Yuri dari Goguryeo

Raja Yuri (? - 18 M, 19 SM - 18 M)[1] ialah pemerintah kedua Goguryeo, yang paling utara dari Tiga Kerajaan Korea. Baginda adalah anak sulung pengasas kerajaan itu, Raja Dongmyeongseong. Seperti banyak penguasa Korea awal yang lain, peristiwa dalam hidupnya banyak diketahui melalui Samguk Sagi.

Yuri dari Goguryeo
Hangul atau
Hanja atau
Perumian SemakanYuri-wang atau Yurimyeong-wang
McCune–ReischauerYuri-wang atau Yurimyŏng-wang
Nama lahir
Hangul atau atau
Hanja atau atau
Perumian SemakanHae Yuri atau Yuryu atau Nuri
McCune–ReischauerHae Yuri atau Yuryu atau Nuri

Yuri digambarkan sebagai raja yang kuat dan berjaya dari segi ketenteraan. Dia menakluki suku Xiongnu pada tahun 9 SM. Pada 3 SM, Yuri memindahkan ibu kota dari Jolbon ke Gungnae. Dinasti Han digulingkan oleh Wang Mang, yang menubuhkan dinasti Xin. Pada 12 M, Wang Mang mengirim utusan ke Goguryeo untuk meminta pasukan untuk membantu penaklukan Xiongnu. Yuri menolak permintaan itu dan sebaliknya menyerang Xin.[2]

Dia mempunyai enam anak lelaki dan di antaranya ialah Haemyeong dan Muhyul. Haemyeong diumumkan sebagai putera mahkota Goguryeo setelah kematian Dojeol, yang merupakan putera sulung Raja Yuri. Tetapi Yuri mendapati Haemyeong terlalu gelojoh dan tidak taat. Yuri menggantikannya dengan anak lelaki yang lebih muda, Muhyul pada tahun 14 Masihi. Muhyul ialah anak lelaki Yuri dengan anak perempuan Songyang. Muhyul memerintah sebagai Raja Daemusin dari Goguryeo.

Pewarisan sunting

Raja Yuri mangkat pada tahun 18 M, setelah memerintah selama 37 tahun. Baginda digantikan oleh putera tertuanya, Muhyul, yang menjadi Raja Daemusin.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Korean dynasties". www.sizes.com. Dicapai pada 2019-11-14.
  2. ^ 《三国史记》:“三十三年 春正月 立王子无恤为太子 委以军国之事 秋八月 王命乌伊・摩离 领兵二万 西伐梁貊 灭其国 进兵袭取汉高句丽县”
Yuri dari Goguryeo
Tarikh kemangkatan: 18
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Dongmyeong
Raja Goguryeo
19 SM – 18 M
Diikuti oleh:
Daemusin