Zahidi Zainul Abidin

Datuk Zahidi Zainul Abidin (lahir 9 Januari 1961 - kini) merupakan ahli politik Malaysia yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sejak 10 Mac 2020. Beliau juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Padang Besar, Perlis semenjak 18 Oktober 2008 dan sebagai Pengerusi dalam Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM [6]). Pada tahun 2012, beliau telah dipilih memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perlis. Dan telah dicalonkan pada PRU13 pada 5hb Mei 2013.


Zahidi Zainul Abidin

DMSM (Melaka)
Zahidi Bin Zainul Abidin.jpg
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Memegang jawatan
10 Mac 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriYang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah
Didahului olehYang Berhormat Dato' Eddin Syazlee Shith
Kawasan pilihan rayaPadang Besar
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Padang Besar, Perlis
Memegang jawatan
5 Mac 2013
Didahului olehAzmi Khalid (UMNOBN)
Pengerusi RISDA
Dalam jawatan
12 Ogos 2015 – 27 Disember 2018
Didahului olehRahim Thamby Chik
Digantikan olehRosely Kusip
Butiran peribadi
Lahir (1961-01-09) 9 Januari 1961 (umur 59)
Parti politikUMNO (Malaysia).svg UMNO (1991-Kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional.png BN (1991-Kini)
Logo Perikatan Nasional.svg PN (2020-Kini)
PasanganDatin Nooraine Ahmad
PekerjaanAhli Parlimen

Zahidi merupakan lulusan Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tekonolgi Mara (sekarang bertukar nama kepada Universiti Teknologi Mara - UiTM).[1]

Kerjaya politikSunting

Pelbagai JawatanSunting

Di dalam UMNO, beliau telah memegang pelbagai jawatan. Berikut merupakan jawatan dan bila jawatan tersebut dipegang:-

TAHUN JAWATAN
1991-1993 Biro Dakwah Pemuda UMNO Malaysia
1993 Jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Kangar
1998 Ahli Majlis Latihan Dan Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1998 Ahli Majlis Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia
1998 Biro Antarabangsa UMNO
1991-1998 Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1994-1998 Naib Ketua Pemuda UMNO Perlis
1994-2001 Ketua Pemuda UMNO Padang Besar
1998-2001 Ketua Pemuda UMNO Perlis
2001-2004 EXCO Pemuda UMNO Malaysia
2008- Ketua UMNO Padang Besar
2011- Timb. Pengerusi Penghubungan UMNO Perlis
2013- Ahli Parlimen Malaysia - P001

TerkiniSunting

Ketua UMNO BahagianSunting

Di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, beliau menewaskan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid dengan majoriti 19 undi daripada 503 perwakilan yang mengundi pada 18 Oktober 2008.[2]Mesyuarat ini telah dijalankan di Dewan Sri Jerneh, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Bukit Ketri.

Ketua Pemuda UMNOSunting

Pada 2 Jun 2008, beliau menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO,[3] namun menarik diri hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 23 Oktober 2008 dengan alasan perkembangan terbaru pencalonan tidak berpihak kepadanya dan mendakwa trend terbaru pemilihan dilihat lebih memberi tumpuan kepada kedudukan kewangan calon, manakala calon yang mempunyai sumber kewangan yang terhad menghadapi tekanan untuk terus mendapat pencalonan, jadi menyebabkan beliau tidak terdaya untuk bersaing. [4]

Ahli Parlimen Padang BesarSunting

Pada 5 Mei 2013, beliau telah menanag PRU13 sebagai Ahli Parlimen Padang Besar P001 memperolehi 21,473 undi dengan majoriti 7426 undi menewaskan Azamhari Mohamood 14,047 undi. [5]

PRU-13: BN ada projek besar jika menang selesa di Padang Besar. [6]

Duty-free zone for Padang Besar 'if BN retains seat' [7]

PertikaianSunting

Zahidi Zainul Abidin menyifatkan banjir kilat yang berlaku di negeri Pulau Pinang pada November 2017 adalah balasan Tuhan kepada kemungkaran Ketua Menteri Lim Guan Eng dan DAP.[8]

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Malaysia: Padang Besar, Perlis[9]
Tahun Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan
2013 Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN) 21,473 60.45% Azamhari Mohamood (PAS) 14,047 39.55%
2018 Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN) 15,032 41.18% Izizam Ibrahim (BERSATU) 13,594 37.24%
Mokhtar Senik (PAS) 7,874 21.57%
Dewan Undangan Negeri Perlis: N2 Beseri
Tahun Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
1999 Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN) 2,774 58.66% Abd. Rahman Rejab (PAS) 1,955 41.34% 5,069 819 73.77%
2004 Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN) 3,492 68.30% Mohd Anuar Mohd Tahir (PAS) 1,621 31.70% 5,222 1,871 78.59%

KehormatanSunting

  •   Melaka :
    •   Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2003)[10]

RujukanSunting

  1. ^ https://suara.tv/10/04/2020/mengenali-timbalan-menteri-komunikasi-multimedia/
  2. ^ [1], "Ketua Bahagian Padang Besar - Zahidi tewaskan Azmi Khalid", Utusan Online, 18 Oktober 2008.
  3. ^ [2], "Zahidi minat jadi Ketua Pemuda", Utusan Online, 2 Jun 2008.
  4. ^ [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm, "Ketua Pemuda: Zahidi sah tarik diri", Utusan Online, 23 Oktober, 2008.
  5. ^ [3] "Keputusan SPR, Parlimen Padang Besar"
  6. ^ [4] "PRU-13: BN ada projek besar"
  7. ^ [5] "Duty-free zone for Padang Besar 'if BN retains seat'"
  8. ^ http://utaranews.com/2017/11/banjir-besar-adalah-balasan-tuhan-kepada-kemungkaran-guan-eng-dan-dap.html/
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout.
  10. ^ "The Malacca Yang Di-Pertua Negri's Birthday Honours List". The Star. 12 October 2003. Dicapai pada 24 September 2018.