Yohan Cabaye (Sebutan bahasa Perancis: [jɔ.an ka.baj]; lahir 14 Januari 1986) ialah pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Inggeris Crystal Palace dan pasukan kebangsaan Perancis.

Yohan Cabaye
Cabaye bersama Perancis di UEFA Euro 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Yohan Cabaye[1]
Tarikh lahir (1986-01-14) 14 Januari 1986 (umur 38)
Tempat lahir Tourcoing, Perancis
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Crystal Palace
Nombor 7
Kerjaya remaja
1992–1998 Tourcoing
1998–2004 Lille
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2011 Lille 191 (31)
2011–2014 Newcastle United 79 (17)
2014–2015 Paris Saint-Germain 39 (1)
2015– Crystal Palace 64 (9)
Pasukan kebangsaan
2001 Perancis B16 (1)
2004 Perancis B18 (–)
2004–2005 Perancis B19 12 (2)
2006 Perancis B20 (1)
2006–2008 Perancis B21 16 (3)
2010– Perancis 48 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Mei 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Julai 2016

Karier kelab sunting

Lille sunting

2004–2008 sunting

Menjelang musim 2004–05, Cabaye menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Lille bersetuju dengan perjanjian tiga tahun. Cabaye dipanggil ke pasukan senior buat pertama kali oleh Claude Puel pada bulan November 2004. Dia membuat penampilan liga pertamanya pada 7 November 2004 menentang Istres. Pada 20 Februari 2005, dia menerima kad merah pertamanya ketika seri 1-1 dengan Metz.[2] Cabaye menghabiskan musim itu dengan membuat 12 penampilan tanpa menjaringkan sebarang gol.

Pada musim berikutnya, Cabaye beraksi dalam 27 perlawanan liga. Cabaye juga bermain dalam edisi 2003-04 Liga Juara-Juara UEFA dan Piala UEFA, bermain dalam lima perlawanan dalam kedua-dua pertandingan. Dia membuat penampilan Eropah pertamanya pada 14 September 2005 dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Benfica.[3] Di dalam liga, Cabaye menjaringkan gol profesional pertamanya ketika kekalahan 3-1 kepada Auxerre pada 19 November.[4] Pada pertengahan musim, Lille dan Cabaye mencapai persetujuan untuk kontrak lanjutan dua tahun yang akan berakhir pada bulan Jun 2010.[5]

Cabaye bergelut dengan kecederaan buku lali pada musim 2006–07, hanya beraksi dalam lima perlawanan liga dalam tiga bulan pertama musim itu. Dia menjaringkan gol pada 26 Ogos 2006 dimana mereka menang 3–0 ke atas Bordeaux.[6] Pada 4 November, dia menjaringkan gol keduanya musim itu ketika kemenangan 3–0 ke atas Valenciennes.[7] Cabaye beraksi secara konsisten untuk pasukan itu dalam liga dan Liga Juara-Juara sebelum mengalami kecederaan berulang buku lali dalam perlawanan liga menentang Le Mans pada bulan Mac 2007.[8][9]

Cabaye kembali beraksi pada musim 2007–08, muncul dalam 39 perlawanan. Dia menjaringkan tujuh gol dalam liga. Ketika menentang Caen, Cabaye menjaringkan dua gol untuk menang 5–0.[10] Semasa musim itu, dia menandatangani satu lagi kontrak lanjutan bersetuju dengan perjanjian tiga tahun sehingga 2013.[11]

2008–2011 sunting

Pada musim 2008–09, dia beraksi dalam 32 perlawanan liga. Cabaye menjaringkan lima gol dalam liga dan satu dalam Coupe de France.[12]

 
Cabaye meraikan kemenangan Coupe de France 2011

Cabaye mempunyai musim terbaiknya pada musim 2009–10. Dia beraksi dalam 46 perlawanan keseluruhan dan menjaringkan 15 gol, tujuh daripadanya merupakan penalti dan membuat sepuluh bantuan gol. Cabaye menjaringkan gol pertamanya musim itu pada 31 Oktober 2009 ketika kemenangan 2–0 ke atas Grenoble.[13] Dalam lima perlawanan liga seterusnya, dia menjaringkan lima gol.[14][15][16][17][18] Pada 13 Februari 2010, Cabaye membuat dua bantuan gol dimana mereka menang 3–1 ke atas Boulogne.[19] Pada 18 April, dia menjaringkan dua gol dan membuat satu bantuan gol untuk mencatat kemenangan 4–0 ke atas Monaco.[20] Dalam Liga Europa UEFA, Cabaye menjaringkan gol menentang Sevojno dalam pusingan kelayakan dan Slavia Prague dalam peringkat kumpulan.[21]

