Yus Raja Lawak

Pelawak, pelakon, pengacara dan penghibur Malaysia (1976-2015)

Yussry Bin Edoo (15 Mac 1976 – 30 November 2015) atau lebih dikenali sebagai Yus Raja Lawak atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg. Nesam, Bintong, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.

Yus Jambu
Kelahiran
Yussry Bin Edoo

(1976-03-15)15 Mac 1976
Kampung Neesam, Bintong, Kangar, Perlis, Malaysia
Meninggal dunia30 November 2015(2015-11-30) (umur 39)
Sebab kematianSesak nafas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Neesam, Bintong
Nama lainYus Raja Lawak, Pak Yus, Yus Jambu
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2001–2015
IbuManis binti Ismail
BapaEdoo bin Ismail
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen dan filem
GenreKomedi, satira, cereka
SubjekLawak jenaka

Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut. Namun beliau tidak berputus asa. Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007. Beliau meninggal dunia pada 30 November 2015 dipercayai akibat sesak nafas.[1][2]

Kematian

Pada tanggal 30 November 2015, pemergian Yus telah mengejutkan rakyat Malaysia. Beliau sempat memberikan persembahan di Dataran Merdeka sebelum diumumkan pemergiannya oleh Tauke (Raja Lawak) di akaun Instagramnya. Yus dikatakan mengalami sesak nafas dan meninggal di Hospital Selayang pada pukul 12.30 pagi. Ramai artis yang hadir di hospital berikut sehingga berita kematian Yus diumumkan. Ahmad Nabil Ahmad terus bergegas ke hospital tersebut selepas sahaja mengacarakan program Gegar Vaganza (musim 2). Turut bersedih dengan pemergian Yus ialah Afdlin Shauki yang menyatakan salam takziahnya menerusi akaun Facebook dan Instagramnya.[1][2]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Hantu Bonceng Pemilik Kedai Motor Filem pertama
Abuya Pegawai Jabatan Agama Islam
2012 Ngorat Mak Nyah Penampilan khas
Pe3 Nelayan 1
Apa Celop Toqq... Boss
Sepah The Movie Man HR
2013 Gangster Celop Mat Jambu
KL Zombi Boroi
2014 Laga Indera
2015 Hantu Bungkus Ikat Tepi Fuad
2016 Dukun Doktor Dani Chot Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

Teater

Tahun Tajuk
2007 Awang Batil
2008 Kalut
Sofea
Hiroshima
2009–2010 Sri Mersing
2010 Satria Menara Putih
Laksamana Cheng Ho
2013 Lawak SuperHero
Lawak Ke Der 3
2014 Lawak Utagha

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2004 Sepi Angin Ke Kota London TV1
2007 Taqarrub
2009 D'Debab Raya
2010 Pak Nil Ibu Kirim Salam Astro Prima
Dodol Si Bujang Sepah
Aidilfitri Abang Kasim Pon Pon
Osman Brani
Along Gedebe Angah Astro Warna
Selamat Hari Raya Bapak TV2
2011 3 Budak Botak 2 Hari di Hari Raya Astro Warna
Susuk Amanda Yus Astro Prima
Bawang Besar Bawang Kecil
Jambu Hanyut
Tuah Tertipu TV1
Bila Papa Pakai Kebaya
Keliru TV2
2012 Anak Hero
Konangan
Pendekar Durian Lempuk Bocoq Astro Prima
2013 Bongkah Bahulu Angkasa Raya
Raya Nora Jambu Yus Astro Ria
Tukang Jahit Tak Beraya TVi
2014 Ustaz Ku Takut Kau Datang Harun Astro Prima
Simpul Raya Yus Astro Warna
2015 Member Superstar Nak Balik Beraya Bidin Astro Ria
Aidil Dan Fitri Aidil HyppTV
2017 Che Pa Astro First Eksklusif

