Zainah Anwar membantu menubuhkan Sisters in Islam (SIS) pada 1990 .SIS merupakan sebuah gerakan yang memperjuangkan hak-hak wanita di sudut undang-undang, keganasan poligami dan domestik dan seksual dalam perkahwinan. Zainah adalah jurucakap SIS. SIS telah membuka ruang awam untuk berdebat dan berada di barisan hadapan dalam usaha meminda Undang-Undang Keluarga Islam. Mereka menuntut kesaksamaan dan keadilan wanita, pakaian dan kesopanan , hak penjagaan, wanita sebagai hakim, kebebasan asasi dalam Islam, dan murtad dan kebebasan beragama.

Zainah Anwar di Forum AWID 2016

Pada tahun 2008, selepas dua dekad, Zainah menyerahkan tugas kepada Maria Chin Abdullah. Zainah masih sebagai lembaga SIS.

Keluarga sunting

Zainah Anwar adalah anak Tan Sri Anwar Malek yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Dato onn Jaafar. Anwar Malek adalah sepupu kepada Mohamad Noah Omar iaitu datuk kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke 6 , Dato Seri Najib Tun Razak.

Musawah sunting

Beliau juga pengarah projek Musawah, pergerakan SIS yang dimulakan di peringkat global bagi memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan dalam keluarga Islam.

Bersama Datin Paduka Marina Mahathir, beliau satu daripada dua rakyat Malaysia dalam "100 Wanita Dunia" yang paling memberi inspirasi bagi memperbaiki kehidupan kanak-kanak perempuan dan wanita di seluruh dunia oleh kumpulan Wanita yang berpangkalan di New York.[1]

Hasil penulisan sunting

  1. Wanted : equality and justice in the Muslim family / editor, Zainah Anwar: Musawah, 2009.
  2. Islam dan perancangan keluarga / Zainah Anwar & Rashidah Shuib ; terjemahan Askiah Adam : Sister in Islam, 2001.
  3. Islam, reproductive health, and women's rights / editor, Zainah Anwar & Rashidah Abdullah : Sisters in Islam (SIS Forum Malaysia), 2000.
  4. Kebangkitan Islam di kalangan pelajar : IBS Buku, c1990.
  5. Islamic revivalism in Malaysia : dakwah among the students : Pelanduk Publications, 1987.

Rujukan sunting