Pada 24 Oktober 2010, Cabaye menjaringkan gol ketika kekalahan 3-1 kepada Marseille.[22] Tiga hari kemudian, dia menjaringkan dua gol ketika mereka menang 4-1 ke atas Caen dalam Coupe de la Ligue.[23] Cabaye membuat bantuan gol kepada dua gol Moussa Sow ketika kemenangan 6–3 ke atas Lorient pada bulan Disember 2010.[24] Pada bulan April 2011, Cabaye membuat tiga bantuan gol dalam tiga perlawanan liga menentang Caen, Bordeaux dan Arles-Avignon.[25][26] Cabaye juga menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Arles-Avignon.[27]

Cabaye beraksi dalam perlawanan akhir Coupe de France dimana mereka mengalahkan Paris Saint-Germain 1–0 di Stade de France.[28] Seminggu kemudian, Lille muncul juara Ligue 1 selepas seri 2–2 dengan Paris Saint-Germain.[29][30]

Newcastle United sunting

Selepas perlawanan terakhir Lille pada musim 2010–11, Rudi Garcia mengesahkan bahawa Cabaye akan meninggalkan kelab itu untuk menyertai Newcastle United. Perpindahan itu disahkan pada 10 Jun 2011 dengan Cabaye bersetuju dengan perjanjian lima tahun bersama Newcastle.[31]

Musim 2011–12 sunting

 
Cabaye bermain untuk Newcastle United.

Dia membuat penampilan liga pertamanya pada 13 Ogos 2011 ketika seri 0–0 dengan Arsenal.[32] Cabaye menjaringkan gol pertamanya untuk Newcastle pada 22 Oktober 2011 ketika menentang Wigan Athletic.[33] Empat hari kemudian, dia menjaringkan gol keduanya untuk eklab itu ketika kekalahan 4–3 kepada Blackburn Rovers dalam Piala Liga.[34] Cabaye menjaringkan gol ketiganya untuk Newcastle ketika kemenangan 3–0 ke atas Manchester United.[35] Pada 6 April 2012, Cabaye membuat dua bantuan gol ketika mereka menang 2-0 ke atas Swansea City.[36] Pada 21 April, Cabaye membuat bantuan gol dan menjaringkan gol ketika mereka menang 3- ke atas Stoke City.[37]

Musim 2012–13 sunting

Cabaye menjaringkan gol pertamanya pada musim 2012–13 ketika menentang Sunderland dimana mereka seri 1–1 pada 21 Oktober 2012. Pada bulan November, ia telah diumumkan bahawa Cabaye memerlukan pembedahan pangkal paha dan tidak boleh beraksi sehingga bulan Februari 2013. Dia kembali pada bulan Januari dan menjaringkan gol ketika kekalahan 2-1 kepada Reading pada 19 Januari 2013. Cabaye menjaringkan satu lagi gol ketika menentang Aston Villa. Pada 2 Mac 2013, Cabaye beraksi sebagai kapten Newcastle buat kali pertama menentang Swansea City menggantikan Fabricio Coloccini. Dia menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Southampton dan Stoke City.

Musim 2013–14 sunting

Pada 19 Oktober 2013, Cabaye menjaringkan gol keduanya musim itu menentang Liverpool di St James' Park dimana mereka seri 2–2. Cabaye menjaringkan gol kemenangan ketika mereka menang 1-0 ke atas Manchester United di Old Trafford pada 7 Disember 2013. Gol keempatnya musim itu tiba pada 21 Disember ketika kemenangan 3–0 ke atas Crystal Palace sebelum menjaringkan gol sekali lagi ketika menang 5-1 ke atas Stoke City. Dalam perlawanan terakhirnya, Cabaye menjaringkan dua gol untuk menang 3–1 ke atas West Ham United.

