Dato' Haji Zainuddin Ismail (19 November 1959 - 5 Disember 2017) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Negeri Sembilan. Beliau merupakan Ahli Parlimen Jelebu dari tahun 2013 hingga 2017 mewakili parti Barisan Nasional-UMNO.

Dato' Haji

Zainuddin Ismail

DPNS (Negeri Sembilan)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jelebu
Dalam jawatan
2013–2017
Didahului oleh Rais Yatim
Digantikan oleh Jalaluddin Alias
Majoriti7,101
Butiran peribadi
Lahir(1959-11-19)19 November 1959
Kampung Petaseh, Jelebu, Negeri Sembilan
Meninggal dunia5 Disember 2017(2017-12-05) (umur 58)
Kondo Villa Puteri, Kuala Lumpur
Sebab kematianKetumbuhan otak
Tempat persemadianKampung Petaseh, Kuala Klawang
Parti politik
PekerjaanAhli politik

Beliau meninggal dunia pada 5 Disember 2017 pada usia 58 tahun akibat ketumbuhan otak[1].

Disebabkan tahun tersebut telah melepasi tempoh kurang daripada dua tahun sebelum Parlimen dibubar, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut[2].

Keputusan pilihan raya sunting

Kawasan yang ditandingi oleh Zainuddin Ismail
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2013 P113 Jelebu Zainuddin Ismail BN-UMNO 22,114 Raj Munni Sabu PAS 15,013 7,101

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' - 2015

Rujukan sunting

  1. ^ Tuty Haryanti Ahmad Rodzi (6 Disember 2017). "Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia". BHarian. Dicapai pada 17 September 2021.
  2. ^ Bernama (13 Disember 2017). "PRK Jelebu: Tiada keperluan diadakan - SPR". 1Media. Dicapai pada 17 September 2021.