Yugwa atau yumilgwa adalah sejenis hangwa, atau manisan tradisional Korea, dibuat dengan menggoreng celur campuran tepung gandum dan madu. Nama ini kini biasanya dipendekkan kepada yugwa, tetapi nama asal adalah yumilgwa sempena prosedur memasaknya: menggoreng dan membakar. Ia secara umumnya terbahagi kepada dua kategori: yakgwa (약과) dan gangjeong (강정).

Yumilgwa
Nama alternatifYugwa
JenisHangwa
Tempat asalKorea
Bahan utamaTepung gandum, madu
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Yumilgwa
Hangul유과 atau 유밀과
Hanja油菓 atau 油蜜果
Perumian Semakanyugwa atau yumilgwa
McCune–Reischaueryukwa atau yumilkwa

Jenis sunting

  • Yakgwa (약과), pencuci mulut goreng yang manis diperbuat daripada campuran tepung gandum diuli, minyak bijan dan madu dan ditekan. Nama berasal daripada fakta bahawa ia dibuat dengan madu; yak merujuk kepada madu dalam bahasa Korea seperti yaksik (sejenis tteok, kek beras), dan yakju (wain beras).[1]
  • Gangjeong (강정), pencuci mulut goreng diperbuat daripada adunan kering tepung beras.[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting