Yusri Mohamad

pendakwah bebas dari Malaysia

Dr. Yusri bin Dato' Mohamad (Jawi: يسري بن محمد; lahir 15 Januari 1972) merupakan seorang pendakwah di Malaysia dan juga bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang ke-12 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2015, menggantikan Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 29 Julai 2015. Beliau kini salah seorang Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Yang Dipertua YADIM pada 31 Oktober 2018,[1] dan jawatan ini kemudian diganti oleh Nik Omar Nik Abdul Aziz berkuatkuasa 20 Disember 2018.[2]

Dr.

Yusri Mohamad
يسري محمد
Ahli
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Memegang jawatan
24 Februari 2021
PengerusiMohd Daud Bakar
Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Dalam jawatan
1 Oktober 2015 – 31 Oktober 2018
Didahului olehAsyraf Wajdi Dusuki
Digantikan olehNik Omar Nik Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia
Dalam jawatan
2005–2009
Didahului olehAhmad Azam Ab Rahman
Digantikan olehMuhamad Razak Idris
Butiran peribadi
LahirYusri bin Mohamad
(1972-01-15) 15 Januari 1972 (umur 52)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
KerakyatanMalaysia
PasanganHamiliya Mustafa
Ibu bapaDato' Mohamad (bapa)
Datin Nik Zahrah
PekerjaanPeguam syarie

Biodata sunting

Yusri dilahirkan pada 15 Januari 1972 di Kota Bharu, Kelantan, dan pernah memegang beberapa jawatan termasuk Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1995 hingga 1997, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia keenam (2005-2009)[3] serta pernah menganggotai Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), Ahli Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)[4] dan Pengerusi Allied Coordinating Committee for Islamic NGOs (ACCIN).

Beliau menerima pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan dan pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1985 hingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan lulus cemerlang di dalam bidang undang-undang (LL.B) pada tahun 1995 dan undang-undang (Shari’ah) (LL.B(S) pada tahun 1996.[5]

Yusri kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Undang-undang (LL.M) (pengkhususan Undang-Undang Islam) di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, United Kingdom dalam tahun 1997 dan kemudian menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang teori perundangan Islam di UIAM pada tahun 2010.

Di antara bidang pengkhususan akademik beliau ialah Teori Perundangan Islam, Undang-Undang Perlembagaan Malaysia, Undang-undang Perlembagaan Islam dan Undang-undang Kewangan Islam.

Beliau yang pernah bertugas sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), UIAM selama 15 tahun sehingga akhir 2011, juga dilantik sebagai perunding penasihat syariah dan motivasi kepimpinan dalam pelbagai kapasiti dari semasa ke semasa.

Pada 24 Februari 2020, beliau dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Agama islam Wilayah Persekutuan.[6]

Pendidikan & kerjaya sunting

  • Sekolah Ren. Keb. Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan (1979-1984)
  • Malay College Kuala Kangsar, Perak (1985-1989)
  • Matriculation Centre, International Islamic Univ. Malaysia (1990-1991)
  • International Islamic University Malaysia, (1992-1996)
  • School of Oriental and African Studies, University of London, England (1996-1997)
  • International Islamic University Malaysia (2002 - 2010)

Kelayakan akademik sunting

  • Sijil Rendah Pelajaran, SRP (1987) – 6A1s, 2A2s, 5 Aggregates
  • Sijil Pelajaran Malaysia, SPM (1989) – 6A1s, 2A2s, 1C3, 6 Agg
  • LLB Hons – Bachelor of Laws, Second Class Upper Honours, International
  • Islamic University Malaysia (1995), CGPA: 3.303
  • LLB (Shariah) Hons – Bachelor of Laws (Shariah) Double Major, Second Class
  • Upper Honours, International Islamic University Malaysia (1996), CGPA: 3.250
  • LLM – Master of Laws (with Merit), School of Oriental and African Studies, University of London, England (1997).
  • Field of Specialisation: Islamic Law, Human Rights
  • Extended Essay: “Sources Of Islamic Constitutional Law With Special Reference To Pakistan.”
  • D.S.L.P. - Diploma in Shariah Law and Practise, International Islamic Univ. Malaysia (1996).
  • Ph.D – Doctor of Laws, International Islamic University Malaysia (2010).
  • Field of Specialisation: Islamic Jurisprudence
  • Thesis: “Contemporary Ijtihad: An Analysis of Individual and Collective Approaches.”

