Yonhap News Agency

Yonhap News Agency (Bahasa Korea : 연합 뉴스 는국내외 ; dibaca : Yeonhab Nyuse Neungugnaeoe) ialah sebuah agensi berita terbesar di Korea Selatan.

Yonhap News Agency
연합 뉴스 는국내외
연합뉴스 사옥 사진.jpg
Ibu pejabat Yonhap News Agency
KependekanYNA
Ditubuhkan19 Disember 1980; 40 tahun yang lalu (1980-12-19)
JenisAgensi berita
Ibu pejabatDaerah Jongno, Seoul
Lokasi
Laman web rasmi

Agensi ini menyediakan rencana berita, gambar-gambar dan maklumat lain kepada akhbar, rangkaian TV dan media lain di Korea Selatan.

SejarahSunting

Yonhap (bermaksud "bersatu" dalam bahasa Korea) ditubuhkan pada 19 Disember 1980, melalui penggabungan Hapdong News Agency dan Orient Press.

Agensi ini menjalin pelbagai kerjasama dengan 78 agensi berita antarabangsa, dan juga memiliki perjanjian pertukaran perkhidmatan dengan agensi Korean Central News Agency (KCNA) di Korea Utara, yang ditandatangani pada 2002.[1]

Agensi ini merupakan satu-satunya perkhidmatan rangkaian Korea yang bekerja dengan agensi-agensi media asing[2] dan menyediakan pilihan berita yang berpangkalan di Korea Selatan, namun tersedia secara percuma, menerusi laman webnya dalam bahasa Korea, Inggeris, Cina, Jepun, Seranyol, Arab dan Perancis.

Yonhap ialah agensi berita tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1988, dan terpilih buat kali kedua menjadi badan dari Pertubuhan Agensi Berita Asia-Pasifik (OANA).

Yonhap ialah satu-satunya agensi berita di Korea Selatan yang memiliki lebih dari 60 koresponden di luar negeri dan 580 wartawan di dalam negeri.[1] Pemegang saham terbesarnya ialah Korea News Agency Commission (KONAC).

RujukanSunting

  1. ^ a b "About Us". Seoul: Yonhap News Agency. 2009.
  2. ^ Shrivastava, K. M. (2007). News Agencies from Pigeon to Internet. Elgin, IL: Sterling Publishers. ISBN 978-1-932705-67-6.

Pautan luarSunting

Laman web rasmi