Shafiqah Husna Abd Rahim (lahir 26 April 1995) atau lebih dikenali sebagai Yuna Rahim ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2017 menerusi filem pendek Ngelamun, namun lebih dikenali dengan watak Cempaka dalam drama Sweet Dreams.

Yuna Rahim
Kelahiran
Shafiqah Husna binti Abd Rahim

(1995-04-26) 26 April 1995 (umur 28)
PendidikanDiploma Seni Hiburan
Pusat pendidikanUniversiti Kolej KDU
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2017–kini
Ketinggian1.72 m (5 ka 8 in)
PasanganAkmal Ayub (k. 2023)

Kehidupan peribadi sunting

Pada 18 Februari 2023, beliau selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Nurakmal Ayub,27, pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Mutiara Damansara, di sini, pagi tadi.

Yuna atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abdul Rahim dinikahkan oleh bapanya, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhamad Nazmi Abd Samad. Yuna sah bergelar isteri kepada Nurakmal dengan sekali lafaz pada upacara pernikahan yang berlangsung pada pukul 11 pagi.

Pada upacara itu, Yuna, 27, menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh untuk pengantin lelaki.

Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Yuna mula menjalin hubungan cinta dengan Nurakmal pada pertengahan tahun lalu, seterusnya mengikat tali pertunangan pada September lalu.

Dia yang ditemui selepas selamat bergelar isteri, bersyukur segala perancangan untuk hari bahagianya berjalan dengan lancar.

“Saya gembira dan bersyukur semuanya berjalan seperti apa yang dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu merealisasikan majlis impian saya selama ini, terutama keluarga kedua-dua pihak.

“Untuk majlis resepsi pula, kemungkinan akan diadakan selepas sambutan hari raya Aidilfitri nanti. Tarikh akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri rakan selebriti seperti Fatin Afeefa dan suami, Intan Najuwa, Datin Seri Nina Juren, Wanna Ali, Sharifah Shahora dan Wans Ahmad.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Ngelamun[1] Nadia Filem pendek
2019 Pusaka Khaleeda
2023 Malbatt: Misi Bakara Isteri Prebet Isa Pelakon sampingan
TBA Takluk: Inspirasi Lahad Datu Pos-produksi

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Rasuk
Kasut Zubaidah
2020 Sucinya Ratna Ratna Awesome TV
2021 Raya Pukul 7 Farah
Rujuk Amira TV2

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Oh My English! Level Up[2] Amelia Astro TVIQ
2018 Folklore[3] Episod: "Toyol"
Aku Cinta Dia[4] Isya TV3
2019 Ren & Bo Allysha
Sweet Dreams Cempaka Astro Ria
Lara Syakila Zara TV2
Cerita Hantu Asrama Daneen Astro Prima
2020 The Gadis Lisa TV3
Syurga Untukmu Intan
Angkara Cinta Jijie Astro Prima
2021 Kanvas Zea TV2
Tikam Ika Astro Ria
Diari Seorang Suami Nisa TV3
2022 Sepi Tanpa Cinta Haziqah Sooka
Jodohku Babysitter Atikah Astro Ria
The Maid 2 Kiambang
2023 I Love You Mr Clown Nisa TV3
Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2 Episod: "Selain Bidadari"
Gelora 1941 Che Suri TV1
Bukan Sekadar Lafaz Aein TV3
Mystic Village Zuleikha Amin Astro Premier

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Filem Pendek 'Ngelamun'". The Level. 21 Mac 2017.
  2. ^ "Generasi baharu Oh My! English". Kosmo!. 4 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-02. Dicapai pada 2019-01-01.
  3. ^ "Folklore: Toyol". Five Flavours Film Festival. 16 November 2018.
  4. ^ "Drama Aku Cinta Dia". MyInfotaip. 25 Disember 2018.

Pautan luar sunting