Zakaria Stapa

ahli akademik Malaysia

Profesor Emeritus Dato’ Zakaria bin Stapa ialah seorang ahli akademik Islam di Malaysia. Beliau merupakan Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-3 (2017-2019)[1] dan bekas Profesor Tasawuf, Akidah dan Pemikiran Islam di Fakulti Pengajian Islam UKM dari tahun 2000 hingga persaraan beliau pada September 2015.

Profesor Emeritus Dato'

Zakaria Stapa

D.P.S.K.
Kelahiran
Zakaria bin Stapa

18 September 1951
Tanah Merah, Kelantan
Pendidikan
  • B.A Pengajian Islam, UKM
  • M.A. Pengajian Islam UKM
  • Diploma Pendidikan, UKM
Terkenal keranaPenyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim ke-3, Institut Islam Hadhari, UKM

Latar belakang sunting

Zakaria Stapa dilahirkan pada 18 September 1951 di Kampung Banggol, Tanah Merah, Kelantan[1]. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah al-Ihsan, Tanah Merah (1957-1964), Maahad Muhammadi (1965-1969) dan Kolej Islam Klang (1970-1971). Kemudian, beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Fakulti Pengajian Islam UKM pada tahun 1972 dan memperolehi Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian (Kelas Pertama) pada 1976.

Seterusnya beliau memperolehi Diploma Pendidikan pada 1977 dan Sarjana Pengajian Islam pada 1980 dari institusi yang sama. Pada tahun 1984-1988, Zakaria melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah kedoktoran di University of Durham, England[2].

Zakaria telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Salbiah Hussin pada 10 Jun 1976 dan dianugerahkan 6 orang anak (4 perempuan dan 2 lelaki) serta 4 orang cucu.

Kerjaya sunting

Zakaria memulakan kerjayanya sebagai tutor di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM dari 1976-1980. Pada tahun 1980, beliau dinaikkan pangkat sebagai pensyarah sehingga 1994. Kemudian beliau dipilih menjadi Profesor Madya. Pada tahun 2000, beliau dilantik sebagai Profesor dalam bidang Tasawuf, Akhlak, Mistisme, Akidah dan Pemikiran Islam di institusi yang sama sehingga persaraan beliau pada 18 September 2015. Semasa di Fakulti Pengajian Islam, beliau pernah menjadi Ketua Jabatan (1995-1997), Timbalan Dekan (1997 - 2003) dan Dekan (2003 - 2009).

Pada November 2018, beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus oleh UKM bagi bidang Pengajian Islam – Tasawuf, Akhlak, Mistisme, Akidah dan Pemikiran Islam[3].

Setelah bersara sebagai ahli akademik sepenuh masa, Zakaria menjawat jawatan Felo Utama Pelawat di institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia dari September hingga Disember 2015. Pada tahun 2016, beliau dilantik sebagai Sarjana Tamu di institut yang sama, dan menyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim Institut Islam Hadhari dari 4 Ogos 2017-3 Ogos 2019.

Beliau bersara sepenuhnya dari UKM pada tahun 2019, dan masih aktif sebagai cendekiawan dan pemikir Islam serta terus terlibat memberikan khidmat kepakaran di institusi-institusi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan-jabatan Mufti negeri dan badan-badan bukan kerajaan seperti Majlis Dakwah Negara (MDN)[4], Majlis Usuluddin Malaysia (MUM), Persatuan Psikospiritual Islam (IPSA) dan lain-lain.

