Yu tukul sejenis ikan yu membentuk keluarga Sphyrnidae kerana rupa kepalanya macam tukul; bentuk tukul kepala ini membantu ikan-ikan yu jenis ini memburu dengan deria penglihatan berganda dan kebolehan mencerap jarak yang ditingkatkan.[1] Kebanyakan spesies ikan yu tukul diletakkan dalam genus Sphyrna, manakala yu tukul parang diletakkan dalam genus tersendiri iaitu Eusphyra.

Yu tukul
Julat zaman: Miosen Awal–Kini
Sphyrna lewini
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Chondrichthyes
Superorder: Selachimorpha
Order: Carcharhiniformes
Keluarga: Sphyrnidae
T. N. Gill, 1872
Genus

Yu tukul banyak bertaburan di perairan suam sepanjang pesisiran dan pentas benua. Populasi spesies ini adakala ditemukan dalam kawanan.

Rujukan sunting

  1. ^ Barley, Shanta (26 Februari 2019). "Why the hammerhead shark got its hammer". New Scientist. Dicapai pada 3 Mac 2021.