Yusof Latiff
Muhammad Yusof bin Abdul Latiff (22 Jun 1922 - 12 Jun 1998) ialah seorang pelakon filem Singapura.
Yusof Latiff | |
---|---|
![]() Yusof Latiff pada 1960an | |
Kelahiran | Muhammad Yusof bin Abdul Latiff 22 Jun 1922 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 12 Jun 1998 Singapura | (umur 75)
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bidadari (kini Pusara Abadi) |
Warganegara | Singapura |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1952–1989 |
Majikan | Malay Film Productions Cathay-Keris Film Productions Merdeka Film Productions |
Terkenal kerana | Tengku Aziz dalam Antara Dua Darjat |
Pasangan | Rahimah Ali Salamah Shukri |
Anak | 17 |
Isi kandungan
Kehidupan awalSunting
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Beliau dilahirkan pada 22 Jun 1922 di Negeri-negeri Selat (zaman moden Singapura) dan mendapat pendidikan awal di Madrasah Al-Sagaf, kemudian belajar hingga Darjah Lima di Singapore English School. Yusof memulakan kerjaya awalnya sebagai kerani di sebuah syarikat British. Pada masa yang sama, beliau berkenalan dengan rakan seangkatannya Salleh Kamil, seorang pelakon filem yang mula menempa nama di layar perak.
KerjayaSunting
Pembabitan Yusof Latiff dalam bidang seni bermula apabila beliau mendapat perhatian seorang pengurus filem bernama Shaw Vee Ngok. Katika itu, Yusof yang tidak mengenali mar Shaw hanya tersenyum apabila Shaw Vee Ngok bertanya sekiranya beliau berminat untuk menjadi pelakon filem. Namun, setelah beberapa kali dipujuk oleh Salleh Kamil, akhirnya, Yusof bersetuju untuk bertemu dengan Shaw Vee Ngok di Studio Malay Film Productions [MFP]. Dalam pertemuan itulah Yusof mendapat tawaran menjadi pelakon filem dengan gaji sebanyak RM150 sebulan.
Maka, bermulalah babak baharu dalam hidup Yusof Latiff. Beliau sudah melangkah ke dunia perfileman dengan menjadi pelakon sepenuh masa. Tugas pertama beliau ialah berlakon dalam filem Gadis Peladang pada tahun 1952 yang diarahkan oleh B. S. Rajhans. Yusof terus memegang peranan hero di samping Datuk Maria Menando yang memegang watak heroin.[1]
Disusuli pula dengan lakonan beliau dalam filem Yatim Piatu yang turut dilakonkan oleh Rokiah Jaafar dan Saadiah. Filem ketiga Yusof dilanda kontroversi. Lakonan beliau dalam filem Cemburu dikritik hebat oleh orang ramai kerana adegan romantik yang keterlaluan. Terdapat babak Yusof bergesel pipi dengan Rosnani dan hampir bersentuhan bibir dengan Mariani. Imej Yusof tidak terjejas dengan babak-babak panas yang membangkitkan semakin di kenal dan semakin mendapat perhatian besar daripada orang ramai.
Kontrak Yusof dengan MFP berakhir setelah berlakon dalam sebelas buah filem. Yusof ditawarkan kontrak baharu selama tiga tahun tetapi menolaknya kerana permintaan Yusof untuk kenaikan gaji dan bonus ditolak oleh majikan beliau. Yusof lebih rela menjadi pelakon bebas tanpa gaji tetap daripada menyambung kontrak dengan gaji dan bonus yang tiada kenaikan. Oleh hal demikian, Yusof berlakon pula dalam filem-filem keluaran Cathay Keris Film. Itu pun setelah lebih lima tahun menyepikan diri daripada sebarang aktiviti lakonan.
Pada 1960, P. Ramlee membawa semula Yusof Latiff ke Studio MFP untuk berlakon dalam filem, Antara Dua Darjat. Yusof mendukung salah satu watak penting dalam filem bercorak drama berat arahan P. Ramlee itu. Beliau memegang watak sebagai Tengku Aziz yang menegakkan keadilan. MFP cuba memujuk Yusof Latiff supaya berlakon lagi dalam filem-filem keluarannya selepas filem Antara Dua Darjat. Namun, Yusof sudah serik dengan pengalaman pahit beliau pada masa lalu bekerja dengan MFP yang terlalu ketat dengan peraturan. Saya balik ke MFP kerana P.Ramlee yang mengundang saya berlakon dan bukannya kerana MFP, demikian ujar Yusof kepada media.
Selepas berlakon dalam filem, Udang di Sebalik Batu yang diarahkan oleh Husain Hanif terbitan Cathay Keris Film pada tahun 1966. Pada tahun 1969, Yusof Latiff sekali lagi menerima tawaran berlakon daripada P. Ramlee dalam filem Enam Jahanam di Merdeka Film Studio, Hulu Kelang, Selangor. Saya tidak boleh menolak kalau P.Ramlee ajak saya berlakon, kata Yusof Latiff menggambarkan betapa erat dan kukuhnya hubungan mereka berdua. Enam Janaham dibintangi oleh P.Ramlee, Noor Azizah, Idris Hashim, selain Yusof Latiff
KematianSunting
Yusof Latiff terus bersara daripada filem selepas berlakon dalam filem Kolej 56. Masa beliau banyak dihabiskan bersama-sama keluarga di samping kuat mengerjakan ibadat. Yusof Latiff mempunyai dua orang isteri, pertama Rahimah Ali dan kedua, Salamah Shukri. Dengan dua isteri itu Yusof mempunyai 17 orang anak. Beliau meninggal dunia pada usia 75 tahun di Singapura pada 12 Jun 1998.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1952 | Gadis Peladang | Filem pertama | |
Yatim Piatu | Anuar | ||
1953 | Chemburu | ||
1954 | Panggilan Pulau | Husin | |
1955 | Kipas Hikmat | Tengku Ahmad | |
Menyerah | Mustapha | ||
Bernoda | |||
1956 | Pencuri | Umar | |
Hang Tuah | Tun Mat | ||
1960 | Antara Dua Darjat | Tengku Aziz | |
1961 | Jalak Lenteng | Tengku Wira Karma / Jalak Lenteng | |
1962 | Lancang Kuning | Baginda Sultan Siak | |
Korban Kasih | Ariffin @ Tengku Iskandar | ||
Tun Fatimah | Sultan Mahmud | ||
Mata Syaitan | Tengku Aman Shah / Sulaiman | ||
Dang Anom | |||
1963 | Gila Talak | Yusof | |
1964 | Dua Pendekar | Adam | |
1965 | Jiran Sekampung | ||
1966 | Udang Di Sebalik Batu | ||
1967 | Lampong Karam | Pengiran Mufti | |
1969 | Enam Jahanam | Laksamana Damburi | |
1979 | Dendang Perantau | Pak Hasbullah | Pelakon tambahan |
Kisah Seorang Biduan | |||
Prebet Lapok | Bapa Tina | ||
Detik 12 Malam | |||
1981 | Serampang Tiga | Pak Linggawan | |
1983 | Pertentangan | ||
1989 | Kolej 56 | Pengetua Putra Kolej | Filem terakhir: pelakon undangan |