Yuna Ito

Pemuzik Jepun-Amerika

Yuna Ito [伊藤 由奈, Itō Yuna] merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita yang terkenal di Jepun. Beliau berketurunan campuran Jepun dan Korea dan merupakan warganegara Amerika Syarikat.

Yuna Ito


Pekerjaan & Kehidupan Peribadi sunting

Yuna Ito dilahirkan pada 20 September 1983 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat kepada bapanya yang berketurunan Jepun dan ibunya yang berketurunan Korea. Keluarga Ito berangkat ke Hawaii dan beliau melanjutkan pendidikan di Sekolah Menengah McKinley sehingga tahun 2001. Semasa Ito kecil, beliau gemar menyanyi lagu kepunyaan Mariah Carey dan Janet Jackson dan mempunyai impian untuk menjadi bintang terkenal satu hari nanti seperti mereka. Ito berangkat ke Jepun, di mana beliau ingin memiliki watak Reira Serizawa, penyanyi utama dalam kumpulan lagu rock TRAPNEST, dalam filem terkenal NANA. Nasibnya begitu baik dan Ito dipilih untuk berlakon sebagai Reira Serizawa. Sony BMG Japan, label rekod di mana Ito menandatangani perjanjian untuk menjadi penyanyi di bawah label rekod tersebut setelah memenangi sebuah pertandingan menyanyi ketika berada di Hawaii, memastikan bahawa Ito tidak akan dikenali sehingga filem tersebut ditayangkan.

Ito muncul sebagai penyanyi selepas tayangan filem NANA. Sebagai REIRA starring YUNA ITO, lagunya ENDLESS STORY memasuki carta Oricon di nombor dua. Apabila filem NANA ditayangkan, ramai orang bersembang tentang suara Ito yang sungguh merdu. Ito terus menjadi terkenal di mana gambar beliau muncul di dalam majalah, poster dan pada 9 September 2005, Ito membuat persembahan televisyen buat kali pertama dengan menyanyi ENDLESS STORY di rancangan muzik Jepun terkenal, MUSIC STATION.

Pada tahun 2006, Ito muncul dengan lagu keduanya, Faith, yang dikeluarkan bersama lagu Pureyes. Faith merupakan tema lagu kepada rancangan drama Jepun, Unfair, manakala Pureyes digunakan dalam iklan hasil pengeluaran kanta lekap, Bioclen Zero. Lagunya cuma dapat jual sebanyak 50,000 unit dan dikatakan sebagai kegagalan disebabkan lagu ENDLESS STORY dapat jual sebanyak 500,000 unit, lebih banyak jika dibandingkan dengan lagu Mika Nakashima, Glamorous Sky, yang juga merupakan lagu tema bagi filem NANA.

Lagu ketiga bagi Ito ialah Precious. Lagu tersebut merupakan lagu tema bagi filem LIMIT OF LOVE ~Umizaru~. Cakera padat bagi Precious mengandungi dua lagi lagu dibandingkan dengan lagu ENDLESS STORY dan Faith / Pureyes, iaitu I'm Free dan Secrets, di mana Ito juga menulis lirik bagi lagu Secrets. Precious dapat jual sebanyak 200,000 unit, lebih banyak jika dibandingkan dengan lagu yang dikeluarkan lebih dahulu, Faith / Pureyes.

Sony mengisytiharkan rancangan di mana dua lagu akan dikeluarkan oleh Ito bagi musim panas dan musim luruh. stuck on you, lagu keempatnya, merupakan lagu riang dan merupakan lagu pertamanya yang dikeluarkan di mana lagu utama tidak merupakan lagu balada. Cakera padat stuck on you juga mengandungi lagu These Boots Are Made For Walkin' , yang dinyanyikan oleh Nancy Sinatra dan digunakan dalam iklan kereta Daihatsu "COO". Lagu kelimanya merupakan lagu tema versi Jepun bagi drama Amerika Syarikat terkenal, LOST, iaitu losin' .

Pada 4 Ogos 2006, Toho mengisytiharkan bahawa watak Reira Serizawa akan sekali lagi dilakonkan oleh Ito bagi filem kedua NANA, NANA 2. Dengan itu, lagu terbaru Ito sebagai REIRA starring YUNA ITO, yang bertajuk Truth, akan dikeluarkan pada 13 Disember 2006, empat hari selepas filem NANA 2 ditayangkan pada 9 Disember 2006.

Lagu sunting

  • ENDLESS STORY - Terjual sebanyak 472,000 unit.
  • Faith / Pureyes - Terjual sebanyak 56,000 unit.
  • Precious - Terjual sebanyak 217,000 unit.
  • stuck on you - Terjual sebanyak 15,000 unit. Terdapat cuma 70,000 unit bagi lagu ini.
  • losin' - Terjual sebanyak 10,000 unit. Terdapat cuma 70,000 unit bagi lagu ini.
  • Truth - Terjual sebanyak 45,000 unit.

Anugerah sunting

  • Penyanyi Baru Terbaik (Best Hit Kayousai 2005, 21.11.2005)
  • Penyanyi Baru Terbaik (Japan Cable Awards 2005, 17.12.2005)
  • Anugerah Istimewa untuk NANA (47th Japan Record Awards, 31.12.2005)
  • Penyanyi Baru Terbaik (JAPAN GOLD DISC AWARDS 2006, 9.3.2006)

Pautan luar sunting