Yonny (EP)

EP sulung oleh penyanyi hip hop Malaysia, Yonnyboii, dikeluarkan pada 18 Disember 2020 oleh Def Jam Malaysia dan Universal Music Malaysia


Yonny ialah EP sulung oleh penyanyi hip hop Malaysia, Yonnyboii, dikeluarkan pada 18 Disember 2020 oleh Def Jam Malaysia dan Universal Music Malaysia.[1][2]

Yonny
EP oleh
Dilancarkan pada18 Disember 2020
Dirakamkan pada2020
Genre
Syarikat
Penerbit
  • Adam E
  • Freddie Laut
  • Zachshutton
  • Vincent88
  • Mingaling
  • Wolfy
Single daripada Yonny
  1. "Salahku"
    Dikeluarkan: 2020
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Dalam temu ramah bersama mStar Online, Yonnyboii berkata EP ini sarat dengan muzik yang tulus untuk pendengar memahami gejolak perasaan yang perlu dihayati dalam setiap lagu dan juga berkata:

"Menerusi album EP ini, saya mengambil kesempatan memperkenalkan diri saya sebenar dengan menyatakan kejujuran setiap lenggok melodi serta pengisian lirik yang terkandung menerusi lagu-lagu yang disampaikan".[2]

Pembikinan EP Yonny melibatkan enam penerbit iaitu Adam E, Freddie Laut, Zachsutton, Vincent88, Mingaling dan Wolfy.[2] Bagaimanapun, Yonnyboii tidak mengharapkan sebarang impak untuk EP ini, kerana beliau mahu peminat mengenali siapa dirinya.[2] EP ini mengambil masa empat minggu untuk disiapkan semasa pandemik COVID-19 di Malaysia. Sebanyak 80 peratus lagu di dalam EP ini lagu yang pernah dirakamkan, namun digubah semula dengan penambahbaikan kualiti rakaman luar biasa.[3]

Promosi dan single sunting

Yonny dikeluarkan pada 18 Disember 2020.[4] Single pertama yang dikeluarkan untuk EP ini ialah "Salahku", telah meraih jumlah tontonan sebanyak 3 juta tontonan di YouTube dan menjadi tular di semua pelantar muzik.[5] Ia telah dikeluarkan semula dengan tajuk "Salahku 3.0".[6]

Senarai Runut (Yonny EP) sunting

No.TajukMasa
1."Bayang"3:15
2."Pelikk"2:38
3."Aku Itu Aku"3:38
4."Boleh Bla"3:20
5."Hidup Giler"3:32
6."SALAHKU"3:56
7."SALAHKU 3.0"3:15
Jumlah masa: 23:36


Senarai Runut (Yonny EP Deluxe Edition) sunting

No.TajukMasa
1."Bayang"3:15
2."Pelikk"2:38
3."Aku Itu Aku"3:38
4."Boleh Bla"3:20
5."Hidup Giler"3:32
6."SALAHKU"3:56
7."SALAHKU 3.0"3:15
8."Tak Sangka" (bersama Zynakal dan Asyraf Nasir) 3:34
9."Angel"2:38
Jumlah masa: 29:49


Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 18 Disember 2020 Muat turun digital[7]
Penstriman digital[8]
Def Jam Malaysia
Universal Music Malaysia
8 Oktober 2021 Muat turun digital

Penstriman digital

Def Jam Malaysia

Universal Music Malaysia

Rujukan sunting

  1. ^ "Mahu kenal saya, dengar EP ini". Berita Harian. 19 Disember 2020. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  2. ^ a b c d Juliana Johar (21 Disember 2020). "Yonnyboii ajak peminat kenali dirinya menerusi album Yonny". mStar Online. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  3. ^ Fariza Saidin (21 Disember 2020). "Wah! Yonnyboii dah ada album EP! 9 lagu dalam album Yonny!". Kita Reporters. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  4. ^ "Yonnyboii: Want to know me? Listen to the EP" (dalam bahasa Inggeris). The Hive Asia. 22 Disember 2020. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  5. ^ Nor Eryani Yusop (22 Disember 2020). "Lagu cinta, warna-warni muzik Yonnyboii". Kosmo!. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  6. ^ Fiza Kamarudin (9 November 2020). "Yonnyboii belum puas, muncul dengan Salahku 3.0". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Januari 2021.
  7. ^ "Yonny - EP by Yonnyboii" (dalam bahasa Inggeris). iTunes (MY). Dicapai pada 10 Januari 2021.
  8. ^ "Yonny, EP by Yonnyboii" (dalam bahasa Inggeris). Spotify. Dicapai pada 10 Januari 2021.