Yun Ho-jung (Bahasa Korea: 윤호중, lahir 27 Mac 1963) merupakan seorang bekas aktivis dan ahli politik Korea Selatan. Beliau kini menyandang jawatan Setiausaha Agung Parti Demokratik Bersama dan Ahli Perhimpunan Kebangsaan untuk Guri.

Yun Ho-jung
윤호중
Setiausaha Agung Parti Demokratik Bersama
Memegang jawatan
3 September 2018
Didahului olehLee Choon-suak
Ahli Perhimpunan Kebangsaan untuk Guri
Memegang jawatan
30 Mei 2012
Didahului olehJoo Kwang-deok
Dalam jawatan
30 Mei 2004 – 29 Mei 2008
Didahului olehChun Yong-won
Digantikan olehJoo Kwang-deok
Butiran peribadi
Lahir (1963-03-27) 27 Mac 1963 (umur 57)
Gapyeong, Gyeonggi, Korea Selatan
KewarganegaraanKorea Selatan
Parti politikDemokratik
Sekutu gabungan
politik lain
PDP (1988-1991)
NDUP (1991-1992)
NCNP (1995-2000)
MDP (2000-2003)
Terbuka (2003-2007)
UNDP (2007-2008)
UDP (2008)
DP (2008-2011)
DUP (2011-2013)
DP (2013-2014)
NPAD (2014-2015)
Ibu bapaLee Soon-ye (ibu; meninggal dunia pada 2017)[1]
Alma materUniversiti Kebangsaan Seoul
PekerjaanAktivis, ahli politik

KerjayaSunting

Lahir di Gapyeong pada 1963, Yun menghadiri Sekolah Tinggi Chuncheon.[2] Beliau lalu belajar falsafah di Universiti Kebangsaan Seoul pada 1980-an. Beliau ditahan pada 1984 sesudah terlibat dalam Peristiwa fraksi SNU;[3] tokoh lain-lain yang terkenal mengandungi Rhyu Si-min,[4] Paek Tae-woong[5] dan Shim Jae-chul.[6]

Kerjaya politik bermula pada 1988 sebagai penolong pentadbir Pejabat Perancangan & Penyelarasan Parti Demokratik Keamanan.[2][7] Sejak itu, beliau merapat kepada pengerusi parti iaitu Kim Dae-jung (aka DJ) yang dipilih sebagai Presiden Republik.[2] Beliau pernah bekerja di Pejabat Presiden di bawah Presiden Kim, terutamanya mengendalikan isu-isu berkaitan perancangan dasar.[2] Semenjak 1991, beliau juga menjadi setiausaha kepada bekas MP Han Kwang-ok, seorang tokoh pro-DJ yang terkenal.[8]

Sebagai seorang ahli Parti Demokratik Alaf (MDP), Yun pernah bertanding sebagai calon MP untuk Guri pada pilihan raya 2000 tetapi tidak dipilih.[8] Setahun kemudian, beliau dilantik sebagai timbalan jurucakap MDP.[8] Beliau lalu keluar daripada MDP menyertai Parti Kita Terbuka. Pada pilihan raya 2004, beliau barulah dipilih ke Perhimpunan Kebangsaan.[2][7]

Meskipun tidak dipilih pada pilihan raya 2008, Yun membantu Parti Demokratiknya bersekutu dengan Parti Buruh Demokratik, Parti Korea Kreatif, Parti Baru Progresif dan Parti Penyertaan Nasional pada pilihan raya tempatan 2010.[2] Berikutan pemilihan semula pada pilihan raya 2012 sebagai calon Parti Bersatu Demokratik (DUP), beliau bekerja demi penyatuan di antara calon DUP Moon Jae-in dengan calon bebas Ahn Cheol-soo pada pilihan raya presiden pada Disember.[2] Pada 2013, beliau bertanding sebagai calon Naib Presiden DUP tetapi tidak dipilih.[7]

Setelah Moon Jae-in dipilih pada 2017, Yun dicadangkan sebagai calon berpotensi Menteri PKS dan Rintisan[9][10], malah tidak dilantik akhirnya. Pada September 2018, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Demokratik Bersama, sesudah kemenangan Lee Hae-chan sebagai Presiden partinya.[11]

Pandangan politikSunting

Sebagai bekas penyokong hak LGBT,[12] Yun menyatakan pandangan anti-LGBTnya sebelum pilihan raya 2020, menjelaskan bahawa partinya tidak sanggup bekerjasama dengan parti-parti yang menyokong hak LGBT, misalnya Parti Hijau.[13]

Beliau juga seorang tokoh "sederhana" di antara golongan pro-Moon Jae-in.[2]

Keputusan pilihan rayaSunting

Pilihan raya umumSunting

Tahun Perlembagaan Parti politik Undi (%) Keputusan
2000 Guri MDP 20,376 (31.82%) Kalah
2004 Guri Terbuka 36,433 (43.91%) Menang
2008 Guri UDP 29,046 (43.03%) Kalah
2012 Guri DUP 40,524 (48.67%) Menang
2016 Guri Demokratik 40,820 (46.59%) Menang

RujukanSunting

  1. ^ "[부고]윤호중(더불어민주당 국회의원)씨 모친상". 1 Februari 2017. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  2. ^ a b c d e f g h "[프로필] 온건 '친문' 윤호중 더민주 정책위의장". 29 Ogos 2016. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  3. ^ "서울대생 1명구속·8명 수배". 5 Oktober 1984. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  4. ^ ""상부에서 유시민으로 엮으라고 지시 민간인 폭행한 것은 다른 연루자들"". 6 Februari 2006. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  5. ^ "1984년 9월 누가 서울대의 프락치를 만들었는가". 1 Julai 2004. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  6. ^ "'서울대프락치 사건' 키우려다 자살골 넣은 한나라당". 7 Februari 2006. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  7. ^ a b c "더불어민주당 윤호중 정책위의장 프로필". 30 Ogos 2016. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  8. ^ a b c "윤호중". Dicapai pada 27 Mac 2020.
  9. ^ "중소벤처장관 박영선·윤호중, 통상본부장 김현종·이혜민 물망". 24 Julai 2017. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  10. ^ "중기벤처부장관에 박영선 · 윤호중 다시부상". 19 Oktober 2017. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  11. ^ "민주 사무총장에 이해찬 최측근 윤호중…"초연결 정당 만들겠다"". 5 September 2018. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  12. ^ ""성소수자 문제는 소모적" 윤호중, 8년 전에는 동성애차별금지법 찬성". 18 Mac 2020. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  13. ^ "윤호중 "성소수자 등 소모적 논쟁 일으킬 당과 연합 어렵다"". 17 Mac 2020. Dicapai pada 27 Mac 2020.

Pautan luarSunting