Yunus Rahmat
Dato' Yunus Rahmat ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas ADUN Klawang dari tahun 2008 hingga 2018 dan bekas Ahli Parlimen Jelebu dari tahun 1995 hingga 1999. Beliau pernah berkhidmat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan pada waktu itu Dato' Seri Mohamad bin Hasan dari tahun 2008 hingga 2013. Pada tahun 2018 beliau mengumumkan penyertaan ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Dato' Yunus Rahmat DSNS (Negeri Sembilan); DMSM (Melaka) | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Jelebu | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 2,940 |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Klawang | |
Dalam jawatan 2008–2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 1,167 (2008) 282 (2013) |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1955 |
Meninggal dunia | 10 Februari 2023 (68 tahun) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Juriah Suleiman |
Pekerjaan | Ahli politik |
Penglibatan dalam politik sunting
Keputusan pilihan raya sunting
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | P113 Jelebu | Yunus Rahmat | BN-UMNO | 14,650 | Rais Yatim | S46 | 11,710 | 2,940 |
2008 | N4 Klawang | Yunus Rahmat | BN-UMNO | 3,379 | Saiful Bahri Jaaman | PAS | 2,538 | 1,167 |
2013 | N4 Klawang | Yunus Rahmat | BN-UMNO | 4,104 | Rosli Yaakop | PAS | 3,822 | 282 |
Beliau bagaimanapun tidak tercalon dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018
Menyertai BERSATU sunting
Yunus Rahmat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Oktober 2018[1].
Anugerah dan pengiktirafan sunting
- Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) - Dato' - 2005
- Melaka
- Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) - Datuk - 2002
Rujukan sunting
- ^ Bernama (18 Oktober 2018). "BERSATU NS terima permohonan dari pemimpin Umno". Malaysiakini. Dicapai pada 17 September 2021.