Zairulkefli bin Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella (lahir 13 November 1973) merupakan vokalis kumpulan Umbrella sehingga tahun 1997 (Kini kembali bersama Kumpulan Umbrella dengan Single Terbaru HILANG).[1] Beliau juga merupakan pemenang tempat ketiga rancangan Gegar Vaganza 2016 terbitan ASTRO.[2] Beliau telah melepaskan jawatan sebagai pramugara di Malaysia Airlines setelah berkhidmat selama 17 tahun.[3] The Zarulians dan Zarulian High Flyers (yang ditubuhkan oleh salah seorang rakan seperjuangan ketika beliau bertugas sebagai pramugara) ialah dua nama kelab peminat beliau yang rasmi.

Zarul Umbrella
Nama lahirZairulkefli bin Husin
Juga dikenali sebagai
Zarul Husin, Zarul Umbrella
Kelahiran (1973-11-13) 13 November 1973 (umur 50)
Pasir Puteh, Kelantan Kelantan
Berasal dariMalaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pramugara (2000–2016)
InstrumenVokal
Tahun aktif1994–kini
Pengkarya berkait
Umbrella
Laman sesawang
zarulumbrella.com

Beliau telah mendirikan rumahtangga buat kali yang kedua pada 26 April 2009 bersama pasangannya, Intan Nur Fathihah, dan mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Ayu Nur Arisya, 21, hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri, Ayu.[4]

Beliau telah mengalami kecederaan yg serius sewaktu pengambaran drama Cekelat Honey. Ketika beliau sedang melakonkan babak dengan motosikal yang tidak bergerak dan secara tiba-tiba, motosikal berkenaan terjatuh dan kakinya terpelecok lalu menyebabkan tulang jari kelingking kaki kanannya retak. Meskipun kecederaannya yang agak serius, beliau masih meneruskan pengambaran drama tersebut seperti biasa. Selain itu, beliau juga merupakan pasangan duet kepada Hetty Sarlene di konsert Gegar Vaganza (musim 5) di minggu yang sama beliau mengalami kecederaan tersebut namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memberikan persembahan yang terbaik pada konsert minggu yang ke-4 itu.[5][6][7]

Selain bergiat aktif dalam bidang nyayian dan lakonan, Zarul juga aktif sebagai seorang YouTube Vloger (ZARUL UMBRELLA) yang kini mempunyai hampir 150 ribu Subcribers.Zarul juga telah berjinak jinak dalam bidang perniagaan (Produk Sambal Aichik) & (PICTUS By Zarul Husin):Layari IG untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk tersebut.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Takluk: Inspirasi Lahad Datu ASP Taufiq Filem pertama, pos-Produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Cik Serba Tahu Bunyamin Astro Ria Drama pertama
My Darling, Inspektor Daniel Zarul Penampilan khas
Syurga Yang Kedua [8] Daniel Astro Prima
2018 Pencuri Cinta Kelas Satu Farhan Astro Oasis
Mencari Qiblat Kamil TV3 Pelakon pembantu
  • Episod 10 "Payung Emas"
Cekelat Honey Rayyan Harris Astro Citra
2019 Leftenan Zana Arul TV3
Patah Sayap Bertongkat Paruh Hisyam Astro Ria
2020 Tanya Sama Pokok Baha Astro Warna
Petri Saadong The Series Raja Sakti Astro Citra Penampilan khas
Brownies Lobak Untuk Papa Rusdi Awesome TV
2021 Hilangkah Janji Kita Reza Hypp Sensasi
Budak Intern Tuan Rosli TV9
Pelangi Hati Awang Hamidi TV Okey
Sihir Ustaz Ayub Astro Ria
2022 Rampas Cintaku Dato Jefri IQIYI
Nikah, Cerai, Rujuk Azlan Astro Ria
2023 B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit Kapten W
One Million Dollar Voice Karim
Pemburu Rahsia Inspektor Rahmat TV3
Inspektor Babyface Inspektor Rosli TV2
2024 Keturunan TV3
Dua Darjat Zulkarnain

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Misteri Sofa Lama Nizam Astro Citra Telefilem pertama
Gitu-Gitu Raya Halim Astro Raya HD
Menantu Malam Raya Dr. Mazlan Astro Ria
2018 Tergantung Rindu Dr. Badrul Astro Citra Bapa kepada Irfan (Haqiem Rusli) & Andra (Tajul) semasa kecil
One Last Raya Bersama Zulkarnain ntv7 Undangan Khas
2019 Dosa Yang Tak Diiktiraf Razif TV3 Pelakon utama
2021 C.H.A : Cinta Hati Ayam Hashim TV2
Tanah Kubur: Hati Hitam Astro Citra
2022 Menyinar Keranamu TV1
2023 Selendang Putih Salleh TV2

Rancangan realiti sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Gegar Vaganza (musim 3) Peserta Astro Ria Pemenang tempat ke-3 keseluruhan.
  • Menduduki tempat pertama pada konsert minggu yang kedua.
  • Memenangi anugerah "Terbalik Paling Menyengat" pada konsert minggu yang ketiga.
2017 Padan Muka Astro Warna Episod 3 bersama Haiza & Abam Bocey
Selera Rasa Seksa Episod 10 bersama Fikry Ibrahim
Fan Fanatik Astro Ria Episod 2 bersama Siti Elizad
  • Bersama kelab peminat Zarulian High Flyers.
2018 Mentor Otai Mentor TV3 Protege: Azee & Lokman
  • Satu-satunya mentor yang kekal dengan 2 protege sehingga ke peringkat separuh akhir dimana Lokman tersingkir dan Azee berjaya mara ke final.
  • Protegenya Azee dinobatkan sebagai Naib Juara keseluruhan.
Opera Zero Raya Artis Jemputan Astro Warna Bersama Nabila Razali
I Can See Your Voice Malaysia (musim 1) Panel Jemputan TV3 Episod 4 bersama Wany Hasrita dan Saharul Ridzwan
Gegar Vaganza (musim 5) Artis Jemputan Astro Ria Duet bersama Hetty Sarlene di minggu ke-4 untuk lagu yang berjudul "Aku Cinta Aku Rindu" nyanyian asal oleh Ajai & Nurul.

Diskografi sunting

Album sunting

Lagu popular sunting

  • Ramalanku Benar Belaka
  • Bukalah Hatimu
  • Cuci Tangan
  • Sayang Bersebab
  • Penyesalan (OST Kerat 14)
  • Ramalanku Benar Belaka (2013)
  • Satu Rasa feat. Marsha Milan Londoh (2014)
  • Jangan Pernah (2016)
  • Remuk (2018)
  • Hilang (2020)

Anugerah dan pencalonan sunting

  • Anugerah Industri Muzik 1996 - Top 5 Artis Baru Terbaik Berkumpulan Kumpulan Umbrella
  • Anugerah Juara Lagu 1996 - Separuh Akhir Kategori Pop Rock menerusi lagu Bukalah Hatimu Kumpulan Umbrella
  • Pemenang Favourite Celebrity Blog 2013 anjuran Malaysia Social Media Week.
  • Tempat ke-3 Gegar Vaganza Musim Ketiga 2016
  • Penerima The Silver Play Button dari Pihak YouTube (mempunyai 100,000 subscribers keatas) pada tahun 2020

Rujukan sunting

Pautan luar sunting