ZAWFAN ialah sebuah kumpulan nasyid di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2020 oleh Hafiz Tamizi, Yasir Tamizi dan Fadzli Radzi. Kumpulan ini lahir daripada kerinduan mereka bertiga pada lagu-lagu dakwah era 90-an yang dihasilkan hanya 100% vokal harmoni dan kompang pergendangan. Pengasasnya, juga merupakan ahli dan vokalis utama kumpulan nasyid Mirwana.[3]

ZAWFAN
ZAWFAN - RASUL KITA - 2021
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
Genre
Instrumen
Tahun aktif2020 – Kini[1][2]
Syarikat rakaman
Bebas
Ahli
  • Hafiz Tamizi
  • Yasir Tamizi
  • Fadzli Radzi

Latar belakang sunting

Anggota kumpulan nasyid ini membesar dengan irama lagu-lagu nasyid seperti Raihan, NadaMurni dan The Zikr. Bagi mereka nasyid nostalgia yang disampaikan sekitar tahun 90-an sangat sederhana, namun berjaya dihayati masyarakat.[4]

Gaya dan muzik sunting

Lirik yang jelas, melodi yang ringkas, nyanyian suara latar harmoni serta iringan alat kompang dan pergendangan menghasilkan bunyi yang sederhana.

Dari segi pergendangan, ZAWFAN tidak terhad kepada alat muzik Nusantara sahaja. Alat-alat muzik yang berasal dari benua Afrika, Eropah dan Amerika Latin juga turut dimuatkan dalam lagu mereka.

Dari segi susunan vokal harmoni bertiga/trio/berkumpulan, ZAWFAN terdiri daripada bariton (Fadzli) dan dua tenor (Hafiz dan Yasir).

ZAWFAN yakin walaupun muzik mereka sederhana berbanding muzik moden masa kini yang lain namun ia mampu membawa mesej keagamaan, ketuhanan, kemanusiaan dan kerohanian dengan berkesan.[perlu rujukan]

Penyanyi latar sunting

Pada bulan Ramadan tahun 2021, ZAWFAN dijemput untuk menjadi penyanyi latar bagi lagu "Ramadhan Kareem" bersama-sama dengan Zul Rabbani dan Munif Hijjaz.[5][6] Lagu ini antara percubaan terawal untuk menonjolkan semula vokal harmoni dan kompang pergendangan dalam lagu nasyid. Persembahan ini mendapat reaksi yang sangat positif bagi perindu lagu-lagu nasyid nostalgia.

Munif Hijjaz merupakan tokoh nasyid yang disegani dan dihormati di persada seni tanah air. Hasil ciptaan dan terbitan beliau ini memberi ruang dan membuka jalan kepada ZAWFAN untuk seterusnya menerbitkan sendiri lagu mereka pula.[perlu rujukan]

Kerjaya sunting

Single pertama (2021–2022) sunting

Pada tahun 2021, ZAWFAN telah menghasilkan satu single bertajuk "Rasul Kita".[7] Sebuah muzik video juga telah diterbitkan bersama, dimuat naik dan boleh ditonton di saluran mereka.[8]

"Rasul Kita" ialah sebuah lagu nasyid asuhan yang ditujukan kepada anak-anak. Liriknya mengingatkan pendengar tentang nama-nama nabi dan rasul dalam agama Islam serta mengajak agar semua bersama-sama menghayati dan mengambil pengajaran, iktibar dan teladan daripada kisah mereka.[9]

Lagu ciptaan Hafiz Tamizi ini diterbitkan oleh ZAWFAN dan diedarkan secara digital oleh Inteam Records. Lagu ini dimuat naik secara perdana di saluran Inteam Digital.[10] Lagu "Rasul Kita" boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify dan Apple Music dan turut boleh didengari di IKIMFM, ZAYAN dan radio-radio tempatan yang lain.

Pada tahun 2022, lagu "Rasul Kita" dan lagu "Membina Khayra Ummah" gubahan ZAWFAN berpeluang buat kali pertamanya dipersembahkan secara langsung pada Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam sempena Muktamar Sanawi ABIM ke-51.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ "single pertama zawfan berjudul rasul kita". SelebritiOnline. 18 February 2022. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  2. ^ "dakwah zafwan dalam alunan minimalis irama paluan kompang dan gendangan perkusi". BuzzMalaysia. 23 Februari 2022. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  3. ^ "Kumpulan Nasyid Zawfan Yang Mirip Raihan". RAWK PORTAL. 17 Februari 2022. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  4. ^ "Zawfan Mirip Raihan". Suara Merdeka. 18 February 2022. Dicapai pada 18 February 2022.
  5. ^ Hussien, Husaini. "Ramadhan Kareem - Zul Rabbani, Munif Hijjaz & Zawfan". munsyeed.com. Dicapai pada 20 Julai 2021.
  6. ^ TheQaryaPost. "Munif Hijjaz, Zul Rabbani Menggamit Memori Muzik Perkusi". The QaryaPost. Dicapai pada 12 April 2021.
  7. ^ Khalib, Khairuddin. "Zawfan - Rasul Kita". nasheedfm. Dicapai pada 15 Mac 2021.
  8. ^ "Rasul Kita - Zawfan (Official Music Video)". Zawfan Official. 25 Jun 2021. Dicapai pada 25 Jun 2021.
  9. ^ IKIM.FM (15 November 2015). "Inspirasi Lirik - Rasul Kita". Dicapai pada 15 November 2021.
  10. ^ "Rasul Kita - Zawfan (Official Music Video)". Inteam Digital. 25 Jun 2021. Dicapai pada 14 Oktober 2022.
  11. ^ "MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA KOSMOPOLITAN ISLAM SEMPENA MUKTAMAR SANAWI ABIM KE-51". ABIM. 17 September 2022. Dicapai pada 17 September 2022.

Pautan luar sunting