Young Syefura Othman

Yang Berhormat Young Syefura Othman (lahir 9 November 1989), juga dikenali sebagai Rara ialah seorang ahli politik Malaysia.[1][2] Beliau ialah Ahli Parlimen Bentong, Pahang.[3][4][5] Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).


Young Syefura Othman
Young Syefura pada 2022
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bentong, Pahang
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehWong Tack
Timbalan Ketua Kebangsaan
Pemuda Sosialis
Parti Tindakan Demokratik (DAPSY)
Memegang jawatan
19 Mac 2022
Ketua KebangsaanKelvin Yii Lee Wuen
Didahului olehChiong Yoke Kong
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Ketari
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 14 Oktober 2022
Didahului oleh Lee Chin Chen
Digantikan olehSu Keong Siong
Majoriti9,873 (2018)
Butiran peribadi
Lahir (1989-11-09) 9 November 1989 (umur 34)
Sitiawan, Perak, Malaysia
Parti politik Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan
Pasangan
  • Mohd Masyhur Abdullah (k. 2016; c. 2019)
  • Mohd Edrin Nordin (k. 2021)
PekerjaanAhli politik, jururawat
Laman web rasmiyoungsyefura.com

Kerjaya sunting

Jururawat sunting

Sebelum menceburi bidang politik, Young Syefura pernah bekerja sebagai jururawat peribadi selama setahun. Selepas menamatkan kerjaya sebagai jururawat, beliau membuka sebuah klinik persendirian yang menumpukan perhatian kepada rawatan alternatif bekam dan akupunktur yang beroperasi di Puncak Alam.[3][1]

Politik sunting

Beliau mula menceburi politik dengan menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai ahli seumur hidup,[5] pada masa yang sama memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita parti itu. Semasa pilihan raya umum ke-14, beliau memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Ketari, Pahang.[3] Antara isu-isu yang diperjuangkannya dalam arena politik ialah isu gelandangan dan ibu tunggal.[5]

Rara memperoleh majoriti undi sebanyak 9,873 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Lao Hoi Keong dan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Roslan Md Esa.[2]

Beliau juga pernah bekerja dalam tempoh singkat bersama EXCO Selangor, kemudian menjadi ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPK).[1][bila?]

Kehidupan peribadi sunting

Young Syefura ialah anak keenam daripada tujuh beradik dan merupakan lulusan dalam bidang kejururawatan.[5] Bapanya ialah seorang kakitangan kerajaan manakala ibunya ialah suri rumah.[1]

Rara telah berkahwin sebanyak dua kali dan tidak mempunyai cahaya mata. Beliau berkahwin dengan pengurus pelaburan Mohd Masyhur Abdullah pada 24 September 2016,[6][7] dan bercerai pada 7 Mac 2019.[8][9] Beliau kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Muhammad Edrin Nordin pada 9 April 2021.[10]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Pahang
Tahun Kawasan Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2018 N34 Ketari Young Syefura Othman (DAP) 9,873 51.17% Lau Hoi Keong (MCA) 6,163 31.94% 19,296 3,710 83.80%
Roslan Md Esa (PAS) 3,260 16.89%
Dewan Rakyat
Tahun Kawasan Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2022 P089 Bentong, Pahang Young Syefura Othman (DAP) 25,075 37.62% Liow Tiong Lai (MCA) 24,383 36.58% 66,657 692 76.57%
Roslan Hassan (BERSATU) 16,233 24.35%
Wong Tack (Bebas) 798 1.20%
Mohd Khalil Abdul Hamid (Bebas) 168 0.25%

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "'Saya orang biasa dari keluarga biasa'". HM Digital. Harian Metro. 10 Jun 2018. Dicapai pada 12 April 2020.
  2. ^ a b T.N. Alagesh dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz (10 Mei 2018). "Rara pikul tanggungjawab baru". Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2020.
  3. ^ a b c Hamizatul Maizan Mohamed (11 Mac 2019). "Young Syefura, ADUN Ketari ini tetap cantik menawan bertudung bawal". Nona. Dicapai pada 11 April 2021.
  4. ^ Syed Jaymal Zahiid (26 Jun 2018). "Young Syefura berjaya dalam politik, suami rasa tercabar". Projek MM. The Malay Mail. Dicapai pada 11 April 2020.
  5. ^ a b c d Phic Arman (3 Mei 2018). "5 hal menarik tentang calon PRU14 layak digelar paling jelita". Murai.my. Dicapai pada 11 April 2020.
  6. ^ Sofea Susan Albert Kasim (25 September 2016). "Rara nikahi 'TheKeluangMan'". mStar Online. Dicapai pada 11 April 2020.
  7. ^ "Young Syefura pilih pengurus pelaburan sebagai suami". mStar Online. 25 September 2016. Dicapai pada 11 April 2020.
  8. ^ Siti Nurazlinee Azmi (7 Mac 2019). "ADUN Ketari, Rara bercerai talak satu". Berita Harian. Dicapai pada 12 April 2020.
  9. ^ Murni Wan Omar (7 Mac 2019). "Rara cerai talak satu". Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2020.
  10. ^ "Selepas 2 tahun menjanda, ADUN DAP Rara kini isteri ahli perniagaan". Free Malaysia Today. 10 April 2021. Dicapai pada 11 April 2021.

Pautan luar sunting