Zahida Rafik

Pelakon wanita Malaysia

Zahida Mohamed Rafik (lahir 10 April 1975) adalah pelakon[1] dari Malaysia. Beliau kacukan Melayu - Pakistan.

Zahida Rafik
Kelahiran
Zahida binti Mohamed Rafik

(1975-04-10) 10 April 1975 (umur 49)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1999–2006, 2023–kini

Selama menjadi anak wayang, Zahida sudah membintangi lebih daripada lapan buah filem antaranya Senario The Movie, Anak Mami The Movie, Mami Jarum, Mami Jarum Junior, Black Maria, Kuliah Cinta, Hingga Hujung Nyawa dan Bujang Senang. Dia juga memiliki syarikat produksi Chilli Picture dan telah menerbitkan sebuah filem secara usaha sama dengan sebuah syarikat produksi Indonesia Nobel Benchmark Sdn. Bhd iaitu May tahun 2009.

Zahida menerusi syarikatnya menerima kontrak untuk menganjurkan kempen Belilah Barang-Barang Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 16 hingga 20 Jun ini. 20 ruang kedai khusus untuk golongan artis menjual apa saja barangan tempatan dan hasil kutipan sebanyak 20 peratus akan diserahkan kepada tabung kebajikan yang diusahakan oleh penyanyi Adibah Noor. Zahida membuka dua gerai dan akan menjual barangan kecantikan dan pakaian label ZR Creation dengan kerjasama butik Albert King. [2]

Beliau dijemput sebagai peragawati dalam Fiesta Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) di One Utama pada 2009 bagi mengangkat warisan bangsa seperti fabrik songket dan tenun Pahang Diraja. Semua peragawati telah menggayakan tenunan songket hasil kreativiti Manang Songket, Bibah Songket, Sri Gamelan Songket, Zaidah Songket, Atikah Songket TTDI dan banyak lagi. Manakala pereka fesyennya pula ialah, Hatta Dolmat, Amir Luqman, Hazwani, Rizman Ruzaini, Aidawati Saidin, Rodziah Md Yusof, Calvin Thoo, Zeri Zamry dan lain-lain.[3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Senario The Movie Ina Filem pertama
2002 Anak Mami The Movie Mehran
Mami Jarum Syafinaz
2003 Mami Jarum Junior
Black Maria Maria Penampilan khas
2004 Kuliah Cinta Ajnabee
Hingga Hujung Nyawa Yati
2006 Bujang Senang Suria
2023 Mami Jarum Kembali Shafinaz

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Momok Marissa/Pontianak VCD

Pemandu larikan wang RM200.000 sunting

Pada 3 Mac 2012, Zahida Rafik membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kerana wang RM200.000 dilesapkan oleh pemandu peribadinya. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin menyatakan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. [4] Bekas pemandu tersebut kemudiannya mengfail saman dan menang saman RM150,000 terhadap Zahida Rafik.[5]

Pada 18 April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ketika di lobi Parlimen mendakwa terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012. Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman Azemi untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik. Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Jumlah kesemuanya lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik. Selain itu, Zuraida Kamaruddin turut mendedahkan Zahida Rafik mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. [6]

Zahida Rafik menafikan semua dakwaan tersebut dan sedang berkira-kira memasang peguam dan mengambil tindakan mahkamah. [7] Pada 23 April 2012, Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhajat mengambil tindakan undang-undang kepada Noor Azman Azemi, 38 yang membuat laporan polis pada 13 Mac 2012 di Balai Polis Ampang berhubung dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik.[8]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting