Yoon Jang-ho (21 September 1980 - 27 Februari 2007) adalah sarjan tentera Korea Selatan yang bertugas di Afghanistan di bawah misi membantu Amerika Syarikat 'membantai' Afhanistan. Afghanistan diserang oleh Amerika Syarikat, hanya 3 bulan selepas peristiwa 911. Kononnya memusnahkan markas Osama bin Laden yang sehingga kini dibiarkan hidup supaya Amerika boleh bermaharaja lela di sana.

Tentera Korea Selatan, sarjan Yong Jang-ho mati ditembak di Bagram, Afghanistan
Tentera Korea Selatan, sarjan Yong Jang-ho mati ditembak di Bagram, Afghanistan

Yoon Jang-ho ditugaskan sebagai penterjemah bahasa Inggeris , unit Kejuruteraan Dasan, tentera Korea Selatan di Bagram, Afghanistan. Beliau terbunuh dalam serangan berani mati menggunakan bom kereta pada 27 Februari 2007 di Bagram . Serangan sebenar pejuang berani mati ialah Dick Cheney yang dijadualkan memberi ucapan motivasi kepada tentera Amerika Syarikat di sana.

Yoon Jang-ho dilahirkan pada 212 September 1980 seorang muda mempunyai tiga anak. Selepas belajar di Seoul pada 1994, beliau menerima tawaran belajar di sekolah menengah di New York . Beliau lulusan Kelley School of Business di Universiti Indiana dalam jurusan peniagaan. Kemudian belajar di Southern Baptist Theological Seminary pada awal 2004. Disember 2004, kembali ke Korea Selatan dan menyertai tentera Korea Selatan sebagai penterjemah pada Jun 2005. Kemudian dihantar ke Afghanistan pada September 2006 dan dijadual kembali ke Korea Selatan pada 14 Mac 2007.

Lihat juga sunting