Zainal Abdul Rashid

Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Pantai Remis, Perak. Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1977 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis yang menyaksikan 6 pemberontak dibunuh. Mejar Zainal Abdul Rashid turut terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Pertempuran meletus pada 15 Jul 1976, apabila beliau dan lima anggotanya berjaya mengesan sekumpulan 15 pemberontak komunis setelah mengekori pergerakan mereka. Setelah membunuh dua pemberontak komunis dengan tembakan semburan, Kapten Zainal meluru dengan berani ke arah musuh sambil memberi kata-kata perangsang semangat agar anggotanya terus berjuang.

Di masa itu seorang pemberontak wanita yang tercedera telah membaling sebutir grenad dan mencederakan Kapten Zainal. Mereka berjaya membunuh enam daripada 15 orang pemberontak dan merampas selaras mortar 60 mm, tujuh pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain. Dalam pertempuran tersebut Kapten Zainal turut gugur. Beliau dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1977.

Rujukan sunting