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Cinta Madinah TV1
2007–2009 Lawaking Pelbagai Astro Prima Sitkom
2007 Dendam, Dosa dan Doa Bidin Astro Oasis
2009 Amit
Hanya Tuhan Yang Tahu TV1
Gerabak Astro Warna
2010 Nurul Iman
Anak Mami Mek Ani Astro Warna
Carca-Marba
2011 Tiga Budak Botak
Mata Ayer TV3
Moh Ke Kafe Kita TV1
Jejaka J Astro Prima
Biasa Je Astro Warna
2012 Karoot Komedia Pelbagai Sitkom
Mai Chek Mai (Musim 2) TV1 Pelakon undangan
Lembu Lawan Lembu TV1
Pondok Jambu Astro Warna
Aladdyn TV1
2012–2014 Karoot Komedia X Pelbagai Astro Warna Sitkom
2013 Oh My English! (Musim 2) Astro TVIQ Episod: "Masalah Berganda-ganda"
2016 Jangan Pening TV1 Di siarkan 2016

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2001 Sinaran Pasport Kegemilangan Kumpulan Sanggar Pujangga TV3
2007 Raja Lawak Peserta Astro Ria
AC Di Sini Artis jemputan
2008 Gitu-Gitu Apek
2010 Kalau Berani 1 VS 0 Astro Warna 'Versi Air'
Jozan Show Astro Prima Episod 4
2011 Ketuk-Ketuk Ramadhan TV1
Candawara Aktif 5 TV2
Maharaja Lawak Kumpulan Jambu Astro Warna
Lawak Minggu Ini
Maharaja Lawak Raya
2012 Raja Lawak 6 Mentor
S.Y.O.K (Musim 2) Artis jemputan TV1
Betul ke Bohong? Astro Warna
Roda Igauan
Acaner Tu Johan
Hello Bro... Tolong Masak Astro Ria
Warna Raya Astro Warna
Maharaja Lawak Mega 2012 Kumpulan Jambu
2013 Kan Dah Kena Artis jemputan TV1
Bintang Mencari Bintang TV3 Kumpulan TITAN
Raja Lawak 7 Pengacara jemputan Astro Warna Minggu 10 & 11
Akustika Ramadhan Artis jemputan TV3 Episod 1
Redah Kasi Pecah Extravanganza Astro Warna
Hello bro... Tolong stail Artis jemputan Astro Ria
Super Spontan 2012 Ketam Kompius Astro Warna
Wanita Hari Ini Artis jemputan TV3
LatTaliLat Pengacara Astro Ria
Anugerah Juara Lagi TV3
Sembang Teh Tarik Artis jemputan Astro Warna
Tunggu Sekejap TV3
DestinasiRIA bersama Air Asia Astro Ria
Maharaja Lawak Mega 2013 Kumpulan Jambu Astro Warna
2014 #havocwarna Pengacara jemputan bersama Tauke
MLM - Haji Pilus Tak Nak Raya
Super Spontan 2014 Mawas Berduri
Maharaja Lawak Mega 2014 Kumpulan Virus
2015 Karok La Kau Astro Ria
Spontan Boboi & Kengkawan Astro Warna
Super Spontan Singapura Upsize
Super Spontan All Star Silat Dongibab Astro Warna
Juara Parodi Kumpulan Kobis Pedas
Kelab Komedi Artis jemputan TV3 Di siarkan 2015
Sembang Pacak (Musim 1) Astro Warna Di siarkan 2015
Catatan

↑i  Ketika Yus meninggal dunia, rancangan Juara Parodi telah bersiaran selama 4 minggu. Siaran pada 4 Disember 2015 ialah rancangan khas untuk memperingati pemergian Pak Yus. Siaran khas ini dipanggil Pak Yus Dalam Kenangan.

Diskografi

Lagu

  • Kita Berdua (Duet bersama Nina)
  • Bukan Kerna Nama
  • Boss (Bersama Cat Farish)
  • Angkara (Bersama Toi)
  • Jiman Kawan Aku (Lawak 24 Jam)

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

  1. ^ a b "Yus Jambu meninggal dunia, dipercayai sesak nafas". Sinar Harian. 30 November 2015. Dicapai pada 30 November 2015.
  2. ^ a b Ab Rahman, Farhana (30 November 2015). "Rakan artis terkejut pemergian Allahyarham Yus Jambu". Berita Harian. Dicapai pada 30 November 2015.

Pautan luar