Yusof Hashim
Mohd Yusof bin Hashim (dilahirkan pada 8 Julai 1993) atau lebih dikenali sebagai Ucop ialah pelakon, penyanyi, penari, dan personaliti media sosial yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau dikenali menerusi video Dubsmash [1] dan watak kembar Farhan & Fahrin dalam Drama Telemovie Dua yang bersiaran di Astro Ria[2]. Beliau juga merupakan pemenang Top Lifestyle Influencer dan Breakout Influencer of the year di Anugerah Influence Asia 2015[3] dan finalis pencalonan Selebriti Media Sosial Pilihan Online 2016[4].
Yusof Hashim | |
---|---|
![]() Yusof at KL Fashion Week 2018 | |
Kelahiran | Mohd Yusof bin Hashim 8 Julai 1993 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Ucop |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, penari |
Tahun aktif | 2015–kini |
Ketinggian | 183 cm (6 ka 0 in) |
Kehidupan awalSunting
Zaman kanak-kanak dan remaja (1993-2010)Sunting
Yusof yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik ialah hasil pernikahan Hashim bin Yusoff (pesara Tentera Darat) bersama Noraisyah Binti Mohd Ramli usahawan perniagaan katering. Yusof dilahirkan di Kuala Lumpur pada tanggal 8 Julai 1993 dan dibesarkan oleh ibu tiri beliau Allahyarhamah Hajjah Enon Binti Kaya dari umur 1 hingga 7 tahun. Bapa beliau mula menyedari bakat yang dimiliki oleh Yusof apabila beliau sering memenangi pertandingan nyanyian patriotik, deklamasi sajak dan penglibatan yang aktif dalam persembahan tarian dalam pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Delima, Jalan Ipoh pada tahun 2000-2006. Oleh kerana mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang seni tari, Yusof pernah mengikuti kursus Tarian tradisional dan pernah menjadi Artis Budaya Remaja di bawah naungan Kelab Kesenian Cemerlang di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian pada tahun 2007-2009.
KerjayaSunting
Yusof mula menempah nama dalam bidang seni tari secara komersial seawal 17 tahun dengan penglibatan awal menerusi teater muzikal Gamat pada tahun 2019 di Istana budaya, dengan watak sulung beliau sebagai Bintang, Yusof mengambil peluang ini sebagai batu loncatan dalam memulakan penglibatan beliau di pentas yang berprestij. Berikut ialah penglibatan beliau sebagai penari dan ensemble.[5]
Teater muzikalSunting
Tahun | Persembahan | Watak |
---|---|---|
2010 | Gamat The Musical | Bintang |
2011 | Kita The Musical | Ensemble |
2012 | Tun Hasmah The Musical | Ensemble |
2012 | Cuci The Musical | Ensemble |
2013 | Supermokh The Musical | Ensemble |
2015 | Teater Baik Punya Cilok | Ensemble |
2015 | P. Ramlee The Musical Tour | Ensemble |
2018 | Dendam Laksamana | Penglipur Lara |
DubsmashSunting
Pada Jun 2015, nama Ucop mula disebut-sebut di laman sosial apabila beliau menemui aplikasi Dubsmash dan memuat turun video pertama beliau yang mengandungi suara penyanyi terkenal Lady Gaga dan Beyonce dengan penampilan,solekan yang dihasilkan sendiri bersama rakannya.[6] Idea menghasilkan video ini tercetus apabila Yusof sedang touch up dan menukar baju sementara bersedia untuk ke babak yang seterusnya dalam Teater Baik Punya Cilok pada pertengahan tahun 2015. Tidak hairan bagi rakan-rakan penari yang lain jika Yusof yang sering menghasilkan video parodi yang kebiasaannya dilakukan sebelum pementasan teater berlangsung dan sikap Yusof yang suka menghiburkan rakan-rakan dengan mengimitasi watak selebriti ini menjadikan Yusof sebagai Lady Gaga Malaysia di kalangan rakan-rakannya sejak sebelum kewujudan aplikasi Dubsmash lagi. Nama Yusof melonjak naik di laman media sosial dengan jumlah pengikut di Instagram yang naik secara mendadak lebih daripada 300 000 pengikut dalam masa kurang 6 bulan. Menyedari akan kewujudan pengikut yang merangkumi Malaysia, Singapura dan Indonesia, Yusof Mula memperkenalkan watak-watak fiksyen dengan jalan cerita yang direka sendiri oleh beliau seperti Thilagesh, Siska, Rowena dan Gaga yang kini menjadi kegilaan pengikutnya untuk dijadikan sebagai satu medium hiburan seterusnya mencabar dirinya dalam menghasilkan karya dalam lakonan.
