Zakaria Bakkali

Belgian footballer

Zakaria Bakkali (lahir 26 Januari 1996) merupakan pemain bola sepak Belgium yang kini bermain untuk kelab Anderlecht. Beliau merupakan pemain termuda sepanjang masa di Eredivisie yang berjaya melakukan hatrik pada usia 17 tahun 196 hari. Beliau berasal daripada keturunan Maghribi.

Zakaria Bakkali
Zakaria Bakkali.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Zakaria Bakkali
Tarikh lahir (1996-01-26) 26 Januari 1996 (umur 25)
Tempat lahir Liège, Belgium
Ketinggian 1.64 m (5 ka ​4 58 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Anderlecht
Nombor 99
Kerjaya remaja
2003–2005 RFC de Liège
2005–2008 Standard Liège
2008–2013 PSV
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2015 PSV 16 (3)
2014–2015 Jong PSV 6 (1)
2015–2018 Valencia 34 (2)
2017–2018Deportivo La Coruña (pinjam) 23 (0)
2018– Anderlecht 22 (2)
Pasukan kebangsaan
2011 Belgium B15 6 (6)
2011–2012 Belgium B16 4 (4)
2012–2013 Belgium B17 12 (7)
2013– Belgium B21 4 (1)
2013– Belgium 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 03:02, 28 Februari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Oktober 2016 (UTC)

Kerjaya kelabSunting

Selepas memasuki akademi bola sepak RFC de Liège dan kemudian Standard Liège, Bakkali berpindah ke PSV Eindhoven di Belanda pada usia 12 tahun. Ketika musim 2012-13, Bakkali bermain untuk Jong PSV. Beliau ke skuad senior PSV pada musim 2013-14.

Pada 30 Julai 2013, Bakkali membuat penampilan pertama untuk PSV menentang Zulte Waregem pada perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara. Beliau membuat penampilan pertama liga pula ketika menentang ADO Den Haag pada perlawanan pembukaan musim pada 3 Ogos

Pada 7 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk PSV pada perlawanan kedua kelayakan Liga Juara-Juara menentang Zulte Waregem, 3-0. Pada 10 Ogos, beliau menjaringkan hatrik untuk PSV ketika membelasah NEC Nijmegen, 5-0. Keputusan itu membuatkan beliau pemain termuda menjaringkan hatrik pada sejarah Eredivisie.

Pada musim panas 2014, Bakkali bersedia untuk berpindah ke Atletico Madrid pada bayaran sekitar €2-3 juta tetapi gagal. Selepas gagal, beliau telah menarik minat dari beberapa kelab Liga Perdana Inggeris. Selepas menolak tawaran baru kontrak dari PSV, beliau ingin dijual oleh PSV pada pemindahan musim sejuk.

Kerjaya antarabangsaSunting

Selepas Bakkali ke kelab PSV, jurulatih senior Belgium, Marc Wilmots memasukkan beliau dalam senarai 25 pemain pada perlawanan persahabatan menentang Perancis. Malangnya, beliau tercedera sehari sebelum perlawanan dan beliau terpaksa dikeluarkan daripada skuad. Beliau memiliki dua kewarganegaraan dan beliau sentiasa untuk memilih pasukan kebangsaan Maghribi tetapi pada 7 Oktober 2013, beliau memilih untuk terus mewakili pasukan Red Devils.

Pautan luarSunting