Yusof Mohamad

Yusof Mohamad (14 September 1950 - 14 Mei 2000) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak Pak Halim dalam sitkom Rumah Kedai yang bersiaran di TV3.

Seniman

Yusof Mohamad
يوسف محمد
Kelahiran
Yusof bin Mohamad

(1950-09-14)14 September 1950
Meninggal dunia14 Mei 2000(2000-05-14) (umur 49)
Sebab kematiansakit jantung
DikebumikanTanjung Malim, Perak, Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1988–2000

KerjayaSunting

Permulaan karier seni beliau sebagai pelakon teater sebelum menceburi seni lakonan TV apabila terbabit sebagai salah seorang pelakon utama dalam drama bersiri berjudul Rumah Kedai yang disiarkan di kaca TV pada tahun 1988. Walaupun kemunculan beliau bukanlah dari usia remaja, namun populariti yang beliau perolehi setelah membintangi drama bersiri tersebut mengatasi sesetengah pelakon-pelakon remaja sedia ada ketika itu.

Beliau turut berpeluang bekerjasama dengan beberapa orang pengarah hebat antaranya ialah Nurhalim Ismail dan Adman Salleh.

Drama berjudul "Cindai" bawah arahan Adman Salleh yang diadaptasi daripada sebuah Naskhah Teater karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan telah membuktikan bakat beliau sebagai pelakon utama yang dapat lari dari bayangan watak alim "Pak Halim" dalam drama bersiri Rumah Kedai yang mempopularkan beliau.

Setelah berjaya memainkan peranan dalam beberapa buah drama yang menghiasi kaca TV tanahair.

KematianSunting

Beliau yang sudah berumahtangga dan turut memiliki beberapa orang cahayamata ini, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan sakit jantung pada 14 Mei 2000.[1] Jenazah beliau telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Tanjung Malim, Perak untuk disemadikan buat selama-lamanya.[2]

RujukanSunting

  1. ^ - (15 Mei 2000). "'Pak Halim' meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 11 September 2022.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  2. ^ - (15 Mei 2000). "Pelakon bersiri 'Rumah Kedai' meninggal". Harian Metro. Dicapai pada 11 September 2022.CS1 maint: numeric names: authors list (link)