Zahnita Dorothy Hussein Wilson merupakan model dan pelakon Malaysia. Gambar beliau berpakaian pengantin Melayu banyak disiarkan dalam majalah Pesona Pengantin, Nona dan Keluarga terbitan Karangkraf.

Menyaman GulatisSunting

Pada 15 Jan 2008, beliau telah memberi kebenaran kepada Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB) untuk menggunakan gambarnya bagi majalah Pesona Pengantin, Nona dan Keluarga bermula Januari 2009.

Pada 23 Julai 2008, Gulatis telah meminta persetujuannya secara lisan untuk menggunakan gambarnya daripada hak milik KKSB tetapi beliau tidak bersetuju. Pada 30 Julai 2008, Zahnita mendapati Gulatis telah menggunakan gambarnya secara meluas dalam poster, kain rentang, brosur dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya.

Syarikat tekstil lain, Syarikat Jakel Trading membatalkan persetujuan membayar RM2 juta untuk menggunakan gambarnya. Olhe itu , pada 19 Ogos 2009 kepada Zahnita menuntut Gulatis membayar RM2 juta sebagai kerugian dan kehilangan pendapatan, namun syarikat itu masih gagal menjelaskan amaun itu.

Pada 11 Disember 2009, Zahnita menyaman Gulatis Exclusive Sdn Bhd kerana didakwa menggunakan gambarnya dalam poster dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya, menyebabkan beliau mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan syarikat tekstil .Zahnita memohon ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teladan, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.Gulatis hendaklah menghentikan penggunaan gambarnya pada mana-mana iklan syarikat itu dan memohon maaf secara terbuka melalui media massa tempatan.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng memerintahkan kes itu dibicarakan.17 Ogos untuk pengurusan kes.Peguam Suganan Krisnan dan Kumar Thagaraju mewakili Zahnita manakala Abdullah Abd Rahman mewakili Gulatis.[1]

RujukanSunting