Yuna Kim

peluncur Korea Selatan

Yuna Kim (Hangul: 김연아; lahir 5 September 1990), juga dinamakan dalam adat penamaan timur sebagai Kim Yuna atau Kim Yeon-ah, ialah pesara peluncur ais berbunga kompetitif Korea Selatan. Beliau ialah juara Olimpik 2010 dan penerima pingat perak 2014 bagi perseorangan wanita; juara Dunia 2009 & 2013; juara Empat Benua 2009; juara pusingan akhir Grand Prix tiga kali (2006–2007, 2007–2008, 2009–2010); juara World Junior 2006; juara pusingan akhir Junior Grand Prix 2005; dan juara kebangsaan Korea Selatan enam kali (2003, 2004, 2005, 2006, 2013, 2014).

Yuna Kim di Vancouver.
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanGim Yeona[1]
McCune–ReischauerKim Yŏna

Kim ialah peluncur ais berbunga Korea Selatan pertama yang memenangi pingat di acara ISU Junior Grand Prix atau ISU Grand Prix of Figure Skating, ISU Figure Skating Championships, dan Sukan Olimpik. Beliau merupakan peluncur wanita pertama yang menang dan melengkapkan setiap gelaran luncur ais berbunga grand slam rasmi ISU: Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Kejohanan Empat Benua, dan Pusingan Akhir Grand Prix. Selain itu, Yuna Kim ialah peluncur ais berbunga pertama yang melengkapkam Career Super Grand Slam dengan juga memenangi Pusingan Akhir Junior Grand Prix dan Junior World Championships pada 2005 dan 2006.[2][3] Beliau ialah salah seorang daripasa tokoh media dan atlet yang diiktiraf di Korea Selatan. Selain dari kejayaanya sebagai atlet luncur ais berbunga, beliau sering dirujuk sebagai Queen Yuna oleh pelbagai media di seluruh dunia.[4][5][6]

Beliau ialah bekas pemegang rekod untuk wanita dalam program pendek, luncur bebas dan jumlah yamg digabungkan[7] di bawah Sistem Pengadilan ISU. Beliau telah memecahkan rekod dengan markah 11 kali[7][8][9] di bawah Sistem Pengadilan ISU sejak 2007, di mana lapan rekod yang telah dicipta sendiri. Beliau juga ialah peluncur wanita pertama yang melepasi 140-mata dan 150-mata tanda luncur bebas[9] dan 200-mata, 210-mata dan 220-mata jumlah tanda[7] di bawah Sistem Pengadilan ISU. Sepanjang kerjayanya (novis, junior dan senior), Kim tidak pernah menghabiskan pertandingan di podium. Kerana bakat dan deria muziknya, kemahiran meluncur, beliau telah dianggap sebagai, peluncur wanita perseorangan terhebat sepanjang zaman.[10][11][12][13] Beliau juga mempunyai saingan hebat dengan juara Dunia tiga kali Mao Asada dari Jepun.[14]

Kim merupakan atlet bergaji tinggi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010,[15] ahli sukan wanita ke-5, ke-7, ke-6 dan ke-4 berpendapatan tinggi di dunia masing-masing pada 2010,[16] 2012,[17] 2013[18] dan 2014[19] menurut Forbes. Majalah perniagaan itu juga telah menyenaraikan beliau dalam senarai 30 under 30[20] dan senarai Philanthropy.[21] Beliau telah dimasukkan ke senarai tahunan Time 100 bagi Orang Yang Paling Berpengaruh di Dunia oleh majalah Time pada 2010.[22] Kim ialah yang pertama menduduki kedudukan teratas di Forbes Korea Power Celebrity dan menerima ranking 10 Teratas dari 2010 hingga 2015 dan pada 2018.[23][24][25][26][27][28] Kim menyalakan obor Olimpik di majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.[29]

