Yuriko Koike

ahli politik Jepun

Yuriko Koike (Bahasa Jepun: 小池百合子, Koike Yuriko, lahir pada 15 Julai 1952) ialah seorang ahli politik Jepun yang kini merupakan Gabenor Tokyo dan juga gabenor wanita pertama Tokyo. Beliau juga merupakan ahli Dewan Perwakilan Jepun pada 1993 hingga 2016 serta bekas Menteri Pertahanan Jepun untuk hanya 54 hari pada Julai dan Ogos 2007 sebelum meletak jawatan tersebut.[1] Pada Julai 31, 2016, beliau dipilih sebagai Gabenor Tokyo wanita pertama mengalahkan calon-calon yang disokong LDP dan DPJ dengan 2,912,628 undi popular.[2] Beliau merupakan pengasas utama parti tempatan Tokyo, Tomin First no Kai. Koike dilantik semula sebagai Gabenor Tokyo pada 5 Julai 2020 dengan kemenangan besar, memenangi 59.7% undi majoriti.[3]

Yuriko Koike
小池百合子
Gabenor Tokyo
Memegang jawatan
2 Ogos 2016
Didahului olehYoichi Masuzoe
Menteri Pertananan Jepun
Dalam jawatan
4 Julai 2007 – 27 Ogos 2007
Perdana MenteriShinzo Abe
Menteri Alam Sekitar Jepun
Dalam jawatan
22 September 2003 – 26 September 2006
Perdana MenteriJunichiro Koizumi
Butiran peribadi
Lahir (1952-07-15) 15 Julai 1952 (umur 71)
Ashiya, Hyogo, Jepun
KerakyatanJepun
Parti politikBebas
Laman web rasmihttp://www.yuriko.or.jp/

Rujukan sunting

  1. ^ Koike decides to leave post, cites responsibility over information leak (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 11 Jun 2015 di Wayback Machine, JapanNewsReview.com; Dicapai pada 18 Jun 2015.
  2. ^ Landers, Peter (31 Julai 2016). "Yuriko Koike Elected Governor of Tokyo, First Woman in Post" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Disember 2016 – melalui Wall Street Journal.
  3. ^ https://www.asahi.com/senkyo/tochijisen/2020/kaihyo/