Zakaria bin Muhammad Amin

H. Zakaria bin Muhammad Amin (زكريا بن محمد أمين: lahir di Bangkinang, 7 Mac 1913 – meninggal di Bengkalis, 1 Januari 2006 pada umur 92 tahun) ialah seorang ulama, ahli politik, dan penulis berkebangsaan Indonesia. Beliau ialah orang pertama yang berkhidmat sebagai Ketua Pemerintahan Bidang Agama Islam di Bengkalis.

Zakaria bin Muhammad Amin
Zakaria pada 1986
Kelahiran(1913-03-07)7 Mac 1913
Kampar, Hindia Timur Belanda
Meninggal dunia1 Januari 2006(2006-01-01) (umur 92)
Bengkalis, Riau, Indonesia
WarganegaraIndonesia
Pekerjaan
  • Ulama
  • ahli politik
  • penulis
PasanganMariah binti Ahmad (k. 1900; m. 1955)
Siti Zainab (k. 1956)
Anak-anak14, termasuk Azra'ie Zakaria dan Rita Puspa Zakaria

Kehidupan awal

sunting
 
Zakaria bersama saudara maranya di Malaysia pada tahun 1969

Zakaria dilahirkan pada 7 Mac 1913 di Kampar, Riau, sebagai putera sulung dari tiga beradik pasangan Muhammad Amin dan Taraima yang berasal dari Desa Kuok.[1] Beliau memiliki dua orang adik kandung laki-laki bernama Hasyim bin Muhammad Amin dan Ahmad bin Muhammad Amin. Dia mempunyai dua saudara lelaki, Hasyim dan Ahmad, seorang abang tiri sebelah bapa, Ahmad Sanusi, dan dua saudara seibu sebelah bapa, Siti Maryam, dan Syarafiah.[2] Semua adik-beradiknya bekerja sebagai petani dan peniaga barangan kaca, dan tinggal di Kuala Lumpur serta menjadi warganegara Malaysia pada tahun 1960-an.[2]

Ibu bapa Zakaria bekerja sebagai peniaga pakaian siap setiap hari di pasar, bergerak dari satu kampung ke satu kampung di sepanjang Jalan Riau-Sumatera Barat.[1] Mereka mempunyai sekandang kerbau sebagai binatang ternak yang digembalakan di pematang sawah yang mereka miliki.[1] Di sawah inilah Zakaria menghabiskan masa kecilnya dengan membantu ibu bapanya menjaga dan meragut ternakan yang mereka ada.[1] Kehidupan ibu bapa Zakaria yang bertungkus lumus tanpa lupa beribadat memberi kesan yang istimewa kepadanya.[1]

Sebagai anak sulung, Zakaria dikejutkan oleh ibu bapanya pada pukul empat pagi untuk membantu menyediakan barang dagangan dan menunaikan solat subuh berjemaah serta menjaga ternakan mereka sepanjang hari.[3] Ia dibesarkan oleh keluarga yang mempunyai pengamalan agama dan disiplin yang cukup kuat.[4] Dalam hal mendidik anak, orang tua Zakaria menekankan kepada anak-anaknya untuk bersifat jujur, tidak mengusik orang lain, dan kalau ada yang mengganggu lebih baik mengalah, tidak suka menyakiti, dan suka membantu orang yang lemah.[4]

Pada zaman kanak-kanaknya, Zakaria merasakan dirinya tidak mempunyai kelebihan yang luar biasa berbanding adik-beradiknya yang lain sehingga tidak merasakan dirinya dilayan istimewa oleh ibu bapa dan adik-adiknya.[4] Ibu bapanya juga tidak membezakan antara kasih sayang mereka terhadap anak-anak, sehingga Zakaria dan adik-beradiknya bergaul dengan satu sama lain dengan penuh kasih sayang.[4] Zakaria menghabiskan masanya bermain guli, layang-layang dan berenang di Sungai Batang Kampar sambil menjaga kerbaunya.[5]

Pada tahun 1920, pada usia tujuh tahun, Zakaria memulakan pendidikannya dengan bersekolah di Volks School di Bangkinang dan mengikuti pendidikan sehingga darjah tiga.[6] Namun, kerana kurang minat dalam sains, dia kemudian berhenti bersekolah kerana ketika itu dia lebih meminati ilmu agama berbanding sains.[6]

Kehidupan peribadi

sunting

Zakaria berkahwin buat pertama kali dengan Mariah binti Ahmad, anak gurunya Tuan Guru Haji Ahmad, pada tahun 1933.[2] Mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki, Nashruddin (1934–1999), seorang penjawat awam di Pejabat Hal Ehwal Agama Kabupaten Bengkalis, Azra'ie (1947–2019), seorang pensyarah di Universiti Asysyafi'yah di Jakarta, dan Syakrani Zakaria (lahir 1952), seorang ketua pelabuhan di Bengkalis, dan empat anak perempuan, Aminah (1938–2011), seorang guru yang berkhidmat sebagai Pengetua SMP Negeri 2 Bengkalis, Zaharah (1942–2007), ahli politik yang berkhidmat sebagai anggota Dewan Rakyat di Bengkalis, Ulfah (lahir 1943), pakar sakit puan di Hospital Besar Manado, dan Hanim Zakaria (lahir 1950), guru sekolah rendah di Pekanbaru.[2] Perkahwinan mereka kekal sehingga kematian Mariah pada bulan Februari 1955.[2]

Rujukan

sunting

Petikan

sunting
  1. ^ a b c d e Fariq 2020, m/s. 143.
  2. ^ a b c d e Fariq 2020, m/s. 146.
  3. ^ Fariq 2020, m/s. 143–144.
  4. ^ a b c d Fariq 2020, m/s. 144.
  5. ^ Fariq 2020, m/s. 144–145.
  6. ^ a b Fariq 2020, m/s. 147.

Sumber

sunting
  • Fariq, Wan M. (2020-10-15). PROFIL ULAMA KARISMATIK DI KABUPATEN BENGKALIS: MENELADANI SOSOK DAN PERJUANGAN (dalam bahasa Indonesia). CV. DOTPLUS Publisher. ISBN 978-623-94659-3-3.

Pautan luar

sunting