Yuri (istilah)

(Dilencongkan dari Yuri (genre))

Yuri (Jepun: 百合) dan shoujo-ai merupakan istilah jargon dikalangan peminat-peminat kandungan lesbian, mungkin mengandungi elemen-elemen seks, dalam anime, manga atau media-media fiksyen peminat.

Utena Tenjou dan Anthy Himemiya daripada siri Revolutionary Girl Utena, satu pasangan yuri yang popular.

Maksud dan hanyutan semantik sunting

Serupa dengan istilah otaku, yuri — walaupun asalnya merupakan kata pinjaman bahasa Jepun — telah melalui perubahan makna yang ketara. Perbezaan yang tepat di antara "yuri" dan "shoujo-ai" berubah-ubah bergantung kepada bahasa dan pengucapnya.

Etimologi sunting

Perkataan "yuri" secara literalnya bermaksud "bunga teratai", juga merupakan nama golongan wanita di Jepun yang biasa digunakan. Dalam tahun 1971, Itou Bungaku, editor majalah Barazoku khas untuk lelaki homoseks, menamakan lelaki homoseks sebagai "Barazoku" ("kaum bunga ros") dan para lesbian sebagai "Yurizoku" ("kaum bunga teratai"). Daripada ini, banyak golongan doujinshi mempraktikkan penggunaan perkataan "Yuri" atau "Yuriko" dalam hentai yuri dōjinshi. Bahagian "-zoku" atau "kaum" dalam perkataan itu tidak diambil. Bunga teratai putih sering juga digunakan sebagai bungaan motif-motif dalam manga dan anime yuri.

Di Yuricon pada tahun 2005 bertempat di Tokyo, Itou Bungaku berbincang tentang ciptaan istilah "yuri". Dirinya, bersama-sama ahli-ahli mangaka dan penulis yang turut hadir sebagai para jemputan berbincang untuk mengambil semula istilah tersebut daripada konotasi utama hentai, untuk sekali lagi menggambarkan setiap media yang mempamerkan unsur-unsur cinta, keinginan, tarikan diri dan hubungan sulit beremosi dikalangan wanita.

Pasangan yuri yang popular sunting

 
Michiru Kaioh and Haruka Tenoh from Sailor Moon

Meskipun banyak siri yang mempamerkan unsur-unsur yuri, psangan yuri yang paling popular muncul dalam Sailor Moon. Haruka Tenoh (Sailo Uranus) dan Michiru Kaioh (Sailor Neptune) mula-mula muncul dalam musim ketiga siri tersebut, secara langsung menunjukkan ciri-ciri berpasangan. Megumi Ogata, voice actor watak Haruka, diarahkan oleh pengarah siri itu untuk melakonkan wataknya seolah-olah Haruka dan Michiru adalah pasangan yang telah berkahwin. Hubungan seksual di antara Haruka dan Michiru ditapis bersar-besaran dalam versi alihan suara Inggeris dan Perancis, meskipun subteks lesbian itu sendiri dalam versi Inggerisnya masih jelas.

Secara umumnya, anime Sailor Moon mempunyai lebih sebutan-sebutan nyata terhadap unsur lesbian berbanding manganya, disebabkan pengaruh pengarahnya iaitu Kunihiko Ikuhara, yang telah mengatakan beberapa kali bahawa dia lebih meminati kisah lesbian.

Antara pasangan yuri yang kedua paling popular adalah Utena Tenjou dan Anthy Himemiya daripada siri Revolutionary Girl Utena. Serupa dengan Haruka dan Michiru, Utena berupa lebih "maskulin" berbanding pasangannya, yang telah mendesak memakai pakaian seragam sekolah lelaki.

 
Tomoyo Daidouji dan Sakura Kinomoto daripada siri Cardcaptor Sakura.

"Cinta tidak berbalas" juga diterapkan dalam shoujo-ai dan yuri. Misalnya, antara pasangan popular di bawah kategori ini ialah Sakura Kinomoto dan Tomoyo Daidouji daripada Cardcaptor Sakura. Dalam kes ini, cinta Tomoyo terhadap Sakura tidak berbalas dan berpihak kepada satu orang.

 
Shiori dan Sei daripada siri Maria-sama ga Miteru.

Satu lagi contoh dalam genre shoujo-ai dan yuri berasal daripada siri Maria-sama ga Miteru, atau hanya sebagai "Marimite". Marimite merupakan siri yang bertumpu kepada pembangunan perwatakan watak-wataknya tanpa sebarang aksi mahupun drama dalam plotnya. Kisahnya difokuskan terhadap gadis-gadis yang belajar di Lillian Jogakuen, sebuah sekolah Katolik perempuan di Jepun. Meskipun kebanyakan daripada genre shoujo-ai siri ini bertindak sebagai subteks sahaja, Sei Satō (Rosa Gigantea) tidak dikhuatiri dan bergaya sebagai seorang lesbian dan dua episod dalam musim pertamanya ditujukan khas buat dirinya dan bekas kekasihnya, Shiori Kubō. Yoshino Shimazu dan Rei Hasekura berkelakuan beberapa kali seperti mereka sebuah pasangan yang telah berkahwin, di mana mereka telah berkenalan sejak kecil lagi, tinggal bersebelahan dan berhubungan sepupu. Shimako Tōdō yang penuh miseri mula membangunkan sebuah hubungan romantik bersama-sama Noriko dalam musim kedua siri ini. Sejak tahun 2007, pasangan yang paling popular dikalangan peminat iaitu Sachiko dan Yumi masih berkekalan di tahap subteks, namun beberapa peminat, termasuklah Erica Friedman daripada Yuricon, menganggap bahawa hubungan yang ditonjolkan mereka akan berhenti di tahap itu sahaja.

Anime dan manga bukan hentai di mana yuri atau shoujo-ai adalah pusat utama kisahnya sunting

 
Shizuma dan Nagisa daripada siri Strawberry Panic!.

Anime dan manga bukan hentai dengan kisah yang mempunyai sedikit yuri atau shoujo-ai sunting

 
Shizuru dan Natsuki daripada My-Hime.

Majalah-majalah bukan hentai ditujukan khas kepada yuri atau shoujo-ai sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting