Zainal Abidin Bakar

Datuk Zainal Abidin bin Bakar ialah seorang diplomat kanan Malaysia kelahiran Kedah, Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia[1] dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol. Sebagai seorang diplomat, beliau pernah berkhidmat di beberapa negara sebelum ini seperti di Jepun, Vietnam, Belgium dan Republik Czech[2].

Zainal Abidin Bakar
Duta Besar Malaysia ke Indonesia
Dalam jawatan
2019–2022
Didahului olehZahrain Mohamed Hashim
Digantikan olehTajuddin Abdul Rahman
Duta Besar Malaysia ke Sepanyol
Dalam jawatan
2017–2019
Didahului olehKennedy Jawan
Digantikan olehAkmal Che Mustafa
Duta Besar Malaysia ke Republik Czech
Dalam jawatan
2009–2013
Didahului olehSalman Ahmad
Digantikan olehNadzirah Osman
Butiran peribadi
LahirZainal Abidin bin Bakar
1961
Kedah, Persekutuan Tanah Melayu
PasanganSakhiah Mohd Soom
Pekerjaandiplomat

Kerjaya sebagai diplomat sunting

Zainal Abidin menjadi diplomat di Kementerian Luar Negeri Malaysia sejak 1988. Beliau pernah ditugaskan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia (2019-2022), ke Sepanyol (2017-2019) dan ke Republik Czech (2009). Zainal Abidin pernah menjawat sebagai Pembantu Menteri Luar Negeri untuk Kawasan Asia Tenggara (1988-1990) dan untuk Kawasan Amerika (1991-1993). Beliau turut pernah berpengalaman sebagai Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia di Tokyo (1983-1996), dan Konselor Kedutaan Malaysia di Hanoi (1996-1999).

Selain itu, beliau pernah menjadi Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam. Kementerian Luar Negeri pada 2013, dan mengetuai misi Malaysia ke Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), D8, dan Kerjasama Selatan-Selatan pada 2013 hingga 2017[3].

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Melaka
    • Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) - Datuk (2019)[4]
  •   Malaysia
    • Johan Setia Mahkota (J.S.M.) - 2010

Rujukan sunting

  1. ^ Astro Awani (Mac 15, 2021). "Duta Malaysia ke Indonesia, isteri positif COVID-19". Astro Awani. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  2. ^ BERNAMA (7 Ogos 2019). "Presiden Jokowi terima watikah pelantikan duta Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  3. ^ DIANANDA RAHMASARI (21 Mac 2019). "Zainal Abidin Bakar, Dubes Baru Malaysia Untuk Indonesia". Rakyat Merdeka. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  4. ^ Amir Mamat (11 Oktober 2019). "Muhyiddin dapat gelaran Datuk Seri Utama". HMetro. Dicapai pada 2 Julai 2022.