Paris Saint-Germain sunting

Pada 29 Januari 2014, Paris Saint-Germain mengumumkan bahawa Cabaye telah menyertai kelab itu.[38][39][40] Cabaye menandatangani perjanjian tiga tahun setengah bersama kelab itu.[38] Pada 18 Februari, Cabaye menjaringkan gol pertamanya untuk PSG ketika kemenangan 4–0 ke atas Bayer Leverkusen dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara. Pada 19 April, Cabaye memenangi trofi pertamanya bersama PSG selepas mengalahkan Lyon 2–1 in dalam perlawanan akhir Coupe de la Ligue 2014.[41]

Pada 22 Ogos 2014, Cabaye dibuang padang ketika seri tanpa jaringan dengan Evian.[42] Pada 17 Oktober, Cabaye menjaringkan gol liga pertamanya ketika menang 3-1 ke atas Lens.[43]

Crystal Palace sunting

Pada 10 Julai 2015, Cabaye menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace dengan kontrak tiga tahun.[44] Dia membuat penampilan sulungnya menentang Norwich City pada 8 Ogos, menjaringkan gol untuk menang 3–1.[45]

Karier antarabangsa sunting

Pada 5 Ogos 2010, Cabaye dipanggil ke pasukan senior buat pertama kali oleh Laurent Blanc untuk perlawanan persahabatan menentang Norway pada 11 Ogos 2010.[46] Cabaye membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam perlawanan itu.

Pada 29 Mei 2012, Cabaye dinamakan dalam skuad Perancis untuk UEFA Euro 2012.[47] Dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya menentang Ukraine dimana mereka menang 2-0.[48]

Statistik karier sunting

Kelab sunting

Sehingga 22 Ogos 2015.[49][50]
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Eropah Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Lille 2004–05 Ligue 1 6 0 0 0 2 0 3 0 14 0
2005–06 Ligue 1 27 1 0 0 2 0 2 0 37 1
2006–07 Ligue 1 22 3 0 0 1 0 8 0 33 4
2007–08 Ligue 1 36 7 2 0 1 0 40 7
2008–09 Ligue 1 32 5 3 1 0 0 35 6
2009–10 Ligue 1 32 13 0 0 2 0 12 2 46 15
2010–11 Ligue 1 36 2 5 0 1 2 8 1 48 4
Jumlah 191 31 10 1 9 2 33 3 243 37
Newcastle United 2011–12 Liga Perdana Inggeris 34 4 2 0 2 1 38 5
2012–13 Liga Perdana Inggeris 26 6 0 0 0 0 9 0 35 6
2013–14 Liga Perdana Inggeris 19 7 0 0 1 0 20 7
Jumlah 79 17 2 0 3 1 9 0 93 18
Paris Saint-Germain 2013–14 Ligue 1 15 0 0 0 2 0 4 1 21 1
2014–15 Ligue 1 24 1 4 1 3 0 5 0 36 2
Jumlah 39 1 4 1 5 0 9 1 57 3
Crystal Palace 2015–16 Liga Perdana Inggeris 3 1 0 0 0 0 3 1
Jumlah 3 1 0 0 0 0 3 1
Jumlah karier 312 50 16 2 17 3 51 4 396 59

Antarabangsa sunting

Sehingga 12 Julai 2015.[51]
Pasukan Tahun Kmncln - Perancis 2010 1 0
2011 8 0
2012 10 1
2013 7 1
2014 12 1
2015 1 0
Jumlah 39 3

Gol antarabangsa sunting

Sehingga 9 Jun 2014
No. Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1
15 Jun 2012 Donbass Arena, Donetsk, Ukraine   Ukraine
2–0
2–0
UEFA Euro 2012
2
11 Oktober 2013 Parc des Princes, Paris, Perancis   Australia
4–0
6–0
Persahabatan
3
8 Jun 2014 Stade Pierre-Mauroy, Lille, Perancis   Jamaica
1–0
8–0
Persahabatan

Kejayaan sunting

Kelab sunting

Lille[49]

Paris Saint-Germain[49]

Antarabangsa sunting

Perancis[49]

