Permainan Yo-Yo Cina adalah mainan dari China yang terdiri daripada dua cakera yang sama saiz disambungkan dengan gandar yang panjang.Satu gerakan seli mengangkat dan menjatuhkan dengan menggunakan dua batang, setiap satu yang dipegang dalam satu tangan, membolehkan yo-yo berputar pada tali yang diikat di antara batang kayu.

Pada zaman moden, ia digunakan sebagai mainan kanak-kanak dan sebagai alat persembahan di sarkas dan juga terdapat dalam tarian Cina. Permainan ini boleh dimainkan dengan pelbagai gaya yang boleh menjadi semudah melontar yo-yo ke udara atau melambung di sekitar belakang pengguna. Yo-yo barat ia mengekalkan gerakan berputar melalui kesan berputar berdasarkan pemuliharaan momentum sudut.

Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Min sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi.

Pembuatan Yo-Yo Cina sunting

Pembuatan Yo-yo Cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo. Bagaimanapun, yo-yo cina sekarang diperbuat daripada plastik untuk menambah daya tahan. Manakala tongkat masih menggunakan kayu keras sebagai bahan utama, tongkat yang diperbuat daripada kayu lebih murah dan lebih sesuai kepada pemula. Ada juga tongkat yang diperbuat daripada aluminium Lucite, karbon, logam dan Fibreglass. Fibreglass bersifat ringan dan kuat. Tongkat logam menawarkan sifat ringan tanpa mengurangkan kekuatan dan merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin melakukan "high stress whips" dan trik-trik yang lain. Sesetengah yo-yo cina mempunyai alur dipasang di tepi cakera, alur ini menbolehkan yo-yo cina membuat suara bersiul apabila berputar dengan kelajuan tinggi.

Cara bermain Yo-Yo Cina sunting

Yo-yo Cina juga dikenali sebagai Diabolo memerlukan pemainnya memegang stik kayu yang diikat dengan tali nilon dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Fungsi stik kayu tersebut ialah sebagai alat untuk menggerakkan tali nilon mengikut cara yang dihendaki. Pemain perlu mengimbangi yo-yo daripada terjatuh dan memutarkan diabolo dengan laju untuk melakukan pelbagai aksi yang mengagumkan. Diabolo yang ringan mudah digunakan tetapi putarannya mungkin hanya seketika. Kebanyakan pemain yang handal akan memilih diabolo berat untuk melakukan pelbagai aksi. Diabolo mudah dipelajari tetapi mengambil masa panjang untuk menjadi mahir.

Pautan luar sunting