Zakat hasil pertanian

Zakat hasil pertanian merupakan zakat yang dikenakan ke atas makanan ruji yang mengenyangkan ke atas sebuah kawasan yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya. Hasil tanaman yang tidak asas seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan buah-buahan lain pula dikenakan zakat perniagaan jika diperniagakan.

Dalil zakat pertanian sunting

Firman Allah SWT bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. " - (Surah Al-Baqarah: 267)[1]

Syarat wajib zakat sunting

  1. Islam
  2. Sempurna milik
  3. Merdeka
  4. Cukup nisab - cukup sukatan iaitu 5 Ausuk (bersamaan 363 gantang Malaysia)

Kaedah mengeluarkan zakat pertanian sunting

Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dibayar zakatnya mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilnya.

Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang diusahakan dengan menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak maka kadar zakatnya ialah 5% atau 1/20.

Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan atau hidup dengan aliran sungai atau parit maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10.

Bagi tanaman yang mengunakan kedua-dua cara di atas maka kadarnya ialah 7.5%.

Rujukan sunting

Nota kaki sunting