Zakat Fitrah dikenali juga sebagai Zakat Badan, Zakat Puasa, Zakat Ramadan, dan Zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Hukum zakat fitrah ialah wajib ke atas setiap Muslim dengan syarat seperti berikut:

  1. Beragama Islam (bukan murtad)
  2. Berakal
  3. Hidup pada sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal


Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Kadar Fitrah sunting

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).

Bagi tahun berakhir 2007 Masihi/1428 Hijrah dan 2008 Masihi/1429 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM5.20 bersamaan 2.70kg beras mentah.

Syarat Zakat Fitrah sunting

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan zakat fitrah sunting

  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah sunting

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari di akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Niat Zakat Fitrah sunting

Inilah wang sebanyak RM__ bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas saya / dan tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Taala.

Kadar nilai zakat fitrah sunting

Negeri 2023 2022 2018 2017 2016
  Perlis RM7.00 RM7.00 RM7.00 RM 7.00 RM 7.00
  Kedah RM6.50/ RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00 RM 7.00 RM 7.00
  Pulau Pinang RM7.00/ RM13.00/ RM20.00 RM7.00/ RM13.00/ RM20.00 RM7.00 RM 7.00 RM 7.00
  Kelantan RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00 RM 7.00 RM 7.00
  Terengganu RM8.00/ RM10.00/ RM24.00 RM7.00 RM7.00 RM 7.00 RM 7.00
  Perak Darul Ridzuan RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00 RM7.00 RM 7.00 RM 7.00
  Selangor RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00 RM 7.00 RM 7.00
  Pahang Darul Makmur RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00 RM7.00 RM 7.00 RM 7.00
  Negeri Sembilan RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00/ RM10.00/ RM21.00 RM6.50 RM 6.50 RM 6.50
  Melaka RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM6.70 RM 6.70 RM 6.70
  Johor RM7.00/ RM13.00 RM7.00/ RM10.00 RM7.00 RM 7.00 RM 6.00
  Sabah RM7.00 RM7.00 RM7.00 RM 7.00 RM 7.00
  Sarawak RM7.00 RM7.00 RM7.00 RM 7.00 RM 7.00
  Kuala Lumpur
  Putrajaya
  Labuan
RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 RM7.00 RM 7.00 RM 7.00

Lihat juga sunting

  1. Zakat perniagaan
  2. Zakat pendapatan
  3. Zakat emas dan perak
  4. Zakat pertanian

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.