjauan oleh Universiti Suan Dusit mendapati Pheu Thai memperolehi 43.16 % undian, diikuti Parti Demokrat (37.45 %), Bhumjaithai (2.64 %), Chartthaipattana (2.64 %) dan Rak Prathetthai (1.43 %). Sebanyak 4.42 % lagi memilih parti-parti lain dan 7.08 % masih belum memikirkan parti pilihan. [16]

Debat Kebangsaan sunting

Pada 15 Mei 2011, Parti Demokrat menjemput Yingluck Shinawatra untuk berdebat politik dengan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva. Malangnya Parti Pheu Thai menolak jemputan itu kerana merasakan debat politik itu tidak perlu kerana ia hanya digunakan semasa Pilihan raya Presiden.

Yingluck mendapat sokongan besar di Bangkok yang sebelum ini dimenangi oleh Parti Demokrat. Mereka menang 310 daripada 500 kerusi Parlimen Thailand. Penyandang Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva mengakui kekalahan partinya kepada Parti Pheu Thai.Yingluck telah bersedia untuk menjadi wanita pertama Thailand sebagai perdana menteri. Abangnya Thaksin menelefon dari Dubai untuk mengucapkan tahniah.

Skandal dan kritikan sunting

Akaun bank Yingluck ialah antara 86 akaun bank yang dituduh oleh kerajaan Abhisit kerana terlibat membiayai penunjuk perasaan Baju Merah semasa demonstrasi 2010. Ketika itu, huru-hara berlaku di seluruh negara terutama di kawasan Metropolitan Bangkok. Hasil siasatan Jabatan Siasatan Khas mendapati antara 28 April 2009 hingga Mei 2010, sekitar 317 juta baht dicurahkan kepada Baju Merah.[17]

Sebagai pengerusi jawatankuasa beras, Yingluck disiasat oleh agensi anti rasuah Thailand sama ada mempunyai peranan dalam skim perjanjian beras selepas dua menteri kabinetnya didakwa.[18] Beliau juga disiasat sama ada cuai, selepas mengaku tidak pernah menyertai mesyuarat jawatankuasa beras.[19]

Rujukan sunting

  1. ^ 'ปู'ปัดบินฮ่องกงพบพี่ชาย ไม่รู้'สมศักดิ์'อยากร่วมรบ. [""Pu" denied flying to Hong Kong to see her brother, not knowing "Somsak"'s joining coaliation"]. Thairath (dalam bahasa Thai). Bangkok. 8 July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2012.
  2. ^ "Yingluck, Pheu Thai win in a landslide". Bangkok Post. 3 Julai 2011.
  3. ^ CNN, Talking politics with Thailand's PM, 18 Disember 2008
  4. ^ "Yingluck to be 'clone' of ex-PM brother". China Post. Dicapai pada 5 July 2011.
  5. ^ Kate, Daniel Ten (16 Mei 2011). "Sister of Fugitive Ex-Premier Thaksin Chosen as Leader of Opposition Party". Bangkok. Bloomberg L.P.
  6. ^ Hookway, James (17 Mei 2011). "New Thai Candidacy". The Wall Street Journal. Bangkok.
  7. ^ "Official balloting outcome". The Nation (Thailand). Bangkok. 5 Julai 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-08. Dicapai pada 2011-08-05.
  8. ^ "เกาะติดศาลรัฐธรรมนูญวินิจฉัยคดีสถานภาพรักษาการนายก" [Following up the charter court's decision on caretaker prime minister status] (dalam bahasa Thai). Voice TV. 2014-05-07. Dicapai pada 2014-05-07.
  9. ^ The Statesman's Yearbook 2015: The Politics, Cultures and Economies of the World. Springer. 27 December 2016. m/s. 1202. ISBN 978-1-349-67278-3.
  10. ^ Bangkok Post, Pheu Thai picks Yingluck for PM, 16 June 2011
  11. ^ Seth Mydans: Candidate in Thailand Follows Path of Kin. New York Times, 12 June 2011
  12. ^ "Special Report: Thaksin´s 76 bn THB asset seizure case". Bangkok. NNT. 10 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 2014-05-11.
  13. ^ Taengkhio, Kesinee (21 Disember 2009). "Thaksin assets case verdict due in January". The Nation (Thailand). Bangkok.
  14. ^ Thaksin kata Yingluck bukan boneka, tapi klonnya Utusan Malaysia
  15. ^ Tuah Menjadi Adik Thaksin
  16. ^ Yingluck Mula Gegar Kempen Pilihan Raya ThaiUtusan Malaysia
  17. ^ "ดีเอสไอโชว์ผลงานตรวจท่อน้ำเลี้ยงเสื้อแดง" [DSI shows red shirt funding]. Post Today (dalam bahasa Thai). Bangkok. Siam Intelligence. 17 Jun 2010.
  18. ^ "Yingluck to be probed, ex-ministers charged on rice scheme". Post Publishing. Dicapai pada 16 Januari 2014.
  19. ^ "PM Admits Rice Panel Absences". Post Publishing. Dicapai pada 28 November 2013.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Abhisit Vejjajiva
Perdana Menteri Thailand
2011–2014
Diikuti oleh:
Niwatthumrong Boonsongpaisan
memangku