Bidang profesional sunting

  • Peguam Syariah, Wilayah Persekutuan, (2002)
  • Peguam Bela & Peguam Cara, (2013)

Pengalaman bertugas sunting

  • Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), 2015-2018
  • Timbalan Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), 2014-2015
  • Penolong Profesor (Pensyarah Kanan) Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2010-2012.
  • Pensyarah, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 1997-2010.
  • Ahli Lembaga Penasihat Syariah, MAA Takaful, 2007-kini.
  • Ahli Lembaga Penasihat Syariah, Kenanga Investment Bank Berhad, 2013-kini.
  • Panel Penasihat Syariah, Hijrah Strategic Advisory Group Sdn. Bhd., 2003-2004
  • Penolong Pensyarah, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 1996-1997
  • Pemudah Cara dan Pensyarah, Biro Tatanegara (BTN), 1993-1995.

Tugas dan tanggungjawab sunting

  • Penasihat Akademik, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2009-2011
  • Panel, Shariah Legal Clinic, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Ahli Jawatankuasa Pengelola, Ahmad Ibrahim Memorial Lecture, 2000, 2001, 2002
  • Hakim Moot, 2000-2001
  • Felo Mahallah Bilal, 2002-2005
  • Ahli Exco, Academic Staff Association, 2003-2004
  • Ketua Jurulatih, Leadership & Mgt Package, Co-Curricular Activity Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2003

Kursus/fellowship sunting

  • Arabic Language Course, Arabic Language Centre, Nilam Puri, 9/12/89 – 22/2/90
  • Research Methodology Course, Management Center, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 6-9th June 1996
  • Leadership Training Course (4 Modules), International Institute for Islamic Thought, London, December 1996 – September 1997

Anugerah pencapaian sunting

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

  • Dean’s List, 1991
  • Best Student in Subject (Islamic Constitutional Law) 1991

Aktiviti persekolahan sunting

Malay College Kuala Kangsar (MCKK):

  • School Prefect, 1988-1989
  • Asst. Troop Leader, Scouts Movement, 1989
  • Treasurer, Malay College Students Union, 1988
  • Represented School in Hockey and Cross Country Marathon

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia:

  • President, National Union of Malaysian Muslim Students (PKPIM), 1995-1996, 1996-1997
  • Exco (elected), Students Representative Council, IIUM, 1994

Penglibatan sosial dan pertubuhan badan bukan kerajaan sunting

  • Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS), Member
  • Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), President (2005-2009)
  • Sofa Foundation, Chairman (2/1/2011M, 27 Muharram 1432H – March 2012)
  • National Youth Council (MBM), Exco Member (1998-2000)
  • Muslim Lawyers Association, Member
  • International Movement for a Just World (JUST), Member

Penulisan buku sunting

  • “Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal”, Pluralisme Agama, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), 2012, Kuala Lumpur. P. 187-200
  • “Islamic Human Rights vs International Human Rights Instruments” with Umar A. Oseni, Abdul Ghafur Ed. Human Rights in Islam, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, IIUM, 2011, Kuala Lumpur.
  • “Kemantapan Haraki Dalam Mendepani Cabaran Sezaman”, Empat Dekad Satu Tekad, PKPIM, 2002, Kuala Lumpur, p.159-170
  • “Pelajar Islam Pemangkin Perubahan Ummah”, Empat Dekad Satu Tekad, PKPIM, 2002, Kuala Lumpur, p.171-184

Ulasan buku sunting

  • Book Review: Chandra Muzaffar (ed.), Azmi Khalid, Human Rights Advocate – A Tribute, IIUMLJ, Vol.11, No.1, 2003 p.145

Lihat juga sunting

Rujukan sunting