Yusof bin Sheikh Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Yusof Wahab adalah pelakon Melayu era 80-90'an. Dilahirkan Pada 22 Oktober 1961 di Melaka. Sewaktu zaman kegemilangannya, Yusof Wahab banyak melakonkan watak seorang yang mahir bersilat. Malah dia juga seorang pesilat professional. Beberapa peminat filem tempatan juga melabelkan Yusof Wahab seorang pelakon antagonis. Yusof Wahab seorang pelakon yang berkaliber serta berkarisma. Walaupun dia tidak mendapat tempat di pentas surat khabar, akan tetapi bakatnya adalah amat hebat sekali. Bijak melontarkan dialog serta punya bahasa tubuh dan ekspresi wajah yang baik dalam lakonan beliau.

Yusof Wahab
Yusof Wahab
Kelahiran
Yusof Bin Sheikh Abdul Wahab

(1961-10-22) 22 Oktober 1961 (umur 62)
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif1980–1992
AnugerahPelakon Pembantu Lelaki Terbaik (1989)
Pelakon Pembantu Lelaki Popular ABPBH (1989)
Disamping Erma Fatima di dalam filem Syahadat tahun 1992

Anugerah dan pencapaian sunting

 
Bersama pemenang di Anugerah Bintang Popular 1989

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-8 pada tahun 1989 untuk filem Anak Sarawak serta pelakon Pembantu Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun 1989. Beliau pernah menjadi pelakon paling muda memenangi anugerah pelakon pembantu di FFM selama 20 tahun sebelum dipatahkan rekod itu oleh Shafie Naswip yang berusia 17 tahun ketika menang untuk filem Talentime pada 2009.

Kehidupan peribadi sunting

Yusof Wahab telah mendirikan rumah tangga dengan pengarang majalah hiburan URTV iaitu Muzlina Abu Bakar. Beliau kini bergelar seorang pengarah drama dan ada juga terlibat dengan watak sampingan di dalam drama beliau. Antaranya drama bersiri Mahabbah Delaila dan juga drama komedi Bomoh Temberang.

 
Sewaktu mengarah drama.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak
1984 Matinya Seorang Patriot Salman
1987 Puteri
1988 Anak Sarawak
1989 Sumpahan Mahsuri
1990 Adik Azman
1992 Syahadat Ahmad Solihin

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1989 Lembah Maut TV3
1990 Jejak Maut
1991 Gelanggang Maut

Rujukan sunting

Pautan luar sunting