Khidmat kepada masyarakat sunting

Zakaria terlibat dalam pelbagai kegiatan khususnya memberi khidmat rundingan, pandangan dan ceramah ilmiah berasaskan kepakaran kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan dan serantau dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tujahan dan kepakaran. Antara jawatankuasa yang sedang dianggotai adalah seperti berikut:

  1. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam JAKIM (sejak 1995).
  2. Ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI), JAKIM (Mac 2005-Mac 2008; 2014-kini).
  3. Timbalan Pengerusi Majlis Dakwah Negara[4]
  4. Pengerusi Panel Pakar Tasawuf JAKIM
  5. Timbalan Pengerusi Panel Pakar Akidah JAKIM

Beliau juga terlibat menganggotai institusi kefatwaan di Malaysia, antaranya:

Penulisan sunting

Zakaria telah menghasilkan lebih daripada 450 tulisan yang meliputi penulisan buku karya asli, buku terjemahan, makalah dalam jurnal, bab dalam buku atau prosiding serta juga tulisan dalam bidang yang diterbitkan dalam terbitan popular seperti majalah dan surat khabar.  Antara terbitan berkenaan adalah seperti berikut:

  1. Zakaria Stapa, 1995:  Akhlak Dan Tasawwuf Islam. Berita Publishing Sdn.  Bhd., Kuala Lumpur.
  2. Zakaria Stapa, 1996: Tasawwuf Dan Empat Tokoh Sufi, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  3. Zakaria Stapa, 1999:  Akidah dan Akhlak Dalam Kehidupan Muslim.  Utusan Publication, Kuala Lumpur.
  4. Zakaria Stapa (pyt.) 1997:  akidah dan Tasawuf.  Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, Kuala Lumpur.
  5. Zakaria Stapa, 1988: “The True Nature of Tawhid and its Relation To the Problem of the Muslim in the Modern World”, Islamiyat,  Vol. 9 (1988) :  45-58.
  6. Zakaria Stapa, 1991: “Muslim Theology and Sufism : A General Survey of Relation and  Reaction in the History of Islamic Thought”, Hamdard Islamicus XVI (3): 49 - 70.
  7. Zakaria Stapa, 2009: “Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam”. Jurnal Hadhari: An International Journal. Bil. 1 (2009/1430): 35-48.
  8. Zakaria Stapa, 1997: Negara Malaysia Yang Maju dan Berakhlak Mulia : Realiti dan Kemungkinan, Jurnal IKIM, Vol. 5 no. 1 (Januari /Jun, 1977): 123 - 147. .

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran dan anugerah sunting

Anugerah akademik sunting

  • Universiti Kebangsaan Malaysia
    • Anugerah Gelaran Profesor Emeritus (Pengajian Islam) - Profesor Emeritus - 2018
    • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UKM (1992, 1998, 2007, 2012)
    • Anugerah Penerbitan Fakulti Pengajian Islam (Kategori Buku) (1996)
    • Anugerah Khas Kualiti Kategori Penerbitan Makalah Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM (1999)
    • Anugerah Fakulti Pengajian Islam UKM (2000, 2001, 2002, 2003, 2006)
    • Anugerah Khas Kualiti Pengajar Cemerlang, Rumpun Sains Sosial, UKM (2001)
    • Anugerah Pengajar Cemerlang, Fakulti Pengajian Islam (2011-2012, 2012-2013, 2014-2015)

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Hadhari" (PDF). Institut Islam Hadhari. Disember 2019. Dicapai pada 19 September 2021.
  2. ^ Saiful Bahri Kamaruddin (21 September 2012). "Ummat Islam Perlu Sedar Usaha Puak Liberal Menggugat Akidah Mereka". Portal Berita UKM. Dicapai pada 19 September 2021.
  3. ^ Engku Shariful Azni (10 November 2018). "7,021 Graduan Terima Ijazah di Majlis Konvokesyen UKM Ke-46". Portal Berita UKM. Dicapai pada 19 September 2021.
  4. ^ a b Muhammad Saufi Hassan (5 Ogos 2017). "'Bidaah Hasanah'". Harian Metro. Dicapai pada 19 September 2021.
  5. ^ Bernama (14 Januari 2014). "Bank Negara's Dr Mohd Daud Abu Bakar receives top Maulidur Rasul award". The Star. Dicapai pada 19 September 2021.