Yu Greenland (Somniosus microcephalus), juga dikenali sebagai yu kelabu atau dalam bahasa Inuit dikenali sebagai eqalussuaq merupakan sejenis yu daripada keluarga Somniosidae ("yu penidur"), di mana spesies ini berkait rapat dengan yu penidur Pasifik dan selatan.[2] Taburan yu Greenland kebanyakannya terhad di kawasan perairan Lautan Atlantik Utara dan Lautan Artik.

Yu Greenland
Somniosus microcephalus okeanos.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. microcephalus
Nama binomial
Somniosus microcephalus
Somniosus microcephalus distmap.png
Taburan yu Greenland
Sinonim
  • Squalus squatina (non Linnaeus, 1758)
  • Squalus carcharis (Gunnerus, 1776)
  • Somniosus brevipinna (Lesueur, 1818)
  • Squalus borealis (Scoresby, 1820)
  • Squalus norvegianus (Blainville, 1825)
  • Scymnus gunneri (Thienemann, 1828)
  • Scymnus glacialis (Faber, 1829)
  • Scymnus micropterus (Valenciennes, 1832)
  • Leiodon echinatum (Wood, 1846)

Yu ini diketahui sebagai vertebrata yang mempunyai jangka hayat paling lama di dunia dan merupakan antara spesies yu terbesar yang masih wujud. Bagi menyesuaikan diri hidup di kawasan air dalam[3] tisu haiwan ini mengandungi kandungan trimetilamina N-oksida yang tinggi, menjadikan isi dagingnya bertoksik.[4] Walau bagaimanapun di Iceland, isi yu Greenland ditapai untuk mengurangkan kadar toksinnya dan dijadikan sebagai hidangan istimewa.[5]

PeneranganSunting

Ukuran Yu Greenland adalah setanding dengan yu putih. Yu Greenland membesar sehingga 6.4 meter (21 ka) dan 1,000 kilogram (2,200 lb)[6] dan boleh mencapai saiz sehingga 7.3 meter (24 ka) dan berat sehingga 1,400 kilogram (3,100 lb).[7][8] Kebanyakkan yu Greenland yang diperhatikan mempunyai saiz sekitar 2.44–4.8 m (8.0–15.7 ka) panjang dan berat sehingga 400 kilogram (880 lb).[7][8] Yu jantan lazimnya lebih kecil daripada yu betina. Seterunya adalah yu penidur Pasifik sebagai spesies terbesar dalam keluarga Somniosidae. Yu Greenland merupakan spesies yang pejal dengan mata moncong kecil serta sirip punggung dan dada yang sangat kecil. Bukaan insangnya juga sangat kecil untuk saiz spesies yang besar. Perwarnaan yu ini boleh berkisar dari kelabu berkrim pudar sehingga perang kehitaman dan warna badannya secara lazimnya sekata, walaupun tompok-tompok putih atau jalur-jalur gelap pucat kadangkala boleh dilihat dibelakangnya.[7]

KegigianSunting

Apabila makan bangkai yang besar, yu Greenland akan membuat pergerakan mengguling pada rahangnya. Gigi pada rahang atas adalah sangat nipis dan tajam serta kurang bergerigi. Bilangan gigi rahang atas tersebut adalah dari 48 hingga 52 batang dan ia boleh bertindak sebagai sauh manakala rahang bawah melakukan pemotongan. Gigi di rahang bawah berpanca serta lebar dan berpersegi dengan jumlah gigi daripada 50 hingga 52 batang. Gigi tersebut mempunyai kuspa kecil dan licin yang menuding ke luar.[7] Gigi di kedua-dua bahagian rahang bawah berpic kuat dalam kedudukan yang bertentangan.[9]

RujukanSunting

  1. ^ Kyne, P. M., Sherrill-Mix, S. A. & Burgess, G. H. (2006). "Somniosus microcephalus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2011.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 5 February 2012.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  2. ^ Yano, Kazunari; Stevens, John D.; Compagno, Leonard J. V. (2004). "A review of the systematics of the sleeper shark genus Somniosus with redescriptions of Somniosus (Somniosus) antarcticus and Somniosus (Rhinoscymnus) longus (Squaliformes: Somniosidae)". Ichthyological Research. 51 (4): 360–73. doi:10.1007/s10228-004-0244-4.
  3. ^ Yancey, Paul H.; Gerringer, Mackenzie E.; Drazen, Jeffrey C.; Rowden, Ashley A.; Jamieson, Alan (2014). "Marine fish may be biochemically constrained from inhabiting the deepest ocean depths". Prosiding Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 111 (12): 4461–5. Bibcode:2014PNAS..111.4461Y. doi:10.1073/pnas.1322003111. PMC 3970477. PMID 24591588.
  4. ^ Anthoni, Uffe; Christophersen, Carsten; Gram, Lone; Nielsen, Niels H.; Nielsen, Per (1991). "Poisonings from flesh of the Greenland shark Somniosus microcephalus may be due to trimethylamine". Toxicon. 29 (10): 1205–12. doi:10.1016/0041-0101(91)90193-U. PMID 1801314.
  5. ^ Durst, Sidra (2012). "Hákarl". Dalam Deutsch, Jonathan; Murakhver, Natalya (para penyunting). They Eat That? A Cultural Encyclopedia of Weird and Exotic Food from around the World. halaman 91–2. ISBN 978-0-313-38059-4.
  6. ^ Mills, Patrick (2006). Dewey, Tanya (penyunting). "Somniosus microcephalus". Animal Diversity Web. University of Michigan.
  7. ^ a b c d Eagle, Dane. "Greenland shark". Florida Museum of Natural History. Dicapai pada 26 June 2012.
  8. ^ a b Wood, Gerald (1983). The Guinness Book of Animal Facts and Feats. ISBN 978-0-85112-235-9.[halaman diperlukan]
  9. ^ "Greenland Shark". Marinebiodiversity.ca. Centre for Marine Biodiversity. Diarkib daripada yang asal pada 2014-04-03. Dicapai pada 23 May 2011. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Bacaan lanjutSunting

  • MacNeil, M. A.; McMeans, B. C.; Hussey, N. E.; Vecsei, P.; Svavarsson, J.; Kovacs, K. M.; Lydersen, C.; Treble, M. A.; dll. (2012). "Biology of the Greenland shark Somniosus microcephalus". Journal of Fish Biology. 80 (5): 991–1018. doi:10.1111/j.1095-8649.2012.03257.x. PMID 22497371.
  • Watanabe, Yuuki Y.; Lydersen, Christian; Fisk, Aaron T.; Kovacs, Kit M. (2012). "The slowest fish: Swim speed and tail-beat frequency of Greenland sharks". Journal of Experimental Marine Biology and Ecology. 426–427: 5–11. doi:10.1016/j.jembe.2012.04.021. Parameter |laysummary= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Pautan luarSunting