Yunus Alif
Dato' Ahmad Yunus bin Mohd Alif (lahir pada 27 May 1958 di Terengganu) lebih dikenali sebagai Yunus Alif merupakan seorang bekas pemain bola sepak Malaysia dan kini berkhidmat sebagai jurulatih bola sepak.
![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Ahmad Yunus bin Mohd Alif | ||
Tarikh lahir | 27 Mei 1958 | ||
Tempat lahir | Terengganu, Malaysia | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | PBAPP FC | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1976–1978 | Terengganu FA | ||
1979–1990 | Pahang FA | ||
Pasukan kebangsaan | |||
1978-1987 | Malaysia | 12 | (9) |
Pasukan diurus | |||
1995-1998 | Pahang FA | ||
1998-2000 | Terengganu FA | ||
2001-2003 | Pahang FA | ||
2003-2004 | Penang FA | ||
2005-2008 | Terengganu FA | ||
2008-2009 | Proton FC | ||
2010 | Perlis FA | ||
2011–2012 | PBDKT T-Team FC | ||
2013 | Perlis FA | ||
2013- | PBAPP FC | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Karier Sunting
Pemain Sunting
Yunus telah bermain untuk Terengganu FA dan Pahang FA dalam kejohanan Piala Malaysia dan Liga Semi-Pro, dan telah menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 1983. Yunus juga muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan liga pada 1988.
Yunus telah menyertai Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Adik beradik Yunus, Abdah Alif dan Najib Alif juga bekas pemain bola sepak, dan Abdah juga pernah menyertai skuad Malaysia.
Jurulatih Sunting
Sebagai jurulatih, Yunus telah melatih pasukan Pahang FA,Terengganu FA, Penang FA, Perlis FA, Proton FC, PBDKT T-Team FC dan kini PBAPP FC.[1][2][3][4][5][6][7]
Antara kejayaan Yunus sebagai jurulatih ialah membawa Pahang ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1995 dan 1997, di mana kedua-duanya berakhir dengan kekalahan kepada Selangor FA, menjuarai Liga Malaysia tahun 1995, dan naib juara Piala FA Malaysia 1995. Bersama Terengganu, Yunus telah memenangi Piala FA pada tahun 2000 dan naib juara Piala FA tahun 1999.[8]
Penghargaan Sunting
- Pahang Darul Makmur
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2022)[9]
Rujukan Sunting
- ^ http://news.google.com/newspapers?nid=1309&dat=19950111&id=zs5OAAAAIBAJ&sjid=ahMEAAAAIBAJ&pg=5300,262613
- ^ "Yunus game for new challenge with Proton". Thestar.com.my. 2008-10-31. Dicapai pada 2012-05-22.
- ^ "Yunus Alif takes over T' Team | Malaysian Football Team News, Results & Ranking | Sports". Sports.mylaunchpad.com.my. 2010-12-02. Dicapai pada 2012-05-22.
- ^ http://www.sports247.my/2012/12/nomad-yunus-on-the-move-again/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-01-10.
- ^ "Yunus Alif Lega Tiga Pemain Tonggaknya Bebas", 26 Januari 2011, Daily Mail. Diambil pada 2011-01-27.
- ^ "Yunus Alif jurulatih baru Perlis", 15 April 2010, Utusan Malaysia Online. Diambil pada 2011-01-27.
- ^ http://news.google.com/newspapers?nid=1309&dat=20000611&id=XwEzAAAAIBAJ&sjid=hBQEAAAAIBAJ&pg=6427,6309227
- ^ DUA KSU dahului senarai penerima darjah, pingat Pahang