Zaharudin Muhammad

ahli politik Malaysia

Ustaz Zaharudin Muhammad adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[1], Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS[2] dan kini beliau menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Subang. Di peringkat kerajaan, beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Agama[3] Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, sebuah syarikat di bawah kerajaan Negeri Selangor.

Ustaz Haji

Zaharudin Muhammad
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
Dalam jawatan
2015 – 2017
Butiran peribadi
Lahir (1976-02-06) 6 Februari 1976 (umur 48)
Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KediamanSelangor Selangor
PekerjaanAhli Politik, Pendakwah

Latar belakang sunting

Zaharudin dilahirkan pada 6 Februari 1976. Anak muda kelahiran Kuala Terengganu ini pernah menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Tanta dalam bidang Syariah Islamiyah[4].

Penulisan sunting

  • Zaharuddin Mohammad (2006). Kemelut kenaikan harga minyak : kenapa kita tidak kembali kepada Islam?. Sungai Buloh: Lajnah Keahlian & Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Selangor. ISBN 9789834304409.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting