Zainal Rashid Ahmad

penulis Malaysia

Haji Zainal Rashid bin Ahmad (Jawi: حاج زين الرشيد بن أحمد; lahir 30 Jun 1967) ialah wartawan dan penulis sastera. ZRA menerima 7 Hadiah Kewartawanan dan 42 anugerah sastera[1] dan terkenal sebagai wartawan Malaysia yang pertama berjaya menyelinap masuk dan merakamkan keadaan umat Islam di negara Israel dan Palestin melalui sebuah dokumentari pada tahun 2005.[2] Beliau merupakan pengasas Garasi TV, dan pernah menjawat jawatan Naib Presiden Kanan Jualan Media di TV AlHijrah dari tahun 2014 hingga ke 2019.[3][4]

Zainal Rashid bin Ahmad
زين الرشيد بن أحمد
Dalam jawatan
2014–2019
Butiran peribadi
LahirZainal Rashid bin Ahmad
(1967-06-30) 30 Jun 1967 (umur 56)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
KerakyatanMalaysia
PekerjaanPenulis sastera & wartawan

PENJELASAN LATAR BELAKANG ZRA SEBAGAI NARATOR OPITORIAL Facebook ZRA STRIM

Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengasaskan ZRA STRIM di platform Facebook pada 10 Mac 2022.

Sebelum itu mengasaskan Garasi TV pada 3 Julai 2020.

ZRA Strim menumpukan pada opitorial isu semasa secara naratif  "penceritaan maklumat" dengan pendekatan yang lebih merakyat dan mudah difahami.

Berdasarkan pengalaman selama 25 tahun (1994-2019)sebagai wartawan dan pernah mengetuai operasi bilik berita TV - ZRA memilih konsep "storytelling infos" di media sosial.

ZRA juga menulis lebih 500 rencana pelbagai isu sebagai kolumnis di The Malaysian Insight, Awani Online dan MyNewsHub.

Mula bertugas sebagai wartawan pada 1994. Pernah berkhidmat di Kumpulan Utusan (1994-1996) Astro (1996-1998), NTV7 (1999-2004), TV3 (2005) FM-Astro Production (2006-2010) dan TV Alhijrah (2010-2019).

ZRA berpengalaman menerbitkan lebih 1,500 jam kandungan TV bagi pelbagai program isu semasa dan dokumentari kemanusiaan.

Ketika di TV Al Hijrah ZRA bertugas sebagai Naib Presiden Berita & Ehwal Semasa, Naib Presiden Kanan Penerbitan dan Pemasaran Jenama.

Sebagai wartawan TV, ZRA menerima tujuh anugerah utama kategori dokumentari TV.

Antaranya, Anugerah Dokumentari Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM), Dokumentari Sejarah Terbaik (FFM), Dokumentari Terbaik Anugerah Skrin dan Dokumentari Terbaik Anugerah Sri Angkasa.

Sebagai wartawan ZRA pernah bertugas di lebih 25 negara. Antaranya, di garisan krisis Palestin, Israel, Lubnan, Syria, Jordan, Ethiopia, Somaliland, Kosovo, Afghanistan, Aceh Indonesia dan Takbai, Selatan Thailand.

ZRA turut dijemput menyampaikan ceramah isu semasa dan antarabangsa di lebih 30 universiti di New Zealand, Australia, Turki, Mesir, Jordan dan Syria.

ZRA juga aktif menulis sastera sejak 1990. Menghasilkan 15 buku dalam genre cerpen, puisi dan novel.

Antaranya novel Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen Magis Kota (2016), Pop Urban (2017) dan kumpulan puisi Orang Sepi Pergi ke Gurun (2018) dan Dodoi Buat Kelasi Yang Pasrah Pada Tidurnya (2019).

Novel terbaru Latto & Asmiranda (2019) dan Merpati Cinta Musim Perang (2019).

Sepanjang 30 tahun menulis, ZRA menerima 42 hadiah sastera peringkat nasional. Antaranya Hadiah Sastera Malaysia & Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Esso Gapena dan Hadiah Sastera Islam JPM-DBP.

Kehidupan & kerjaya sunting

Zainal dilahirkan pada 30 Jun 1967 di Alor Setar, Kedah. Mempunyai ibu yang bernama Yom Binti Che Din(1942-2022),dan bapa, Ahmad bin Saman(?-2004/2005)[5] Pada usia 17 tahun, beliau berpindah ke Kuala Lumpur, dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 1991 di dalam bidang Penulisan Kreatif.[6]

Pada tahun 1990, beliau mula terserlah di dalam bidang penulisan apabila puisinya yang bertajuk "Genderang Perang" disiarkan di majalah Dewan Sastera. Walau bagaimanapun, minat beliau adalah lebih kepada penulisan cerpen dan telah menghasilkan lebih 150 cerpen setakat tahun 2015.[5] Beliau terkenal mengarang cerpen-cerpen yang menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama.[7] Antara buku-buku beliau yang terkenal adalah Al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014), Hikayat Tanah Jauh (2015), dan Sekuntum Bunga Neraka (2019), kesemuanya merupakan kumpulan cerpen.[8] Cerpennya yang berjudul Cinta Ahmad Mutawakkil digunakan di dalam antologi teks komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[5] Tulisannya banyak diterbit oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).[5] Zainal telah memenangi lebih 40 anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan.[7][1]

Beliau juga telah menjadi wartawan dan pernah bertugas di beberapa agensi media berbeza termasuk Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3, dan telah menerima anugerah-anugerah seperti Anugerah Dokumentari Terbaik (2004 & 2010) dan Anugerah Media Pertahanan 2009, dan pelbagai anugerah sebagai pengarah dan penulis skrip terbaik.[7]

Dokumentari di bumi Palestin dan Israel sunting

Pada tahun 2005 dan 2008, Zainal bersama 5 orang wartawan dan jurugambar berjaya menyelinap masuk ke negara Israel dan Palestin dengan menyamar sebagai pelancong, lalu merakam satu dokumentari mengenai nasib rakyat Palestin di Tebing Barat selepas 40 tahun dijajah Israel. Dokumentari tersebut disiar di saluran TV3 di dalam program Majalah Tiga, dan kemudiannya juga di Astro Oasis di bawah tajuk Kembara Palestin. Beliau menjadi wartawan negara pertama yang berjaya merakam keadaan umat Islam di bumi Palestin dan di Israel.[2] Dokumentari ini telah memenangi Anugerah Dokumentari Terbaik 2010.[7]

Garasi TV sunting

Zainal telah mengasas Garasi TV pada 3 Julai 2020,[9] di mana beliau akan mengupas isu-isu semasa serta menceritakan kisah-kisah sebenar di sebalik topik-topik popular berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang wartawan. Beliau turut menjemput individu-individu ternama termasuk bekas Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagi mewawancara mereka tentang perkara-perkara yang berbangkit.[10][11] Selain itu, Garasi TV turut menjalankan jualan dan lelongan berbagai-bagai barang termasuk barangan vintaj serta pakaian.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Cinta pada musim paling sunyi". Berita Harian. 2021-03-22.
  2. ^ a b "BICARA FILEM bersama Zainal Rashid Ahmad". Kata-Pilar Books. 2020-01-09.
  3. ^ "TV Al Hijrah komited jauhi rasuan dengan IBR". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 2017-05-05.
  4. ^ "Ebby Yus "jockey live" jualan vintaj Suara Anak Cokit". Astro Awani. 2020-06-01.
  5. ^ a b c d Sejadah Rindu. 2015. ISBN 9789835980015
  6. ^ Yusop, Siti Haliza (2017-12-28). "Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri". Berita Harian.
  7. ^ a b c d Hikayat Tanah Jauh. Zainal Rashid Ahmad. 2015. ISBN 9789670892139
  8. ^ "Zainal Rashid Ahmad". Goodreads.
  9. ^ Garasi TV | Facebook
  10. ^ "Kalau tak popular pada kerajaan, IGP mungkin berdepan tohmahan - Musa". Malaysiakini. 2021-05-10.
  11. ^ "Kabinet PN paling tenang, bersemangat terus bekerja: Annuar Musa". Agenda Daily. 2021-06-13.