Rujukan sunting

  1. ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 4 September 2012. m/s. 21. Dicapai pada 26 July 2013.
  2. ^ "Metz v. Lille Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 20 February 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Miccoli strike sends Eagles soaring". Union of European Football Associations. 14 September 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-08. Dicapai pada 20 February 2011.
  4. ^ "Auxerre v. Lille Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 19 November 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Cabaye commits to Lille future". Noticias. 28 January 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-15. Dicapai pada 20 February 2011.
  6. ^ "Lille v. Bordeaux Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 26 August 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Valenciennes v. Lille Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 4 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Lille v. Le Mans Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 17 March 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Emon homes in on European goal". Union of European Football Associations. 6 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-09. Dicapai pada 20 February 2011.
  10. ^ "Lille v. Caen Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 15 March 2008. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Yohan Cabaye prolonge avec Lille jusqu'en 2013". Fédération Internationale de Football Association (dalam bahasa French). 18 February 2008. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Dunkerque v. Lille Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 23 January 2009. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Grenoble v. Lille Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 31 October 2009. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Lille v. Valenciennes Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 28 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Lille v. Lyon Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 6 December 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Monaco v. Lille Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 13 December 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Lille v. Saint-Étienne Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 10 December 2009. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Lille v. Bordeaux Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 8 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "Lille v. Boulogne Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 13 February 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ "Lille v. Monaco Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 18 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 20 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ "LOSC Lille Métropole 2 – 0 FK Sevojno". Union of European Football Associations. 6 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-07. Dicapai pada 20 February 2011.
  22. ^ "Lille v. Marseille Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 24 October 2010. Dicapai pada 30 May 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "Lille v. Caen Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 27 October 2010. Dicapai pada 30 May 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ "Lille v. Lorient Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 5 December 2010. Dicapai pada 30 May 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ "Lille v. Caen Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 2 April 2011. Dicapai pada 30 May 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "Lille v. Bordeaux Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 16 April 2011. Dicapai pada 30 May 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  27. ^ "Lille v. Arles-Avignon Match Report". Ligue de Football Professionnel (dalam bahasa French). 30 April 2011. Dicapai pada 30 May 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  28. ^ "Late Obraniak strike wins cup". ESPN. 14 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-25. Dicapai pada 19 May 2011.
  29. ^ "Champions!". L'Équipe (dalam bahasa French). 22 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-02. Dicapai pada 22 May 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  30. ^ "Ligue 1 round-up". Sky Sports. 21 May 2011. Dicapai pada 22 May 2011.
  31. ^ "Cabaye Signs On At St. James'". Newcastle United F.C. 10 June 2011. Dicapai pada 10 June 2011.
  32. ^ Marshall, Anthony (13 August 2011). "Newcastle United 0 Arsenal 0". Newcastle United F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-19. Dicapai pada 6 September 2011.
  33. ^ Taylor, Louise (22 October 2011). "Newcastle ride their luck against Wigan to keep unbeaten record". Guardian Media Group. Dicapai pada 26 October 2011.
  34. ^ Jolly, Richard (26 October 2011). "Blackburn's Gaël Givet heads home in extra time to break Newcastle". Guardian Media Group. Dicapai pada 26 October 2011.
  35. ^ Young, Colin (4 January 2012). "Cab for Fergie! Wonder strikes by Cabaye and Ba bury toothless United". Daily Mail. Dicapai pada 4 January 2012.
  36. ^ Shuttleworth, Peter (6 April 2012). "Swansea 0–2 Newcastle". BBC Sports. Dicapai pada 6 April 2012.
  37. ^ "Newcastle 3–0 Stoke" BBC Sport. 21 April 2012. Retrieved 21 April 2012.
  38. ^ a b "Cabaye joins Paris Saint-Germain from Newcastle". Goal.com. 29 January 2014. Dicapai pada 29 January 2014.
  39. ^ "Transfer news: PSG owner reveals three reasons for signing Yohan Cabaye from Newcastle - including 'he is a nice guy'". The Independent. 28 January 2014. Dicapai pada 29 January 2014.
  40. ^ "Yohan Cabaye En Chiffres". Goal.com (dalam bahasa French). 29 January 2014. Dicapai pada 29 January 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  41. ^ "Paris St-Germain beat Lyon in French League Cup final". BBC Sport.
  42. ^ "Paris Saint-Germain's Yohan Cabaye sent off in goalless draw at Evian". The Guardian. Associated Press. 22 August 2014. Dicapai pada 25 August 2014.
  43. ^ "Edinson Cavani one of three players sent off as PSG beat Lens in Ligue 1". The Guardian. 17 October 2014. Dicapai pada 27 October 2014.
  44. ^ "Cabaye Signs For Palace". cpfc.co.uk. 10 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada 10 July 2015.
  45. ^ "Norwich v Crystal Palace". BBC Sport. 8 August 2015. Dicapai pada 8 August 2015.
  46. ^ "Karim Benzema and Hatem Ben Arfa in Laurent Blanc's first France squad". Guardian Media Group. 5 August 2010. Dicapai pada 21 February 2011.
  47. ^ "Yoann Gourcuff omitted as France announce Euro 2012 squad". The Independent. 29 May 2012. Dicapai pada 3 June 2012.
  48. ^ "After Rain Delay, France Shuts Out Ukraine". New York Times. 15 June 2012. Dicapai pada 17 June 2012.
  49. ^ a b c d "Yohan Cabaye profile". Ligue 1.
  50. ^ Biodata Yohan Cabaye di Soccerway
  51. ^ (Inggeris) Cabaye Profil Yohan Cabaye di National-Football-Teams.com

Pautan luar sunting