Yusof Jusoh
Dato' Yusof Jusoh merupakan seorang usahawan bumiputera Malaysia yang aktif dalam bidang pembinaan, pembangunan hartanah dan pengeluaran IBS (Industrialized Building System) di Malaysia.
Yusof Jusoh |
---|
Kerjaya
suntingSistem binaan berindustri
suntingIndustrialized Building System (IBS) ialah satu mekanisme pembangunan dimana komponen-komponen pembinaan dibina di dalam kawalan persekitaran, dan akan dipasang siap di tapak pembinaan. Antara projek-projek IBS yang telah dijalankan oleh Proven Holding ialah Projek Generasi Kedua Felda Palong, Negeri Sembilan dan Projek pangsapuri pelajar dan blok kedai pejabat di UniCiti Alam, Padang Besar, Perlis. Selain dari projek nasional, Proven Holding dibawah kepimpinan Dato' Yusof Jusoh telah berjaya menyiapkan satu projek pembangunan pusat membeli belah Titanium Square di Jakarta dan pangsapuri di Tangerang, Indonesia.[1]
Program CEO@Faculty
suntingDato' Yusof Jusoh merupakan salah seorang pegawai eksekutif yang telah terpilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk terlibat dalam program CEO@Faculty ini. Program ini bermatlamat mewujudkan jaringan kerjasama antara industri dan universiti di Malaysia dalam bidang keusahawan, pentadbiran dan penyelidikan. Dato' Yusof dilantik sebagai Professor Adjun oleh Universiti Malaysia Perlis, dan telah dijemput untuk memberi ceramah dan menganjurkan bengkel IBS untuk pelajar-pelajar UniMAP.[2]
Kehidupan peribadi
suntingDato' Yusof berkahwin dengan Datin Aishah Jelaini dan dikurniakan 2 orang anak, Intan Sofinas Yusof dan Vivy Sofinas Yusof. Vivy Yusof merupakan seorang usahawan muda di Malaysia. Beliau merupakan pengasas bersama syarikat FashionValet.com, sebuah syarikat e-dagang yang menawarkan pelbagai label popular eksklusif di Asia dalam laman sesawang atas talian .
Rujukan
sunting- ^ Retrieved 05/02/2018 Kerjasama dua negara
- ^ Syed Abu Bakar Syed Ahmad (2016-01-11). "Berita@News UniMAP - Pembangunan Kampus Uniciti Alam UniMAP Tarik Minat Politeknik". UniMAP. Dicapai pada 2024-01-03.
Pautan luar
sunting- https://www.unimap.edu.my/index.php/my/berita-malay/812-pembangunan-kampus-uniciti-alam-unimap-tarik-minat-politeknik Retrieved 05/02/2018
- Management Profile: Y.Bhg Dato’ Yusof Jusoh, Executive Chairman
- UniMAP anjurkan Bengkel IBS , http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/11445/1/Majlis%20Perasmian%20Bengkel%20IBS%20Proven.pdf Retrieved 05/02/2018