Rujukan sunting

  1. ^ "Romanization of Korean". The National Institute of The Korean Language. Diarkibkan daripada yang asal pada November 16, 2012. Dicapai pada Jun 24, 2011.
  2. ^ Kim Tong-hyung (February 26, 2010). "Kim Yu-na Becomes Golden Queen".
  3. ^ Susannah Palk (October 21, 2010). "Kim Yuna: South Korea's queen of ice".
  4. ^ "Record-Setting Skater 'Queen Yuna' Faces 15-Year-Old Lipnitskaya". Bloomberg. Diarkibkan daripada yang asal pada February 21, 2014. Dicapai pada February 25, 2014.
  5. ^ "Olympics: 'Queen Yuna' thrilled with final torchbearer role". Reuters. February 10, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2018.
  6. ^ "Kim Yuna | South Korean figure skater". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-14.
  7. ^ a b c "ISU Judging System Statistics, Progression of Highest Score, Ladies Total Score". International Skating Union. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 16, 2010. Dicapai pada Februari 3, 2010.
  8. ^ "ISU Judging System Statistics, Progression of Highest Score, Ladies SP". International Skating Union. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 15, 2010. Dicapai pada Februari 3, 2010.
  9. ^ a b "ISU Judging System Statistics, Progression of Highest Score, Ladies FS". International Skating Union. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 15, 2010. Dicapai pada Februari 3, 2010.
  10. ^ "Competition Results of Yu-Na KIM". International Skating Union. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 11, 2012. Dicapai pada Mac 27, 2010.
  11. ^ "The Sad, Perfect End of Kim Yuna's Figure-Skating Reign". The Atlantic. Februari 22, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 28, 2014. Dicapai pada Mac 1, 2014.
  12. ^ Longman, Jeré (Februari 26, 2010). "As Kim Raises the Bar, South Korea delights". The New York Times. International New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 29, 2013. Dicapai pada Mac 3, 2014.
  13. ^ "Kim reigns at worlds".
  14. ^ Friedman, Megan (February 25, 2010). "Yu Na Kim and Mao Asada". Time. Times.
  15. ^ "Top-Earning Athletes Of The 2010 Winter Olympics". Forbes.
  16. ^ "Slide Show: The World's 10 Highest-Paid Female Athletes". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2017.
  17. ^ "2012: Highest Paid Female Athletes". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2017.
  18. ^ "Kim Yu-na No. 6 on Forbes rich list of female athletes". Korea Herald. August 7, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2017.
  19. ^ "Forbes:Kim Yuna is the world's fourth highest paid female athlete". The Dong-A Ilbo. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2017.
  20. ^ "2016: 30 Under 30 Asia". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2017.
  21. ^ "Kim Yu-na included in philanthropists list by Forbes". Yonhap News. Diarkibkan daripada yang asal pada July 18, 2014.
  22. ^ Kwan, Michelle (April 29, 2010). "The 2010 Time 100: Kim Yu-na". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2017.
  23. ^ "In Pictures: Korea's Power Celebrity List". Forbes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2017. Dicapai pada 2017-02-28.
  24. ^ "Korea's Top Celebrities". Forbes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada April 29, 2011. Dicapai pada 2017-02-28.
  25. ^ Manila Bulletin (2012-02-28). "Forbes Korea's Top 'Power Celebrity 40' ranking". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-20. Dicapai pada 2017-02-28.
  26. ^ "K-Pop Meets Michael Milken". Forbes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2017. Dicapai pada 2017-02-28.
  27. ^ "FORBES KOREA's Top 10 Celebrities, 2014". Forbes.com. 2014-04-11. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2017. Dicapai pada 2017-02-28.
  28. ^ "중앙시사매거진". Jmagazine.joins.com. 2015-02-23. Diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2016. Dicapai pada 2017-02-28.
  29. ^ "Yuna Kim completes nearly seven-year journey with lighting of Olympic cauldron". NBC Olympics. Diarkibkan daripada yang asal pada February 10, 2018.

Pautan luar sunting

  • Tiada URL dijumpai. Sila tentukan URL di sini atau tambahkan satu di Wikidata.