Zaharah Agus
Zaharah Agus atau Zara Agus (Zera Agus) merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.[1] Beliau juga merupakan seorang pelakon, terkenal bagi peranannya sebagai isteri pertama P.Ramlee dalam filem Madu Tiga. Dalam filem ini, babak pergaduhannya dengan madunya (isteri kedua), lakonan Jah Mahadi masih diingati.[2] Dalam filem ini juga, Saloma menyanyi lagu cover "Keindahan Bintang Malam" yang asalnya dinyanyikan oleh Zaharah Agus. Dalam filem ini, lagu itu disingkatkan sebagai Bintang Malam. Lagu "Mat Lodeh" yang dipopularkan oleh Anita Sarawak juga pada asalnya dipersembahkan oleh Zaharah Agus. Versi cover oleh Anita pada tahun 1970-an dilakukan dengan lirik lain.
Zaharah Agus | |
---|---|
Kelahiran | 1922 |
Meninggal dunia | 26 Mac 1978 | (umur 55–56)
Pekerjaan | Penyanyi Melayu era 60-an / 70-an & Pelakon |
Terkenal kerana | Filem Madu Tiga |
Pasangan | M. Suki |
Zaharah Agus telah mendirikan rumahtangga bersama M. Suki, dan cucunya, Nanu Baharuddin, turut menceburi bidang seni.[3]
DiskrografiSunting
Lagu-laguSunting
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Judul | Watak | Nota |
---|---|---|---|
1954 | Angin Berpesan | ||
1964 | Madu Tiga | "Latifah" isteri Pertama | |
1968 | Miang Miang Keladi | Rokiah | |
1969 | Bukan Salah Ibu Mengandong | Ibu Agus |
RujukanSunting
- ^ "Entertainment". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-14. Dicapai pada 2018-10-14.
- ^ "Pelakon Jah Mahadi meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.
- ^ "Nanu - Katalah apa saja". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 2018-10-14.
- ^ Zaharah Agus
Performer - ^ Saya cemburu
Lagu Melayu klasik. Vol. 1
Pautan luarSunting
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.