LakonanSunting
Pengalaman beliau dalam muzikal teater secara tidak langsung memupuk bakat anak muda ini dalam bidang lakonan sejak berusia 17 tahun lagi. Lantaran pembawakan watak yang bervariasi dalam laman Instagram yang pernah menjadi fenomena, Yusof diberi kepercayaan oleh salah seorang pengarah tempatan Ghaz Abu Bakar menerusi Super-Telemovie karya 12 Lampu Merah yang digandingkan oleh pelakon wanita popular Nora Danish pada awal tahun 2016.[7]
FilemografiSunting
FilemSunting
Year | Title | Role | Notes |
---|---|---|---|
2018 | Gol & Gincu Vol. 2 | Kameo | Filem pertama |
2019 | Bikin Filem[8] | Nana |
DramaSunting
Tahun |
Tajuk |
Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Impian Lulu | Daus | Drama pertama | |
2019 | 7 Netizen[9] | Astro Ria | ||
2020 | Kebaya Kasut Kanvas[10] | Kaidan | TV3 | |
2021 | Diva Popular[11] | Shawn | Awesome TV | |
2021 | Covid Oh Covid[12] | Adam | TV3 | |
2023 | Projek: High Council | Amirr | Astro Ria | |
Lecturerku Oppa | Sir Adam | iQIYI |
TelemovieSunting
Year | Title | Role | TV channel |
---|---|---|---|
2015 | Mama Zoomba[13] | Ucop | Astro Ria |
2015 | Dua[14] | Farhan & Fahrin | |
2016 | Dorm | Paan | |
2016 | Lampu Merah[15] | Paan | Astro Citra |
2018 | Arafah | Remy | TV3 |
Anugerah dan pencapaianSunting
Tahun | Kategori | Keputusan |
---|---|---|
2015 | Top Lifestyle Influencer[16] | Menang |
2015 | Breakout Influencer Of The Year | Menang |
2017 | Top Lifestyle Influencer | Tercalon |
2019 | Malaysia Youtube Ad Awards | Menang |
RujukanSunting
- ^ "Ledakan koleksi jenaka 15 saat Ucop". Kosmo Online. Dicapai pada 2018-05-01.
- ^ https://www.myinfotaip.com/2016/01/dua-astro-ria.html
- ^ https://www.nst.com.my/education/2018/05/369954/becoming-social-media-influencers
- ^ "Humor 15 saat Ucop si 'Raja Dubsmash' Malaysia - Pepatung". Pepatung (dalam bahasa Inggeris). 2015-06-03. Dicapai pada 2018-05-01.
- ^ SHUAIB, IWAN SHU-ASWAD. "#APO2016: Ucop Digelar Raja Dubsmash Kerana Video Parodi - Berita Semasa". www.mstar.com.my. Dicapai pada 2016-03-14. Text "mStar" ignored (bantuan)
- ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/03/14/apo2016-ucop-raja-dubsmash
- ^ SHUAIB, IWAN SHU-ASWAD. "Finalis APO2016: Ucop Gementar Berganding Dengan Nora Danish - Berita Semasa". www.mstar.com.my. Dicapai pada 2018-05-01. Text "mStar" ignored (bantuan)
- ^ https://www.imdb.com/title/tt13373352/
- ^ https://www.myinfotaip.com/2019/11/7-netizen.html
- ^ https://www.portalmalaysia.com/drama-kebaya-kasut-kanvas/
- ^ https://www.myinfotaip.com/2021/01/diva-popular.html
- ^ https://www.myinfotaip.com/2021/03/covid-oh-covid.html
- ^ http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2015/12/sinopsis-telemovie-mama-zoomba-astro.html
- ^ http://umikasum.blogspot.com/2016/01/telefilem-dua-astro-ria.html
- ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/04/19/finalis-apo2016-ucop-nora-danish
- ^ https://www.astroawani.com/gaya-hidup/influence-asia-february-2016-99865