Zaharuddin Abu Kassim

Datuk Zaharuddin Abu Kassim adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kerdau, Pahang.

Datuk Zaharuddin

Politik sunting

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau mewakili BN-UMNO menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS Hassanudin Salim.

Kesihatan sunting

Datuk Zaharuddin pernah dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh kerana penyakit ulser dan telah menjalani pembedahan. Bagaimanapun doktor yang merawatnya turut mengesan beliau mengalami komplikasi jantung dan memindahkannya ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei 2010. Pada 24 Mei 2010, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilaporkan berkata bahawa Datuk Zaharuddin sudah mampu memberikan respon melalui komunikasi mata.[1]

Terdapat usul pilihan raya kecil tetapi ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.[2]

Meninggal dunia sunting

Beliau terjatuh di bilik air dan meninggal dunia pada 12 Februari 2011 disyaki kerana mengalami serangan jantung.[3] Pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan beliau meninggal dunia pada jam 7.15 petang. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau.

Ekoran itu Pilihan Raya Kecil Kerdau 2011 akan diadakan dan tarikhnya akan ditentukan oleh SPR dalam tempoh 60 hari.[4]

Rujukan sunting