Zachary "Zach" Barth adalah seorang pereka cipta permainan video indie yang mencipta permainan di bawah syarikat Zachtronics, yang ditubuhkan oleh beliau. Barth terkenal untuk Infiniminer, yang mencipta genre mekanik pembinaan dan deformasi dunia berdasarkan blok yang dijana secara prosedur yang kemudiannya digunakan oleh permainan seperti Minecraft, dan juga mencipta permainan suai gambar berdasarkan kejuruteraan.[1]

Zach Barth
WarganegaraAmerika
Pusat pendidikanRensselaer Polytechnic Institute
PekerjaanVideo game designer
MajikanZachtronics
Karya terkenal
Infiniminer, SpaceChem, Infinifactory

Biografi sunting

Dalam temu bual bersama laman web indiegames, Barth menyatakan bahawa beliau mula mencipta permainan sejak kecil, namun beliau baru belajar kemahiran yang diperlukan di Rensselaer Polytechnic Institute (RPI), di mana beliau menyertai kelab pembangunan permainan.[2][3]

Barth mempelajari kejuruteraan sistem komputer dan sains komputer di RPI. Beliau juga merupakan salah seorang daripada tiga pelajar yang mengetuai kumpulan antara disiplin CapAbility Games Research Project, sebuah kerjasama antara RPI bersama Center for Disability Services di Albany, New York. Pada tahun 2008, kumpulan tersebut menghasilkan Capable Shopper, sebuah permainan simulasi beli-belah untuk pemain yang mempunyai pelbagai tahap kurang upaya.[4][5]

Untuk SpaceChem, penerbitan komersial pertamanya, beliau bekerjasama dengan ramai orang.[2]

Permainan bukan komersial yang beliau terbit sebelumnya termasuklah dua belas permainan yang diterbitkan di laman web lama miliknya dan "lima yang bagus" yang dipindahkan ke laman web baru. Empat daripada permainan ini menggunakan Flash untuk membolehkan permainan tersebut rentas-pelantar, walaupun suasana pembangunan Flash agak "teruk". Baki satu permainan pula dibina berdasarkan .NET untuk pengaturcaraan yang lebih memudahkan. SpaceChem juga menggunakan .NET, kerana Barth merasakan C# adalah "bahasa terbaik yang pernah dicipta". Untuk tujuan pemasaran, Barth memutuskan untuk tidak menggunakan XNA dengan keupayaan untuk cross-publish ke Xbox 360, dan bertukar kepada OpenGL, yang membolehkan beliau untuk mensasarkan tiga sistem pengoperasian yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam Humble Indie Bundle.[2]

Sebelum SpaceChem diterbitkan, Zachtronics dikenali kerana penciptaan genre permainan yang ditetapkan oleh Infiniminer, permainan yang melopori permainan pembinaan-blok Minecraft oleh Mojang.[6] Mekanik dan visual gaya permainan yang Barth ciptakan koncepnya telah menjadi popular dalam pelbagai permainan.

Pada tahun 2015, Barth menyertai Valve Corporation untuk membantu pembinaan SteamVR.[7] Beliau bekerja di situ selama 10 bulan sebelum berhenti.[8]

Infiniminer sunting

Infiniminer adalah sebuah permainan ramai pemain pembinaan dan penggalian kotak pasir berdasarkan blok bersumber terbuka, di mana pemain adalah pelombong yang mencari mineral dengan mengorek terowong melalui peta yang dijana secara prosedural dan struktur pembinaan. Mengikut penulis Barth, ianya diasaskan daripada permainan Infinifrag, Team Fortress, dan Motherload terbitan XGen Studios yang diterbitkan sebelumnya.[1][9]

Barth menulis permainan Infiniminer dalam masa terluangnya dengan bantuan rakan, dan menerbitkannya dalam beberapa tingkat pengemaskinian tambahan dalam tempoh April–Mei 2009. Ia mencetuskan pengikutan dalam papan mesej sekitar Internet.[perlu rujukan]

Infiniminer pada asalnya bertujuan untuk dimainkan sebagai permainan kompetitif berdasarkan kumpulan, yang mana tujuannya adalah untuk mengenalpasti dan melombong besi-besi yang berharga, dan membawakan apa yang dijumpai ke permukaan untuk mendapatkan mata untuk kumpulan pemain tersebut.[10] Walau bagaimanapun, apabila permainan tersebut menjadi popular, pemain tidak bermain untuk tujuan asal reka cipta tersebut tetapi menjadi lebih ke arah kefungsian permainan terbitan untuk membina objek dalam-dunia.

