Zah Amirul atau nama sebenarnya Amirul Hamzah Sarkawi merupakan seorang penyanyi yang aktif membuat persembahan di Malaysia.[1] Antara lagu yang berjaya mengangkat namanya dalam kalangan peminat industri muzik Malaysia adalah lagu berjudul Indah hasil kerjasama bersama Ahyu dan Asyraf Hardy.

Zah Amirul
Kelahiran
Amirul Hamzah bin Sarkawi

1991 (umur 32–33)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2012-kini

Zah Amirul merupakan anak jati kelahiran Kuching, Sarawak tidak menyangka bahawa single pertamanya yang dikongsikan di laman video YouTube itu mendapat sambutan peminat industri hiburan tempatan. Lagu Indah yang ditulis sekitar tahun 2012 diterima ramai sehingga ditonton lebih 40,000 kali selepas perkongsian di YouTube.

Pada awalnya, lagu ini ditulis ketika Zah Amirul dan Ahyu diundang untuk membuat persembahan akustik. Ketika siap untuk dirakamkan, saya mengajak Asyraf Hardy untuk menambahkan lagi warna-warni pada lagu tersebut dengan persembahan rap. Zah Amirul merupakan seorang artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman Life Records.

Zah Amirul gemar menulis lirik sejak di bangku sekolah lagi. Kebanyakan lagu ciptaannya adalah hasil daripada eksperimen yang dilakukan sendiri. Zah Amirul yang menetap di Kuching, Sarawak, bersedia untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bagi melebarkan lagi sayapnya dalam dunia hiburan sekiranya mendapat peluang dan rezeki yang murah.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting