Yu padi

spesies ikan yu
(Dilencongkan dari Yu Padi)

Yu padi, yu jerih atau yu pasir (nama saintifik: Scoliodon laticaudus)[2] merupakan sejenis spesies ikan yu dalam genus Scoliodon dan keluarga Carcharhinidae. Ikan ini ditemukan berkawanan di perairan cetek tropika Lautan Hindi dan barat Lautan Pasifik.

Yu padi
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Chondrichthyes
Superorder: Selachimorpha
Order: Carcharhiniformes
Keluarga: Carcharhinidae
Genus: Scoliodon
Spesies:
S. laticaudus
Nama binomial
Scoliodon laticaudus
Taburan yu padi
Sinonim

Carcharias muelleri J. P. Müller & Henle, 1839
Carcharias palasoora Bleeker, 1853
Carcharias sorrahkowah Bleeker, 1853
Carcharias sorrakowah Cuvier, 1817

Ia merupakan ikan yang penting secara komersial sebagai sumber daging dan sirip yang dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa mengenalpasti ikan ini sebagai spesies hampir terancam.[1] Oleh itu, penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial.[3]

Ciri sunting

Ikan yu padi memiliki ekor berbentuk heteroserkal.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Dulvy, N.K.; Simpfendorfer, C.; Akhilesh, K.V.; Derrick, D.; Elhassan, I.; Fernando, D.; Haque, A.B.; Jabado, R.W.; Maung, A.; Valinassab, T.; VanderWright, W.J. (2021). "Scoliodon laticaudus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T169234201A173436322. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-2.RLTS.T169234201A173436322.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ Froese, R.; D. Pauly, penyunting (2020). "Common names of Scoliodon laticaudus". Fishbase. Dicapai pada 6 Jan 2022.
  3. ^ Maklumat Ikan/Produk Ikan
  4. ^ "Jabatan Perikanan Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2018. Dicapai pada 10 Januari 2018.

Pautan luar sunting