Zachtronics memberhentikan pembangunan permainan tersebut kurang sebulan selepas penerbitan pertamanya berikutan kebocoran kod sumber. Memandangkan Barth tidak mengelirukan kod sumber .NET C# permainan tersebut, ia telah dinyahkompil dan diekstrak daripada perduaan. Penggodam mengubah kod untuk membuat mods, tetapi mereka juga mula membuat klien yang mensasarkan kerentaan dalam permainan dan juga pencabangan permainan yang tidak serasi yang mencetuskan perpecahan pangkalan penggunanya. Barth, yang membuat permainan tersebut secara percuma, telah mula hilang minat dan meninggalkan projek tersebut kerana pembangunan permainan telah menjadi sangat susah.[2] Kod sumber untuk Infiniminer kini terdapat di bawah Lesen MIT.[11] Pembinaan Infiniminer memerlukan Visual Studio 2008 dan XNA Game Studio 3.0.[12]

Infiniminer merupakan permainan yang menginspirasikan Minecraft pada asalnya (yang turut menginspirasikan FortressCraft, CraftWorld dan Ace of Spades). Mekanik dan visual penjanaan prosedural dan deformasi rupa bumi dalam Minecraft telah dilukis daripada Infiniminer.[13] Menurut penulis Minecraft Markus Persson, setelah dia menjumpai Infiniminer, dia "memutuskan bahawa inilah jenis permainan yang dia ingin bina".[14]

SpaceChem sunting

Zachtronics Industries juga terkenal dengan permainan suai gambarnya SpaceChem di mana pemain mencipta jalan kimia dalam gaya yang sama seperti pengaturcaraan visual.

SpaceChem telah mengundang pujian di dalam komuniti permainan dan kini menjadi salah satu daripada tiga permainan dalam halaman pengesyoran pencipta Team Fortress, Robin Walker (permainan lainnya adalah Hotline Miami dan FTL: Faster Than Light), dan beliau menyatakan permainan tersebut sebagai "Permainan terhebat yang pernah dicipta".[15][16]

Sehingga 8 Mac 2011, Barth menyatakan kebermungkinan pembuatan paket pengembangan untuk SpaceChem dan menambah kemaskini percuma beserta penyunting yang membolehkan pengguna untuk mencipta tahap mereka sendiri yang kemudiannya boleh dikongsikan dengan pengguna-pengguna yang lain, dengan tahap yang terbaik akan dipilih oleh Zachtronics untuk diterbitkan dan ini semua diterbitkan pada 29 April sebagai Shareholders' Update.[17] Barth membayangkan peluang untuk susulan dan menyatakan bahawa bagusnya jikalau SpaceChem dimasukkan ke dalam Humble Bundle yang seterusnya.[2] Permainan tersebut disertakan dalam jualan amal Humble Frozen Synapse Bundle awal Oktober 2011.[18] Pada tahun berikutnya, pada 30 September 2012, SpaceChem menjadi permainan yang direncanakan dalam IndieGameStand, sebuah laman yang merencanakan permainan indie dengan model bayar-apa-yang-anda-mahukan dengan sebahagian hasil jualan menjadi sumbangan amal. Barth telah memilih Against Malaria Foundation sebagai pengamal yang menerima 10% sumbangan tersebut.[19]

Permainan lain sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Smith, Quintin (January 20, 2011). "My Chemical Romance: Zach Barth Interview". Rock, Paper, Shotgun.
  2. ^ a b c d e Rose, Michael (March 8, 2011). "Podcast 17 Zach Barth on SpaceChem and Infiniminer". Indie Games Podcast.
  3. ^ "Zach Barth finds a fine formula with SpaceChem", Featured Indie Dev, Indie pub games.
  4. ^ "Gaining Independence For People With Disabilities Through Video Games", ScienceDaily, Rensselaer Polytechnic Institute, 15 May 2008, dicapai pada 2011-08-24.
  5. ^ Original news release, RPI.
  6. ^ "Reliquary Game Reviews: Infiniminer". Reliquary Game Reviews. 2009-05-29.
  7. ^ http://www.gamasutra.com/view/news/265599/Valve_collaborates_on_new_Unity_SteamVR_support_and_tools.php
  8. ^ http://www.gamasutra.com/view/news/285393/Zachtronics_Shenzhen_IO_is_a_game_for_people_who_code_games.php
  9. ^ Motherload, XGen studios.
  10. ^ Murff, James. "Freeware Friday: Infiniminer". Big Download. Dicapai pada May 15, 2009.
  11. ^ Zachtronics Industries. "Infiniminer Google Code Project Page". Google.
  12. ^ https://github.com/krispykrem/Infiniminer/tree/master
  13. ^ Persson, Markus. "Credits due". The Word of Notch. Dicapai pada May 26, 2009.
  14. ^ Persson, Markus. "The Origins of Minecraft". The Word of Notch. Dicapai pada October 30, 2009.
  15. ^ Robin Walker (March 4, 2011). "Robin Walker's Steam recommendation page". Valve Corporation. Dicapai pada April 29, 2011.
  16. ^ Team Fortress Development Team (April 28, 2011). "Mounts and Blades and Hats and Fires and Hats and Swords". Valve Corporation.
  17. ^ SpaceChem Team (April 29, 2011). "Shareholders' Report". Zachtronics Industries.
  18. ^ Zacny, Rob (2011-10-05). "SpaceChem joins the Humble Frozen Synapse Bundle". PC Gamer. Dicapai pada 2011-10-05.
  19. ^ Phillips, Tom (2012-10-03). "Pay-what-you-want indie games site launches, spotlights SpaceChem". Eurogamer. Dicapai pada 2012-10-06.
  20. ^ O'Conner, Alice (September 13, 2016). "SpaceChem & TIS-100 Creator Announces SHENZEN I/O". Rock Paper Shotgun. Dicapai pada September 13, 2016.

Pautan luar sunting

Templat:Valve Corporation